fbpx
Banner

Nak cuba pakai IUCD tapi takut sebab kita dah bayangkan ia akan sakit macam apa yang dibayangkan.

Mommy mesti pernah dengar nama alat perancang ni kan? Tapi tak semua berani untuk cuba pakai sebab selalu dengar cerita ‘tak enak’ dari orang lain. Tak dinafikan, lain orang lain pengalamannya. Bila dah pakai, mesti mommy risau kalau tak boleh aktif seperti sebelum ni. Ada yang kata kalau aktif sangat nanti IUCD boleh bergerak dan akan berasa sakit.

Bagi menjawab persoalan-persoalan mommies, penulis rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman merancang keluarga menggunakan IUCD selepas melahirkan anak sulung penulis agar mommy kat luar sana faham dan tahu pengalaman sebenar pakai alat ini.

Apa maksud IUCD?

pakai IUCD

Menurut doctoroncall, Intrauterine Device (IUD) merupakan satu alat peranti kecil diperbuat daripada plastik serta tembaga dan akan dimasukkan ke dalam rahim untuk ‘mengganggu’ proses reproduktif. Ia juga dikenali sebagai “coil”. Dua benang dilampirkan ke IUD dan dimasukkan melalui leher rahim (serviks) untuk diletakkan di dalam vagina. Ini membenarkan IUD dikeluarkan dengan mudah. Kebanyakan peranti adalah berbentuk T (kedua-dua tangan T lipat rata untuk penyisipan) dan panjangnya seperti batang mancis. 

Terdapat dua jenis IUD iaitu tembaga dan hormon. Setiap jenis IUD mempunyai kebaikan dan kesan sampingan tersendiri mengikut individu yang memakainya. 

Pakai selepas 6 bulan bersalin

pakai IUCD

Sepatutnya penulis perlu pasang alat ini selepas sebulan bersalin, tapi disebabkan trauma bersalin tak hilang sampai enam bulan kemudian, barulah penulis ada keberanian untuk pasang alat perancang kehamilan ni. Jangan ikut perangai penulis tau! Bahaya nanti tau-tau dah berbadan dua 😛

Jika mommy baru lepas bersalin dan tak tahu nak buat apa, ini apa pihak nurse akan mintak mommy buat dengan segera.

Pada mulanya, penulis buat temujanji di Klinik Desa berhampiran rumah dan nurse beri tarikh temujanji. Kemudian, penulis datang pada hari yang ditetapkan dan prosedur pasang IUCD dimulakan.

Namun, doktor alami masalah apabila alat perancang kehamilan itu sukar dipasang selepas 30 minit berlalu. Penulis tak ada rasa sakit ke apa tapi doktor sarankan untuk pasang di hospital kerajaan dan mereka bekalkan alat tersebut kepada penulis.

Oleh itu, penulis buat keputusan untuk pasang di Hospital Putrajaya sebab penulis pernah bersalin di sana. Doktor dan nurse sangat membantu menenangkan penulis dan prosedur berjalan dalam masa yang singkat. Mula-mula ada juga rasa takut sebab percubaan pertama pakai alat tersebut gagal tapi rupa-rupanya rasa ngilu sedikit je.  

Selepas prosedur selesai, penulis boleh duduk dan berdiri macam biasa. Rasa ngilu bertahan dalam kurang lima minit lepas tu rasa normal macam tiada apa yang berlaku. Doktor dan nurse juga beri penerangan mengenai keberkesanan IUCD yang dipasang dan mengingatkan penulis untuk buat ujian pap smear setahun sekali.

Malah, doktor ada membuat imbasan ultrabunyi untuk pastikan alat itu terletak di tempat yang betul dan tepat. Takde la kita risau senget ke, bergerak ke bila dah bangun tadi. Hehe. 

pakai IUCD

Mommies jangan risau, kita boleh lakukan aktiviti lasak walaupun dah pakai IUCD. Ia takkan mudah bergerak jika sudah dipasang dengan betul.

Buka IUCD di klinik

Disebabkan penulis mahu merancang anak untuk dua tahun sahaja, bila anak dah genap dua tahun penulis pergi ke klinik yang ada doktor bahagian gynaecology untuk buka IUCD dan buat ujian pap smear sekali.

Untuk pengetahuan mommy, alat ini boleh digunakan selama lima tahun mengikut maklumat di kotak alat tersebut.

Kenapa pakai IUCD?

pakai IUCD

Penulis ada masalah kesihatan lain dan masih on medication, jadi doktor nasihatkan pakai alat perancang keluarga yang tak mengganggu hormon seperti IUCD. Alhamdulillah, penulis serasi pakai alat perancang kehamilan ni selama setahun lebih. Tiada pendarahan atau ngilu di bahagian rahim.

Pakai alat ni mudah nak jaga sebab mommy masih boleh enjoy aktiviti seharian tanpa halangan. Jika mommy nak cuba merancang keluarga dengan IUCD, penulis harap perkongsian ini dapat beri keyakinan dan semangat untuk mommy teruskan dengan keputusan mommy. Fighting!!!

Peringatan

Sebelum pakai, seeloknya mommy jumpa doktor dan berbincang mengenai kaedah merancang keluarga yang mommy inginkan. Doktor akan beri penjelasan lebih lanjut dan dapat membantu mommy rancang keluarga dengan selamat.

Ingin tahu info lanjut mengenai perancangan keluarga? Baca di sini.

Author

Comments are closed.