fbpx
Banner

Jika anda sering terdedah dengan matahari, pakai krim pelindung supaya dapat elakkan kanser kulit.

Tahukah anda, kulit yang sering terdedah matahari berisiko tinggi terkena kanser kulit? Disebabkan ini, ramai golongan muda sudah ada kesedaran memakai krim pelindung matahari selain ia banyak beri kebaikan kepada si pemakai. Jika anda tak pernah pakai krim pelindung matahari, beli segera di farmasi berdekatan dan mula pakai ye.

Kenali punca kanser kulit dengan lebih terperinci:

Bagaimana kanser kulit terbentuk

kanser kulit
pngtree.com

Tak ramai sedar tentang kepentingan memakai krim pelindung muka atau sunscreen dan menganggap semua simptom sebagai perkara normal yang berlaku apabila usia semakin lanjut. Ini menyebabkan ramai di antara kita menghidap kanser kulit tanpa disedari. Malah, kanser ini mengambil masa lama untuk menunjukkan kesan terhadap kesihatan kita.

Kanser kulit adalah berpunca daripada ketumbuhan pada kulit yang disebabkan oleh sel yang tidak normal, mula membesar dengan cepat dan membiak tanpa kawalan. Ini cara untuk lihat simptom jika anak anda ada kanser. Terdapat tiga jenis kanser kulit iaitu:

  • Basal cell carcinoma
  • Squamous cell carcinoma
  • Melanoma

Faktor risiko kanser

Menurut MyHealth, seperti kebanyakan kanser lain, ada beberapa faktor boleh mengakibatkan kanser kulit termasuklah:

  • Terdedah kepada cahaya UV
  • Jenis kulit
  • Faktor genetik
  • Sistem imun badan lemah
  • Jangkitan Human Papilloma Virus
  • Terdedah dengan bahan kimia dan radiasi
  • Ulser tahap kronik

1. Terdedah kepada cahaya UV

kanser kulit
vnahealth.com

Sinaran ultraviolet (UV) amat berbahaya kepada manusia dan boleh mengakibatkan kanser. Untuk pengetahuan anda, sinaran UV boleh merosakkan DNA dan seterusnya menyebabkan kejadian barah kulit. Malah, kulit yang seringkali terdedah kepada UVA dan UVB dalam jangka masa panjang tidak kira daripada sinaran matahari atau penggunaan alat pancaran UV boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.

2. Jenis kulit

Secara saintifik, mereka yang mempunyai jenis kulit yang cerah berisiko tinggi mendapat kanser kulit berbanding mereka yang mempunyai warna kulit gelap. Menurut Pakar Perunding Dermatologi dan Pakar Pembedahan Mohs, Jabatan Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Kwan Zhenli, menjelaskan bahawa Kajian Penyelidikan Kanser United Kingdom (UK) mendapati kejadian selaran matahari sekali setiap dua tahun meningkatkan risiko menghidap melanoma sebanyak tiga kali ganda, lapor Berita Harian.

3. Faktor genetik

Sebenarynya, terdapat beberapa jenis penyakit genetik yang menyebabkan mereka lebih sensitif kepada sinaran matahari. Contohnya, pesakit yang menghidapi xeroderma pigmentosum tidak dapat memulihkan sel-sel kulit yang rosak selepas pendedahan kepada sinaran matahari akibat kekurangan mekanisma untuk memperbaiki DNA yang rosak berbanding dengan manusia normal.

Berikutan itu, kulit pesakit sangat sensitif dan kerap sunburn jika terdedah kepada sinaran matahari. Golongan ini lebih cenderung menghidap kanser pada usia muda. Namun, penyakit genetik berkenaan amat jarang berlaku.

4. Sistem imun badan lemah

kanser kulit
dailyrecord.co.uk

Mereka yang pernah mendapatkan rawatan selepas pemindahan organ mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser kulit berikutan sistem imun badan yang lemah. Sila dapatkan nasihat doktor jika anda tergolong dalam golongan berisiko tinggi. Selain kanser, penyakit jantung jugak amat berbahaya dan berisiko untuk golongan wanita.

5. Jangkitan Human Papilloma Virus

Jangkitan virus jenis ini memainkan peranan penting dalam pembentukan kanser terutamanya kanser di bahagian kemaluan.

6. Terdedah dengan bahan kimia dan radiasi

Pendedahan kepada bahan kimia seperti arsenik boleh meningkatkan risiko terkena kanser kulit. Kadar arsenik yang lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan berbahaya kepada manusia contohnya air minuman yang diambil daripada perigi tercemar. Sumber lain keracunan arsenik adalah dari ubat-ubatan tradisional.

7. Ulser tahap kronik

Tahukah anda, ulser yang tak sembuh selepas bertahun-tahun lamanya ataupun parut tertentu mungkin mengakibatkan anda terkena kanser ini pada jangka masa yang panjang.

Kanser kulit paling sukar dikesan kerana ia mengambil masa agak panjang untuk nampak simptom-simptom dan kesihatan merosot. Jika anda bekerja di bawah sinaran matahari dan tak pernah memakai krim pelindung matahari, anda boleh mula amalkan memakai krim ini sebelum terlambat.

Suka artikel di atas? Klik sini untuk baca tips kesihatan kanak-kanak.

Author

Comments are closed.