fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommy daddy akan kenali empat jenis penyakit berbahaya ketika ini:

  • Bawa ke hospital jika anak menunjukkan gejala-gejala tertentu.
  • Buat ujian calitan jika anak terdedah dengan virus tertentu seperti Covid19.
  • Dapatkan rawatan segera jika keadaan anak semakin teruk.
penyakit

Sejak kebelakangan ini, kita sering baca berita-berita tidak enak mengenai virus yang menyerang kanak-kanak di negara ini. Terbaru, penulis sempat melihat para doktor menyebarkan awareness mengenai virus RSV yang sedang mengganas sekarang.

Antara empat penyakit mommy daddy perlu ambil perhatian pada ketika ini ialah:

  • MIS-C / Kawasaki
  • HFMD
  • Hepatitis
  • RSV (Respiratory Syncytial Virus) pneumonia / bronchiolitis

MIS-C / Kawasaki

penyakit

Menurut Astro Awani, MIS-C atau lebih mudah difahami sebagai komplikasi jangkitan Covid19 yang berlaku selepas dua hingga empat minggu dijangkiti virus tersebut. Antara organ utama yang terjejas ialah jantung, tetapi organ-organ penting lain boleh terjejas sama.

Gejala-gejala utama bagi penyakit ini adalah:

  • Demam berpanjangan
  • Ruam merah
  • Bibir merah / kering / merekah
  • Mata merah
  • Bengkak kelenjar limfa
  • Bengkak kaki / tangan
  • Tanda lain: Berdebar, letih, kelihatan terlalu tidak sihat atau tidak aktif

Jika anak tidak sihat walaupun telah makan ubat demam dan antibiotik, mommy daddy segeralah bawa anak ke hospital tau! Bahaya jika anak lambat dapat rawatan.

HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease)

penyakit

HFMD atau lebih dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit jika tidak mendapat rawatan awal dan menjalani kuarantin. Difahamkan, kanak-kanak boleh mengalami komplikasi radang jantung atau organ lain jika keadaan kesihatan anak semakin teruk. Biasanya, HFMD merupakan jangkitan ringan sahaja.

Antara gejala bagi HFMD adalah:

  • Ruam di kaki / tangan
  • Ulser dalam mulut
  • Kurang makan, minum
  • Dehidrasi

Hepatitis

penyakit

Hepatitis merupakan penyakit berkaitan hati yang baru muncul sejak sebulan lalu. Menurut Doktor Rashdan Zaki Mohamed, di akaun laman sosial Twitter beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO), penyakit ini baru diumumkan awal bulan lalu di mana jangkitan atau radang berlaku pada hati dalam kalangan kanak-kanak.

Gejala-gejala utama bagi Hepatitis adalah:

  • Kekuningan pada kulit / mata (jaundice)
  • Air kencing berwarna gelap
  • Loya
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Keletihan

Oleh kerana penyakit ini baru muncul dan tidak banyak data diketahui, punca utama Hepatitis masih lagi dalam siasatan.

RSV (Respiratory Syncytial Virus) pneumonia / bronchiolitis

penyakit

Virus terbaru antara keempat-empat penyakit di atas yang menyerang kanak-kanak terutama bahagian paru-paru dan saluran atau sistem pernafasan. Ia merupakan jangkitan kuman pneumonia / bronchiolitis / wheeze.

Pada mulanya, mungkin mommy daddy tak perasan anak dijangkiti virus RSV dan menganggap ia demam biasa. Namun, pastikan mommy daddy pantau cara pernafasan anak jika terdapat lekukan di perut atau bernafas laju daripada biasa.

Antara gejala utama bagi virus ini adalah:

  • Demam
  • Sesak nafas
  • Nafas laju / berbunyi

Memang agak mencabar untuk besarkan anak terutama dalam zaman yang banyak penyakit berbahaya untuk kanak-kanak, namun apa yang mommy daddy boleh buat adalah dengan menjaga kebersihan dan kesihatan anak dari masa ke semasa.

Pantau kesihatan anak jika ada apa-apa perubahan. Sediakan makanan yang berkhasiat, jaga kebersihan diri, makan vitamin tambahan dan ambil vaksin tertentu jika perlu untuk mencegah daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti di atas.

Suka artikel ini? Baca Monkeypox: Ibu bapa di Malaysia perlu risau atau tidak? dan Apa Beza HFMD dengan Monkeypox? Ini jawapannya.

Author

Comments are closed.