fbpx
Banner

Ramai wanita sebenarnya taktahu mereka ada penyakit jantung sehingga jatuh sakit. Bukan saja makanan tak sihat, ada beberapa faktor anda kena ambil tahu.

Penyakit jantung merupakan satu penyakit “silent killer” atau pembunuh dalam senyap. Ada yang sentiasa nampak sihat tetapi tiba-tiba diserang sakit jantung. Ada beberapa sebab dan anda boleh ketahui simptom-simptom sakit jantung jika berasa tak sihat.

Penyakit jantung bahaya untuk wanita

Menurut kajian American Heart Association di HelloSehat, golongan wanita mempunyai 20 peratus lebih tinggi risiko terkena penyakit jantung berbanding lelaki. Wanita berusia lebih terdedah kepada risiko sakit jantung kerana mereka sudah menopaus.

Selain tu, menurut data terkini diterbitkan oleh WHO pada tahun 2017, kematian akibat sakit jantung koronari di Malaysia mencapai sehingga 30,598 orang atau 22.13 peratus daripada jumlah kematian.

Serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen ke otot jantung berkurangan atau terhalang. Bila sebahagian daripada otot tak dapat menerima oksigen yang diperlukan untuk berfungsi, otot mula rosak. Serangan jantung boleh dikaitkan dengan atau mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih teruk seperti kegagalan jantung dan aritmia yang boleh membawa maut.

1. Simptom sakit jantung yang sering diabaikan

Ada beberapa simptom-simptom mungkin sama dengan sakit biasa dan anda anggap hanya sakit biasa tanpa buat rawatan selanjutnya. Agak bahaya kerana anda boleh elak perkara yang lebih serius berlaku jika terima rawatan dengan segera. Antara simptom penyakit jantung ialah:

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Berpeluh tanpa melakukan aktiviti berat
  • Terlampau penat walaupun sedang berehat

Sakit dada

penyakit jantung

Sakit dada merupakan simptom paling utama bagi penyakit jantung. Mungkin jenis sakit dada yang dialami golongan wanita berbeza berbanding lelaki, seterusnya membuatkan anda tak terfikir bahawa anda sebenarnya mengalami serangan jantung.

Rasa sakit mungkin dada terasa penuh atau terhimpit. Malah, dada jugak terasa seperti diikat rapat. Akibatnya, dada anda akan berasa sangat tak selesa. Bukan sahaja dada, keadaan ini juga boleh menyebabkan sakit di bahagian lain.

Sesak nafas

Sesak nafas seperti nafas pendek dan tercungap-cungap adalah petanda sakit jantung. Anda mungkin berasa sukar untuk bernafas walaupun semasa buat aktiviti ringan. Gejala serangan jantung ringan ini boleh berlaku bila anda sedang baring. Biasanya, gejala akan berkurangan bila anda sudah duduk.

Berpeluh tanpa melakukan aktiviti berat

penyakit jantung

Anda patut risau jika anda berpeluh semasa tak melakukan apa-apa aktiviti berat. Ini kerana ia merupakan salah satu simptom serangan jantung pada wanita lebih-lebih lagi jika peluh yang dihasilkan oleh badan adalah peluh sejuk. Situasi ini biasa berlaku pada wanita yang pernah mengalami serangan jantung.

Terlampau penat walaupun sedang berehat

Tak semua wanita mengalami serangan jantung berasa letih. Ia boleh berlaku walaupun mereka sudah berehat seketika dan kurang aktif. Walau bagaimanapun, tak semua wanita mengalami simptom ini apabila mengalami serangan jantung, namun tak salah jika anda berasa curiga jika berlaku keletihan yang melampau.

2. Diabetes

Bagi wanita yang mengalami diabetes, anda lebih berisiko mengalami sakit jantung kerana kandungan gula dalam darah sangat tinggi hingga merosakkan salur darah dan urat saraf yang mengawal jantung serta salur darah, menurut HelloDoktor. Pernah tak anda terfikir apa akan terjadi jika pasangan Thalassemia berkahwin? Ini jawapannya.

Selain itu, pesakit diabetes yang mempunyai kolesterol tinggi juga meningkatkan risiko terkena sakit jantung tanpa kira usia muda atau tua. Jaga kesihatan anda jika anda tergolong dalam golongan ini. Fighting!

3. Kurang bersenam

penyakit jantung

Golongan wanita terutama mereka yang bergelar ibu, masa memang amat mencemburui kita dan 24 jam tak cukup untuk buat semua perkara termasuklah bersenam. Bukan itu saja, nak makan makanan sihat juga perlukan masa dan usaha di mana kita kurang utamakan diri sendiri demi keluarga tersayang.

Dear mommies, utamakan kesihatan anda dulu supaya anda sentiasa sihat apabila anak-anak memerlukan anda. Jika anda rasa lifestyle anda kurang sihat sebelum ini, cuba amalkan healthy lifestyle bermula esok dan hari-hari seterusnya supaya anda lebih bertenaga dan sihat serta terhindar daripada penyakit berbahaya seperti sakit jantung.

Suka artikel ini? Klik sini untuk info menarik mengenai kesihatan.

Author

Comments are closed.