fbpx
Banner

Isu berat badan anak antara salah satu isu penting yang perlukan perhatian mommy daddy.

Bila anak semakin membesar, mereka akan kehilangan baby fats kerana semakin aktif dan ada juga semakin kurus disebabkan oleh kurang berselera untuk makan.

Si manja semakin kurus?

berat badan anak

Ada beberapa faktor membuatkan berat badan si manja turun. Apabila usia mereka semakin meningkat, mereka jugak semakin aktif dan ini menyebabkan berat badan turun walaupun diberikan makan yang cukup. Selain tu, ada yang suka makan makanan tidak sihat dan tidak berkhasiat seterusnya menyebabkan berat mudah turun.

Apa yang perlu mommy lakukan untuk naikkan semua berat badan anak sehingga berada di tahap ideal?

Puan Nurul Erwani Zaidi, ibu kepada Ainul Mardhiah yang pernah tular di seluruh Malaysia mengenai kisah seorang bayi mempunyai ketumbuhan di dalam mulut selepas dilahirkan dan kejayaan membuang ketumbuhan di sebuah hospital di London, UK pada dua tahun lalu, berkongsi tiga tips untuk mommy daddy di luar sana yang sedang struggle menaikkan berat badan anak.

‘Google’ cara parents luar negara naikkan berat badan anak

berat badan anak

Semasa Ainul berusia dua tahun dan baru lepas post operation, doktor beritahu sekarang berat Ainul akan turun naik dan masa tu dia pun baru nak start aktif semula. 

Masa berat Ainul 7 kilogram(kg), saya cuba bagi dia blended diet tapi masuk makanan melalui tiub di perut. Namun, berat badan Ainul tetap juga statik tak naik-naik. Lepas itu, saya mula buat carian di internet mengenai ibu bapa dari luar negara yang ada anak sakit dan pakai tiub, macam mana cara mereka sediakan makanan untuk anak mereka, dari situ saya belajar dan cuba apply pada Ainul.

Jenis makanan

Makanan yang saya suka sediakan ialah makanan untuk boost immune, makanan iron, makanan energy. Maksudnya lengkap nutrisi pemakanan untuk Ainul seharian.

Jika anak mommy tak suka makan sayur, boleh cuba baca sini untuk dapatkan petua didik anak makan sayur. Selain tu, ada beberapa jenis makanan tak sesuai diberikan kepada anak bawah umur setahun. Tak semua jenis makanan sesuai diberikan tau! Mommy take note okay.

Jadual makan

berat badan anak

Ini jadual pemakanan Ainul sekarang:

8:30 am – Susu full cream 200ml + mealshake

10:30 am – Sarapan + Vit Elderberry 7ml

12:00pm – Makan tengahari + VitC 2.5ml

1:30 pm – Air masak 200ml

3 pm – Susu full cream 200ml

6:00 pm – Makan malam + Multivitamin 2.5ml

7:30 pm – Air masak 200ml / yakult

9 pm – Susu full cream 200ml

Selepas saya belajar dan apply daripada apa yang saya tengok ibu bapa luar negara sediakan makanan untuk anak mereka, saya bertekad nak jugak naikkan berat badan Ainul secepat yang mungkin dan hasilnya, saya mengambil masa lima hingga enam bulan untuk naikkan berat badan Ainul.

Alhamdulillah, sekarang Ainul dapat capai 10 kg hingga 11 kg dah. InshaAllah akan naik lagi selepas ni. Setakat ni walaupun naik sikit-sikit, bagi saya dah okay. Janji Ainul aktif, sihat dan tak ada alergik pada makanan.

Sekarang aktiviti Ainul di rumah ialah buat aktiviti atau homework yang cikgu Ainul bagi dari gymcademy. Contohnya, aktiviti untuk fokus, aktiviti untuk latihan motor halus dan kasar.

Zaman sekarang sudah canggih

berat badan anak

Kepada ibu bapa di luar sana yang berusaha naikkan berat badan anak anda, teruskan belajar dan explore pada penyediaan makanan anak, berikan anak makanan yang sihat dan cukup nutrisinya. Khususnya untuk ibu-ibu yang sedang jaga anak istimewa mereka, jangan putus asa, zaman sekarang ni dah canggih, search je dah boleh dapat tahu apa yang kita nak tahu berkenaan makanan berkhasiat dan yang sesuai untuk anak-anak kita!

Cara naikkan berat badan anak menurut MyHealth

berat badan anak

Mommy cubalah tips di atas yang dikongsikan oleh Puan Nurul Erwani jika berat badan anak statik pada tempoh yang lama atau anak terlalu kurus. Selain itu, menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu MyHealth, antara cara-cara yang membantu menaikkan berat badan anak adalah:

  • Galakkan anak ambil makanan tinggi kalori.
  • Berikan makanan cukup protein, karbohidrat serta lemak bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  • Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan.
  • Pilih makanan yang digemari anak anda.
  • Galakkan anak makan dengan kerap contohnya enam hidangan kecil dalam satu hari.
  • Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda.

Mahu tips kanak-kanak mengenai isu lain? Baca di sini.

Author

Comments are closed.