fbpx
Banner

Anak nampak lemah je walaupun dah pergi klinik dan makan ubat. Doktor cakap sakit biasa. Apa masalah kesihatan anak saya?

Setiap selang sebulan, perasan tak anak akan mengalami demam atau batuk selsema? Risau tengok baru je sembuh dari sakit bulan lepas, tiba-tiba anak sakit lagi.

Sila ambil serius jika anak mempunyai tanda-tanda ini

masalah kesihatan
Gambar sekadar hiasan

Bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah, mommy daddy perlu ambil serius jika anak sering sakit walaupun sudah pergi ke klinik dan makan ubat yang diberikan oleh doktor. Menurut HelloDoktor, ada beberapa kemungkinan serius jika anak mommy mempunyai tanda-tanda masalah kesihatan ini:

  • Kurang selera makan
  • Selalu demam
  • Berat badan menurun
  • Anemia
  • Anggota badan senang lebam dan berdarah

1. Kurang selera makan

Ada beberapa punca bila anak kurang selera makan termasuklah kesan pembengkakan atau pembesaran organ-organ dalaman akibat penyebaran dan pertumbuhan sel kanser ke organ abdomen berkenaan yang menekan dinding perut seterusnya memberi rasa ‘penuh’ atau kenyang. Mommy jugak boleh ketahui jika anak mempunyai simptom kanser atau tak.

2. Selalu demam

masalah kesihatan
Gambar sekadar hiasan

Tak dinafikan demam bukanlah simptom utama seseorang menghidap penyakit serius seperti kanser, tetapi mommy daddy dapatkan nasihat doktor pakar jika anak sering mengalami masalah kesihatan seperti demam walaupun hanya duduk di rumah saja. Buat pemeriksaan selanjutnya dan kenalpasti punca kesihatan anak kerap terjejas.

3. Berat badan menurun

masalah kesihatan
Gambar sekadar hiasan

Bagi kanak-kanak, mereka dalam fasa membesar amat memerlukan nutrisi lengkap untuk membantu mereka membesar dengan sihat. Jika berat badan anak menurun, itu adalah indikasi kesihatan anak terganggu dengan serius. Agak bahaya jika mommy biarkan situasi ini terlalu lama tanpa nasihat pakar.

4. Anemia

Anemia menyebabkan si kecil mudah berasa penat kerana jumlah sel darah merah berkurangan dalam badan. Mereka sering kelihatan sukar bernafas walaupun melakukan aktiviti ringan kerana sel darah merah yang membekalkan oksigen kepada tisu-tisu badan bagi menghasilkan tenaga melalui aktiviti metabolisma berkurangan. Selain tu, pernahkah anda terfikir apa akan terjadi sekiranya pasangan Thalassemia berkahwin?

5. Anggota badan senang lebam dan berdarah

masalah kesihatan
Gambar sekadar hiasan

Sila berjumpa doktor dengan segera jika anggota badan si manja mommy senang lebam dan berdarah. Kaki mudah lebam, hidung berdarah atau gusi berdarah mungkin berpunca daripada sumsum tulang dicerobohi oleh sel-sel kanser leukemia, seterusnya mengganggu semua fungsi sintetik sumsum tulang termasuklah menghasilkan platelet di mana ia menyebabkan badan senang lebam. Walau bagaimanapun, mommy harus dapatkan nasihat doktor pakar jika anak mengalami masalah kesihatan ini.

Kanser kanak-kanak sukar dikenalpasti

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Hematologi dan Onkologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Eni Juraida Abdul Rahman, menyatakan bahawa tanda awal penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak sukar dikenalpasti kerana kadangkala ia boleh menyerupai kepada jangkitan atau kesan trauma lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak, lapor Berita Harian.

Difahamkan, kira-kira 750 hingga 800 purata kes kanser baru membabitkan kanser dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia antara bayi baru lahir hingga 19 tahun berlaku setiap tahun di negara kita.

“Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda seperti ini atau gejala berpanjangan, terlalu kerap berlaku dan tanpa sebab, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan,” ujarnya.

“Kanser darah adalah paling kerap berlaku, iaitu hampir 30 peratus kanak-kanak menghidap penyakit berkenaan. Ini diikuti dengan kanser otak merangkumi hampir 25 peratus daripada keseluruhan kes kanser membabitkan kanak-kanak,” jelasnya lagi.

Tambahnya, kanser dihidapi kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kanser membabitkan sistem darah seperti leukemia dan limfoma dan kanser organ pepejal seperti otak, buah pinggang, hati, tulang serta otot.

“Walaupun genetik antara faktor risiko kepada kejadian kanser, risikonya rendah dan setakat ini, punca berlaku kanser kepada kanak-kanak masih tidak diketahui berbanding individu dewasa yang biasanya dipengaruhi oleh gaya hidup tidak sihat termasuk pemakanan,” katanya.

Kanser kanak kanak mempunyai potensi tinggi untuk sembuh. Memang tak dinafikan rawatan dilalui amat berat dan memerlukan banyak kesabaran serta pengorbanan. Dia juga berharap mommy daddy dapat menerima hakikat anak menghidap kanser dan memberi kepercayaan kepada doktor menjalankan rawatan supaya rawatan berjaya.

Suka artikel ini? Mommy klik sini untuk baca artikel selanjutnya mengenai kanak-kanak.

Author

Comments are closed.