fbpx
Banner
Category

Kanak-Kanak

Category

Memberus gigi tidak harus menjadi satu beban kepada anak dan ibubapa, malah ia boleh dijadikan sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan jika anda tahu cara yang betul untuk membuatkan anak anda teruja untuk memberus gigi.

Menurut pakar pergigian, ada beberapa cara berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik anak-anak memberus gigi tanpa sebarang paksaan atau hukuman.

Paksaan dan hukuman bukanlah cara terbaik untuk menanam tabiat memberus gigi di dalam diri anak-anak kerana ia boleh memberikan impak yang negatif terhadap emosi mereka. Proses menyemai tabiat itu juga akan menjadi lebih sukar untuk anak dan ibubapa.

Seeloknya mommy daddy mulakan rutin membersihkan gusi sebelum gigi susu anak tumbuh. Bersihkan gusi anak menggunakan tuala atau kain bersih yang lembap dan balut jari anda menggunakan kain tersebut, menurut portal MyHealth.

1. Jadikan ia satu rutin

Tidak kiralah apa yang anda cuba, peringkat permulaan sememangnya akan menjadi sukar. Lumrah manusia tidak sukakan sesuatu dimasukkan ke dalam mulut secara paksa, terutamanya jika ia dilakukan oleh orang lain. Setelah anda perkenalkan konsep penjagaan mulut dan gigi kepada anak, cuba ulangi idea itu untuk membina minat dan tabiat mereka. Anda perlu peka kepada respon anak dan cuba tanam kepercayaan mereka supaya lama kelamaan mereka akan faham bahawa memberus gigi itu adalah satu keperluan harian.

2. Jadikan ia satu pengalaman yang menyeronokkan

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga tidak suka jika mereka dipaksa melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu. Memaksa anak membuat sesuatu perkara akan menyebabkan mereka merasa takut atau negatif terhadap perkara itu, dan ia juga akan menyukarkan lagi usaha anda. Jadikan aktiviti memberus gigi satu pengalaman yang menyeronokkan untuk mereka. Ia juga satu peluang untuk anda mengeratkan lagi hubungan dengan anak anda. Sebagai contoh, menyanyi bersama-sama ketika memberus gigi amat menyeronokkan untuk anak yang menggemari muzik. Selain itu, anda juga boleh mencipta permainan yang melibatkan aktiviti memberus gigi. Ia tentunya boleh menghilangkan rasa takut anak anda kerana terlalu seronok bermain!

anak memberus gigi

3. Mengajar dengan perbuatan

Kata pepatah Inggeris – monkey see, monkey do! Jadi, jika anak anda melihat anda memberus gigi sendiri, mereka akan mahu melakukannya sendiri juga. Stimulus visual seperti ini adalah sangat penting kerana ia mengajar melalui contoh dan perbuatan. Anda boleh juga menemani anak anda di hadapan cermin sebelum dan selepas memberus gigi. Gunakan peluang ini untuk mengajar mereka mengenai kebaikan dan cara-cara memberus gigi dengan betul. Lama kelamaan, anak anda tentu faham kenapa mereka perlu meneruskannya.

4. Bantu-membantu

Beri peluang kepada anak anda untuk memberus gigi anda. Dengan cara ini, dia akan merasa “in control” dan mendapat keseronokan kerana dapat membantu memberus gigi ibu atau ayah. Perasaan positif ini akan membuatkan anak merasa lebih selesa dengan aktiviti memberus gigi. Anda juga boleh memberikannya peluang untuk memberus gigi patung atau permainan kegemarannya.

5. Cari masa yang paling sesuai

Sebagai ibubapa, kita boleh mengenali masa sama ada anak sedang aktif atau keletihan. Jika mereka keletihan dan mengantuk, mungkin masa itu tidak sesuai untuk melatih mereka memberus gigi. Anda boleh mencuba ketika mereka masih aktif dan segar supaya mereka dapat fokus dan melibatkan diri, namun ada juga kanak-kanak yang senang hilang fokus di dalam keadaan tersebut. Cuba dengan masa masa yang berlainan dan kenalpasti bilakah waktu yang paling sesuai.

6. Cuba tanpa atau dengan ubat gigi

anak memberus gigi

Pakar pergigian berkata bahawa penggunaan ubat gigi di peringkat kanak-kanak adalah tidak perlu, asalkan gigi mereka digosok dengan betul. Ada kanak-kanak yang mahu memberus gigi jika menggunakan ubat gigi berjenama kartun kesukaan, dan ada juga yang tidak sukakan sebarang ubat gigi di berus gigi mereka.

7. Mula dari awal

Anda sebenarnya boleh mula mengajak anak memberus gigi sendiri dari awal. Ia boleh dimulakan seawal usia 3 tahun. Walaupun teknik mereka tidak betul, ia akan menanam minat mereka dan memudahkan proses membina rutin dan tabiat memberus gigi sehingga dewasa.

8. Didik mereka mengenai kebaikan memberus gigi

Anda boleh juga bercerita mengenai kebaikan memberus gigi dan kesan buruk tidak melakukannya, tetapi elakkan dari menggunakan perkataan yang negatif supaya mereka tidak merasa takut. Gunakan kaedah penceritaan dan masukkan elemen memberus gigi untuk membantu mereka memahami dan mula melihat aktiviti memberus gigi sebagai sesuatu yang positif dan menyeronokkan.

Suka artikel ini? Baca Teething: 6 Resepi Mudah Buat Si Kecil dan 22 Klinik Pergigian Kanak-Kanak di Lembah Klang.

Anak saya Adeena, berusia hampir 4 tahun, seringkali mendapat perhatian rakan- rakan dan ahli keluarga lain kerana gemar makan sayur. Tidak seperti kakak dan abangnya, Adeena berani mencuba pelbagai jenis sayur dan berani saya katakan, kebanyakan yang dicuba, memang akan digemari dan boleh diulang makan dengan mudah.

Ramai orang memuji tabiat makan Adeena, dan mereka menyangka saya mempunyai sistem atau cara yang tertentu bagi memastikan Adeena suka makan sayur setiap hari.

Terus terang saya katakan, saya tidak ada cara yang spesifik melatih anak makan sayur, namun apabila saya fikir dan kaji semula, mungkin 5 perkara di bawah ini banyak mempengaruhi tabiat makan sayur Adeena.

Secara ringkasan: 

  1. Tidak bermula dengan makanan pejal dengan serta-merta
  2. Bermula dengan makanan tidak manis dahulu
  3. Makan bersama-sama tidak memaksa anak makan sayur
  4. Cipta rasa ingin tahu secara santai dalam suasana menyeronokkan
  5. Perkenalkan sayur baru, seperti dalam lawatan ke pasar raya

Isu berat badan anak antara salah satu isu penting yang perlukan perhatian mommy daddy.

Bila anak semakin membesar, mereka akan kehilangan baby fats kerana semakin aktif dan ada juga semakin kurus disebabkan oleh kurang berselera untuk makan.

Si manja semakin kurus?

berat badan anak

Ada beberapa faktor membuatkan berat badan si manja turun. Apabila usia mereka semakin meningkat, mereka jugak semakin aktif dan ini menyebabkan berat badan turun walaupun diberikan makan yang cukup. Selain tu, ada yang suka makan makanan tidak sihat dan tidak berkhasiat seterusnya menyebabkan berat mudah turun.

Apa yang perlu mommy lakukan untuk naikkan semua berat badan anak sehingga berada di tahap ideal?

Puan Nurul Erwani Zaidi, ibu kepada Ainul Mardhiah yang pernah tular di seluruh Malaysia mengenai kisah seorang bayi mempunyai ketumbuhan di dalam mulut selepas dilahirkan dan kejayaan membuang ketumbuhan di sebuah hospital di London, UK pada dua tahun lalu, berkongsi tiga tips untuk mommy daddy di luar sana yang sedang struggle menaikkan berat badan anak.

Banyak ciri-ciri penting perlu dititikberatkan sebelum menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak.

Bukan mudah untuk mommy daddy memberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjaga anak yang “ditatang bagai minyak yang penuh” kepada orang lain.

pusat jagaan kanak-kanak

Kita sedia maklum bahawa banyak kisah kurang enak sering berlaku sejak beberapa tahun lepas tidak kira sama ada di tadika, taska ataupun di rumah pengasuh. Ini membuatkan mommy daddy takut untuk hantar anak tetapi mereka tiada pilihan lain kerana kedua-duanya bekerja dan tiada orang lain yang boleh menjaga anak mereka.

Bekal makanan anak merupakan perkara pertama terlintas di fikiran mommy bila sekolah dibuka, kan? Ramai yang sudah kekeringan idea sebab sudah masak bermacam-macam jenis makanan sejak awal bulan ini.

bekal makanan anak

Tahniah mommy sebab berusaha menyediakan bekal makanan anak ke sekolah setiap pagi walaupun sibuk bersiap ke tempat kerja. Mesti ada yang baru nak belajar untuk siapkan bekal anak, anda boleh baca lima tips siapkan bekal makanan anak di bawah ini:

  1. Masak makanan kegemaran anak
  2. Sediakan makanan yang mudah dimakan
  3. Asingkan lauk dan nasi untuk bekal sesi petang atau sekolah agama
  4. Sediakan lauk ringkas
  5. Guna beg bekal berasingan

Masak makanan kegemaran anak

bekal makanan anak
Guna kreativiti untuk tingkatkan selera anak

Dah nama pun bekal makanan anak, mestilah kita kena ikut selera mereka. Jangan dipaksa masak lauk yang mereka tak suka nanti mereka tak makan. Kalau tak suka makan sayur, anda boleh cincang halus atau kisar sehingga lumat.

Sediakan makanan yang mudah dimakan

bekal makanan anak

Kadangkala waktu rehat terlalu singkat membuatkan anak anda tak sempat menghabiskan bekal makanan yang dibawa. Seeloknya sediakan makanan seperti makanan bergoreng. sup dan panggang. Jika mommy mahu sediakan makanan berkuah, pastikan kuah tidak terlalu banyak ye.

Asingkan lauk dan nasi untuk bekal sesi petang atau sekolah agama

bekal makanan anak
Sediakan dua bekal jika anak bersekolah hingga petang

Jadual harian anak-anak bersekolah memang agak padat daripada pagi sehingga petang, jadi bekal makanan harus dibawa untuk memastikan si manja sentiasa kenyang.

Untuk memudahkan anak anda makan bekal makanan sekolah sesi petang, asingkan lauk dan nasi dalam bekas berasingan atau guna bekas yang mempunyai separator. Ia bagi memastikan lauk kekal segar semasa anak makan.

Sediakan lauk ringkas

bekal makanan anak
Ringkas tapi menarik

Kanak-kanak gemar makanan yang ringkas seperti ayam goreng, nasi goreng, bihun goreng dan macam-macam lagi. Jadi, mommy tak perlu susah payah sediakan lauk yang ambil masa lama untuk dimasak. Tak perlu sediakan lauk yang terlalu banyak, apa yang penting makanan anak cukup nutrisi seimbang.

Guna beg bekal berasingan

bekal makanan anak

Banyak kebaikan sebenarnya bila anak anda guna beg bekal berasingan. Antaranya ialah mudah untuk anak mencari bekal, susun bekas makanan selepas digunakan dan buku tidak kotor jika makanan tumpah. Banyak beg bekal harga murah dijual di laman web anda boleh cari seperti di Shopee. Pelbagai pilihan corak, saiz, warna mengikut kesukaan anak anda.

Jika anda suka artikel ini, baca 5 tips quality time dengan anak untuk ibu berkerjaya dan Empat Barang Di Rumah Berbahaya Untuk Anak Anda daripada komuniti Gaya Suri.

Siapa tak suka quality time dengan anak?

Sudah menjadi lumrah buat para ibu berkerjaya merasa sukar untuk memilih antara anak atau kerjaya.

Kedua-duanya amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran pada hari ini. Atas faktor ekonomi dunia yang makin mencabar, para ibu turut merasakan mereka perlu keluar bekerja bagi menambah baik ekonomi keluarga.

Kajian menunjukkan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak bukan sahaja membantu perkembangan mereka dari segi akademik, malah ia turut mempengaruhi emosi, tingkah laku dan sahsiah.

Kanak-kanak sememangnya aktif kerana mereka sedang membesar dan mahu ‘meneroka’ setiap pelusuk kawasan rumah.

Oleh itu, mereka sering terdedah dengan bahaya apabila bermain dengan barang-barang rumah yang berbahaya untuk kanak-kanak terutama bawah dua tahun. Berikut merupakan empat jenis barang di rumah yang berbahaya untuk si kecil anda:

Gam gajah

Gam gajah atau lebih dikenali sebagai gam tiga second, gam UHU atau super glue sebenarnya amat berbahaya untuk anak kecil anda. Mereka melihat botol gam gajah itu seperti botol makanan dan amat berbahaya jika mereka termakan gam tersebut.

Bidai tingkap

Untuk pengetahuan anda, perhiasan bidai di tingkap rumah anda boleh mengancam keselamatan anak anda. Bagaimana ia boleh berlaku?

Terdapat pelbagai kes kecederaan dan kematian kanak-kanak disebabkan terjerut tali  kawalan untuk membuka bidai. Malah, statistik menunjukkan kes kematian mengejut di antara dua hingga tiga peratus daripada kes kanak-kanak terjerut tali bidai tingkap berlaku di seluruh dunia.

Magnet

Kadang-kadang kita tidak sedar permainan yang diberikan kepada si kecil boleh mengundang bahaya. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan magnet menyeronokkan bagi mereka, tetapi ia boleh membahayakan nyawa anak anda jika mereka tertelan dua magnet atau lebih dari itu.

Tisu bahagian organ usus akan tersumbat antara celahan dua magnet jika ia bercantum dalam badan anak anda.

Malah, tisu-tisu yang terganggu akan menyebabkan kegagalan kelancaran saluran darah yang menyebabkan simptom perforasi berlaku pada dinding usus. Selain itu, anak anda juga berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman dan keracunan darah disebabkan tertelan magnet.

Bateri butang

Antara barang kecil yang paling berbahaya jika ditelan oleh anak anda ialah bateri butang. Kebanyakan permainan elektronik kanak-kanak mempunyai bateri butang sebagai punca kuasa untuk ia berfungsi dan bergerak.

Antara kesan yang mangsa akan alami ialah ia akan menyebabkan kerosakan kekal pada organ dalaman, melecur pada bahagian dalaman, pendarahan dan ia juga boleh menyebabkan kematian.

Tindak balas bateri mampu membakar bahagian esofagus kanak-kanak dalam masa dua jam selepas tertelan bateri.

Walaupun kita tidak dapat mengawasi anak anda pada setiap masa, namun cuba untuk mengelakkan daripada membeli mainan yang berpotensi membahayakan mereka serta elak daripada meletakkan atau menggunakan barang rumah yang boleh dicapai oleh anak-anak anda.

Kebanyakan ibu bapa pasti berasa teruja untuk memberi bayi anda makan selepas mereka genap enam bulan, kan?

Selepas penyusuan secara eksklusif selama enam bulan sejak lahir, akhirnya bayi anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal. Sebelum anda mula memberi bayi anda makan, jangan lupa membuat kajian mengenai makanan apa yang boleh dimakan bayi mengikut umur mereka.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis makanan yang tidak sesuai diberikan kepada bayi berumur bawah satu tahun atas beberapa sebab. Antara lima jenis makanan tak sesuai diberikan adalah:

  1. Makanan Kenyal atau Keras

Bukan sahaja berbahaya kepada bayi, ia juga bahaya kepada kanak-kanak kerana makanan kenyal atau keras seperti bertih jagung (popcorn) boleh menyebabkan si manja anda tercekik.

2. Sayur Mentah

Untuk pengetahuan anda, sayur mentah seperti lobak merah mampu membuatkan anak anda tersedak selain berpotensi untuk tercekik kerana teksturnya lebih keras dan susah untuk dikunyah.

3. Kekacang

Sebenarnya, kekacang adalah makanan berbahaya untuk kanak-kanak bawah umur empat tahun kerana anak anda berisiko tercekik semasa makan.

4. Madu

Madu dilarang sama sekali untuk diberikan kepada bayi berumur bawah satu tahun kerana ia mengandungi bakteria bahaya kepada bayi.

5. Kafein

Kafein sememangnya tidak sesuai diberikan kepada bayi mahupun kanak-kanak tidak kira sama ada teh, kopi atau soda. Banyak keburukan mengenai pengambilan kafein terhadap kanak-kanak seperti kekurangan kalsium, dehidrasi, ketagihan, masalah jantung, hiperaktif dan sebagainya.

Kepada first-time parents, banyakkan membaca dan buat kajian mengenai pemakanan anak mengikut umur yang sesuai sebelum anda memperkenalkan makanan baru kepada mereka.

LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd), penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan pertama di Malaysia dan sebuah syarikat perusahaan sosial, telah melancarkan e-buku ‘Coronavirus: Buku untuk Kanak-Kanak’ Edisi Bahasa Melayu. E-buku ini mengandungi naratif yang mudah difahami serta dilengkapi dengan ilustrasi untuk pembacaan yang menarik. Menyedari kepentingan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak Malaysia tentang wabak COVID-19 ketika ini, LeapEd diberi penghormatan eksklusif untuk menterjemahkan e-buku ini, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengubah cara kanak-kanak belajar dan juga cara pendidik mengajar.

E-buku ini pada mulanya diterbitkan di United Kingdom (UK) oleh Nosy Crow, penerbit buku kanak-kanak bebas yang memenangi anugerah dan diilustrasikan oleh Axel Scheffler, ilustrator yang terkenal di peringkat antarabangsa melalui ilustrasi ‘The Gruffalo’. Sejak dilancarkan di UK pada April tahun ini, e-buku tersebut telah dimuat turun lebih daripada sejuta kali, dan boleh didapati dalam lebih daripada 60 bahasa.

E-buku ini boleh dimuat turun secara percuma melalui pautan muat turun di sini. 

Panduan Membaca e-buku Coronavirus

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, LeapEd telah menyokong para pelajar, guru-guru, pemimpin di sekolah dan ibu bapa dalam mengadaptasikan diri mereka untuk berdepan dengan pelbagai perubahan dalam menangani pandemik wabak Covid-19 serta pertukaran pembelajaran daripada bilik darjah kepada pembelajaran secara maya. 

LeapEd juga telah menyediakan Panduan Membaca langkah demi langkah bagi membantu ibu bapa menggunakan buku ini dengan lebih berkesan. Panduan Membaca tersebut merangkumi cadangan cara membaca e-buku ini, bagaimana memulakan perbualan dengan anak-anak, soalan mengenai virus dan pandemik tersebut serta mendorong anak-anak untuk merenungkan keadaan semasa dan langkah-langkah seterusnya yang boleh mereka praktikkan dengan segera. Terdapat juga versi “Read Aloud” yang disampaikan oleh Azalia Suhaimi, penyair Malaysia yang terkenal dengan kaedah menggabungkan fotografi dan puisi.  

Video ini boleh ditonton di sini.

Apakah yang berlaku sekiranya kita dijangkiti Coronavirus?

E-buku ini menerangkan bagaimana sesetengah orang, terutamanya kanak-kanak, tidak mempunyai gejala apabila dijangkiti oleh koronavirus. Mereka yang tiada bergejala adalah pembawa virus ini dalam badan dan boleh menyebarkannya kepada orang lain secara tidak sengaja.

Kebanyakan orang yang dijangkiti koronavirus melalui saluran pernafasan mengalami gejala seperti batuk, demam panas dan kesukaran bernafas selama beberapa hari. Namun disebabkan tubuh badan kita diciptakan secara menakjubkan, sistem imuniti tubuh badan kita juga dilengkapi oleh antibodi yang dapat mengesan virus baharu seperti koronavirus sebagai bendasing dan mula menyerang virus tersebut secara semulajadi. Antibodi badan kita yang kuat merupakan senjata yang terhasil daripada sel kecil dalam darah untuk melawan virus. Setelah antibodi melawan virus tersebut, sel darah akan menelan serta memusnahkannya dan pesakit akan mula berasa sembuh.

E-buku ini juga menerangkan kepada kanak-kanak bagaimana para pakar perubatan, doktor serta para saintis di seluruh dunia juga sedang sedaya upaya mencari penyelesaian untuk menghasilkan vaksin bagi mengubati penyakit berjangkit koronavirus ini dengan cepat dan selamat.

Dengan berbekalkan ubat-ubatan dan teknologi perubatan yang sedia ada, para doktor di seluruh dunia sedang cuba merawat dan membantu pesakit. Kebanyakan pesakit yang dijangkiti koronavirus akan sembuh dengan sendirinya. Setakat ini, tiada rawatan atau ubat khusus untuk menyembuhkan coronavirus kerana ia adalah penyakit yang baharu. 

Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu?

Antara tip-tip yang mudah diikuti dan praktikal bagi kanak-kanak mahupun dewasa untuk menjaga diri daripada dijangkiti koronavirus adalah:

  1. Memakai pelitup muka

Pentingnya memakai pelitup muka 3-ply yang baik dan berkualiti yang mengikut piawaian yang ditetapkan oleh WHO apabila keluar dari rumah dan berada di tempat awam. Ia dapat melindungi diri kita daripada mendapat jangkitan koronavirus melalui saluran pernafasan secara langsung.  Sekiranya diri kita mempunyai gejala koronavirus, kita perlu memakai pelitup muka dan mendapatkan rawatan yang secepat dan seawal yang mungkin juga dapat membendung pernularan korovirus daripada menjangkiti orang lain di sekeliling kita.

        2. Membasuh tangan dengan kerap dan betul

Penjelasan ini mudah difahami bagaimana koronavirus boleh disingkirkan dari tangan kita. Ia memupuk kesedaran di kalangan kanak-kanak akan pentingnya menggunakan sabun dan membilas tangan dengan air apabila membasuh tangan dengan kerap dan betul. Kita boleh menyanyikan lagu – ‘Selamat Hari Jadi’ sebanyak dua kali sambil mencuci tangan sehingga bersih. Penggunaan `hand sanitiser’ juga boleh digunakan sekiranya tiada sabun dan air yang mencukupi semasa kita berada di luar rumah.

  1. Jaga diri dengan mengamalkan penjarakan sosial

Dengan mengamalkan penjarakan sosial apabila berada di luar rumah dan di tempat awam seperti di sekolah, tempat permainan, di pusat membeli belah dan sebagainya, kanak-kanak dapat mengelakkan diri mereka daripada berhubung rapat dengan orang di sekelilingnya. Mereka juga boleh menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain.

Ia merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dengan menyediakan platfom bacaan yang baik dan panduan yang ringkas lagi praktikal yang boleh digunakan oleh setiap ahli masyarakat di dunia, terutamanya ibu-bapa, penjaga, ahli keluarga, para guru dan pemimpin komuniti setempat untuk membantu sesama kita di kala masa yang memerlukan ini. 

Kita menyedari betapa besarnya impak golongan kanak-kanak ini boleh lakukan sekiranya mereka memilih untuk menolong seseorang yang memerlukan.  Dengan mengamati “knowledge is power” (ilmu pengetahuan adalah satu kuasa), kita patut menyedari bahawa tiada seorang pun di antara golongan masyarakat akan terpinggir, malah kita perlu berusaha untuk membantu bersama-sama dengan rasa empati, ihsan, dan penuh kebaikan. #kitajagakita

 

Semua imej diambil dari e-buku Coronavirus

Sifat berkongsi tidak datang dengan fitrah, ia lebih kepada sesuatu yang kita belajar apabila kita meningkat dewasa. Jadi, kita perlu mendidik anak-anak untuk belajar berkongsi. Dengan belajar berkongsi, anak akan membesar menjadi manusia yang tidak mementingkan diri sendiri dan memahami nilai murni ini.

Mungkin lebih senang berbicara dari melakukannya, jadi kami faham kesukaran untuk mendidik ketika mereka sedang berebut permainan atau makanan. Kadangkala mereka berebut sesuatu yang tak masuk akal pun!

Di sini kami kongsikan beberapa tip untuk membantu anda. Selamat mencuba!

Pilih masa & umur yang sesuai

Sebelum berumur 6 tahun, kebanyakan kanak-kanak tidak memahami konsep menjaga hati dan perasaan orang lain. Namun, kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas boleh mula memahami konsep berkongsi, jadi mungkin umur 3 tahun adalah umur terbaik untuk mula mendidik mereka mengenai sifat ikhlas dan memberi.

Jangan paksa mereka berkongsi

Jangan sesekali memaksa anak berkongsi barangan mereka kerana kita mungkin tak faham betapa bermakna barang tersebut kepada mereka. Kepada kita ia mungkin hanya permainan, tetapi bagi anak ia mungkin segala-galanya. Jadi, bina persekitaran yang menggalakkan mereka berkongsi dan sentiasa beri dorongan dan galakan.

Jadikan berkongsi sesuatu yang menyeronokkan

Seperti orang dewasa, kanak-kanak sukakan aktiviti yang menyeronokkan. Tanamkan nilai murni berkongsi di dalam aktiviti seperti bermain Lego bersama atau membuat kek bersama-sama. Sedar tak sedar, mereka sudah mula belajar mengenai kebaikan berkongsi.

Sentiasa berkomunikasi

Komunikasi adalah kunci kepada hubungan yang berjaya, jadi sentiasa berkomunikasi dengan anak anda tentang kepentingan berkongsi. Cuba terangkan kepada mereka dengan sempurna, berikan penerangan kepada kekeliruan mereka dan bina persepsi yang baik terhadap sifat berkongsi.

Pembahagian masa

Gunakan pemasa jika anda ada lebih dari seorang anak yang mahu bermain permainan video. Belajar menunggu giliran juga adalah sesuatu yang penting untuk dipelajari. Gunakan peluang ini untuk mengajar mereka mengenai keadilan dan mematuhi peraturan.

Jadi contoh yang baik

Kanak-kanak belajar melalui tauladan, jadi cara terbaik ialah dengan menjadi contoh kepada mereka. Ajak mereka berkongsi barangan kita sendiri, seperti bola yoga dan tanya jika mereka boleh kongsi permainan mereka dengan kita. Jadi contoh yang baik dan praktikkan apa yang kita ajar kepada mereka.