fbpx
Banner

Risau jugak anak selalu sakit sejak kebelakangan ni. Apa tanda-tanda anak saya menghidap kanser?

Bila si kecil selalu sakit, dah makan ubat tapi kerap jatuh sakit, memang sedih tengok dan sebagai mommy, kita lebih rasa sedih dan berharap sakit anak dapat dipindahkan kepada kita. Mommy kena lebih berjaga-jaga dan perhatikan jika anak ada tanda-tanda menghidap kanser di bawah.

Kanser kanak-kanak

menghidap kanser
s-nbcnews.com

Menurut MyHealth, kanser dalam kalangan kanak-kanak adalah penyakit biasa terjadi dimana pertumbuhan sel di luar kawalan dan bersaiz luar biasa daripada segi bentuk serta memusnahkan sel yang bersebelahan, dan boleh merebak kepada organ-organ dan tisu-tisu lain. Sel kanser memerlukan makanan dalam badan untuk hidup. Malah, kanser mengakibatkan daya tahan badan kanak-kanak menurun, memusnahkan organ dan tulang serta melemahkan sistem pertahanan (imun) badan untuk melawan penyakit. Selain tu, mommy daddy kena take note 4 jenis penyakit berbahaya ini.

Sebenarnya, kanser dalam kalangan kanak-kanak jarang berlaku. Tetapi bagi semua kumpulan umur, antara kanser yang biasa berlaku ialah leukemia, limfoma dan ketumbuhan otak. Apabila kanak-kanak meningkat ke alam remaja, peningkatan kes kanser tulang (osteosarcoma) pula akan berlaku.

Menurut penyelidikan daripada Kanser Kanak-kanak Kebangsaan Malaysia (The Malaysian National Childhood Cancer), data menunjukkan ketumbuhan yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak adalah leukemia, ketumbuhan otak dan saraf tunjang, limfoma, neuroblastoma, gonadal dan tumor gem sel, kanser buah pinggang, sarcome tisu lembut ‘soft tissue sarcomas’ dan retino blastoma. Kebanyakan pesakit kanser berumur kurang daripada 15 tahun.

Selain itu, seorang daripada 600 kanak-kanak berisiko menghidap kanser sebelum berumur 15 tahun. Namun, kebanyakan kanser dan punca barah tidak diketahui. Antara faktor yang menyebabkan kanser dalam kalangan kanak-kanak adalah tidak sama dengan golongan dewasa iaitu merokok atau terdedah kepada persekitaran tercemar.

Simptom menghidap kanser

menghidap kanser
childrenwithcancer.org.uk

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Hematologi dan Onkologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Eni Juraida Abdul Rahman, menjelaskan bahawa agak sukar untuk kenalpasti tanda awal penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak kerana ia boleh menyerupai jangkitan atau kesan trauma jika lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, antara simptom anda boleh awasi seperti demam berterusan atau berulang tanpa sebab, berat badan susut, kurang selera makan, muka pucat, pendarahan pada kulit seperti lebam atau daripada rongga seperti hidung, gusi dan air kencing. Selain itu, anak mata hitam kelihatan putih juga antara simptom kanser mata atau ‘retinoblastoma’ dan keadaan mata juling yang baru muncul atau bengkak pada sekeliling mata juga mungkin petanda kanser yang melibatkan otot mata.

“Sekiranya anak menunjukkan tanda tanda seperti ini atau gejala ini berpanjangan, terlalu kerap berlaku dan tanpa sebab, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan,” jelasnya.

“Kanser darah adalah paling kerap berlaku, iaitu hampir 30 peratus kanak-kanak menghidap penyakit tersebut. Ini diikuti dengan kanser otak merangkumi hampir 25 peratus daripada keseluruhan kes kanser membabitkan kanak-kanak,” katanya lagi.

Jenis rawatan kanser

menghidap kanser
chla.org

Ada beberapa jenis rawatan kanser boleh dilakukan terhadap pesakit bergantung jenis kanser yang dihidapi. Ini kerana setiap kanser mempunyai rawatan yang berbeza. Doktor akan mulakan prosedur rawatan seperti buat ujian darah, pengambilan sedikit sum-sum tulang (Bone marrow aspiration) dan biopsi sum-sum tulang, pengambilan cecair spinal (lumber puncture) dan spinal tap, Biopsi tisu, Ultrasound, CT scan (computerized tomography scan) atau CAT scan atau MRI (magnetic resonance imaging).

Antara jenis rawatan kanser adalah:

  • Pembedahan
  • Kemoterapi
  • Terapi radiasi
  • Pemindahan sum-sum tulang

1. Pembedahan

Kebanyakan ketumbuhan, rawatan yang digunakan adalah dengan kaedah pembedahan. Pembuangan ketumbuhan setempat selalunya menggunakan cara pembedahan. Tisu di sekeliling ketumbuhan dan berdekatan dengan nodus limfa akan dibuang semasa pembedahan.

2. Kemoterapi

Bergantung kepada jenis kanser barah dikalangan kanak-kanak, apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan dan kemoterapi boleh diberikan sekali/lebih dengan cara seperti di bawah:

  • Melalui mulut (makan ubat) – ubat yang di makan dalam bentuk sirap dan pil.
  • Aliran intravena – ubat diberi dengan suntikan melalui salur darah dan aliran intravena.
  • Suntikan intramuscular – ubat yang diberikan melalui suntikan di otot.
  • Suntikan subkutanes – ubat yang diberikan melalui suntikan di bawah kulit.
  • Suntikan intrathecal- ubat yang diberikan melalui suntikan terus kepada cecair spinal.

Jangka masa rawatan kemoterapi dan ubat yang digunakan bergantung kepada tindak balas seseorang kanak-kanak itu terhadap rawatan yang diberikan. Rawatan kemoterapi yang diberikan kepada kanak-kanak berbeza dan boleh diberi sama ada seperti setiap hari, setiap minggu atau sebulan sekali.

3. Terapi radiasi

Apabila kanak-kanak diberi rawatan radiasi, mereka akan dirawat dengan dos yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Kebanyakan kes kanser kanak-kanak dirawat menggunakan kaedah radiasi, disamping rawatan kemoterapi dan pembedahan.

Rawatan radiasi dibuat dengan kaedah terapi setempat sama seperti cara pembedahan. Sinaran diberi kepada tempat yang ada kanser sahaja, rawatan ini hanya akan membunuh sel kanser di tempat yang ada ketumbuhan. Doktor hanya menggunakan rawatan radiasi untuk mengecilkan sel kanser sebelum pembedahan dilakukan. Selepas pembedahan rawatan radiasi diteruskan untuk memberhentikan pertumbuhan sel kanser yang masih ada.

4. Pemindahan sum-sum tulang

menghidap kanser
childrenscolorado.org

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami leukemia dan kanser memerlukan pemindahan sum-sum tulang atau pemindahan peripheral blood stem cell. Di dalam rawatan ini sel darah dan sum-sum tulang yang rosak dimana bahan yang membuat sel darah di dalam tulang digantikan dengan sel stem yang baru dan boleh tumbuh menjadi sel yang sihat.

Ada dua keadaan yang memerlukan pemindahan. Pertama kerana kanser telah merosakkan sum-sum tulang. Pemindahan sum-sum tulang dan pemindahan peripheral blood stem cell selalunya digunakan semasa merawat penyakit leukemia dan lymphoma. Keadaan kedua apabila rawatan diperlukan dengan dos kemoterapi yang banyak dan semasa rawatan radiasi telah merosakkan sum-sum tulang kanak-kanak tersebut. Anak selalu tak sihat dan sudah lama mahu berjalan-jalan di taman? Apa kata mommy daddy luangkan masa dan lawati 6 lokasi menarik sekitar Selangor bersama anak-anak tersayang.

Suka artikel ini? Baca sini jika mahu info lanjut mengenai kanak-kanak.

Author

Comments are closed.