fbpx
Banner
Category

Didik

Category

Selepas baca artikel ini, mommy daddy akan kenali empat jenis penyakit berbahaya ketika ini:

  • Bawa ke hospital jika anak menunjukkan gejala-gejala tertentu.
  • Buat ujian calitan jika anak terdedah dengan virus tertentu seperti Covid19.
  • Dapatkan rawatan segera jika keadaan anak semakin teruk.
penyakit

Sejak kebelakangan ini, kita sering baca berita-berita tidak enak mengenai virus yang menyerang kanak-kanak di negara ini. Terbaru, penulis sempat melihat para doktor menyebarkan awareness mengenai virus RSV yang sedang mengganas sekarang.

Antara empat penyakit mommy daddy perlu ambil perhatian pada ketika ini ialah:

  • MIS-C / Kawasaki
  • HFMD
  • Hepatitis
  • RSV (Respiratory Syncytial Virus) pneumonia / bronchiolitis

MIS-C / Kawasaki

penyakit

Menurut Astro Awani, MIS-C atau lebih mudah difahami sebagai komplikasi jangkitan Covid19 yang berlaku selepas dua hingga empat minggu dijangkiti virus tersebut. Antara organ utama yang terjejas ialah jantung, tetapi organ-organ penting lain boleh terjejas sama.

Gejala-gejala utama bagi penyakit ini adalah:

  • Demam berpanjangan
  • Ruam merah
  • Bibir merah / kering / merekah
  • Mata merah
  • Bengkak kelenjar limfa
  • Bengkak kaki / tangan
  • Tanda lain: Berdebar, letih, kelihatan terlalu tidak sihat atau tidak aktif

Jika anak tidak sihat walaupun telah makan ubat demam dan antibiotik, mommy daddy segeralah bawa anak ke hospital tau! Bahaya jika anak lambat dapat rawatan.

HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease)

penyakit

HFMD atau lebih dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit jika tidak mendapat rawatan awal dan menjalani kuarantin. Difahamkan, kanak-kanak boleh mengalami komplikasi radang jantung atau organ lain jika keadaan kesihatan anak semakin teruk. Biasanya, HFMD merupakan jangkitan ringan sahaja.

Antara gejala bagi HFMD adalah:

  • Ruam di kaki / tangan
  • Ulser dalam mulut
  • Kurang makan, minum
  • Dehidrasi

Hepatitis

penyakit

Hepatitis merupakan penyakit berkaitan hati yang baru muncul sejak sebulan lalu. Menurut Doktor Rashdan Zaki Mohamed, di akaun laman sosial Twitter beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO), penyakit ini baru diumumkan awal bulan lalu di mana jangkitan atau radang berlaku pada hati dalam kalangan kanak-kanak.

Gejala-gejala utama bagi Hepatitis adalah:

  • Kekuningan pada kulit / mata (jaundice)
  • Air kencing berwarna gelap
  • Loya
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Keletihan

Oleh kerana penyakit ini baru muncul dan tidak banyak data diketahui, punca utama Hepatitis masih lagi dalam siasatan.

RSV (Respiratory Syncytial Virus) pneumonia / bronchiolitis

penyakit

Virus terbaru antara keempat-empat penyakit di atas yang menyerang kanak-kanak terutama bahagian paru-paru dan saluran atau sistem pernafasan. Ia merupakan jangkitan kuman pneumonia / bronchiolitis / wheeze.

Pada mulanya, mungkin mommy daddy tak perasan anak dijangkiti virus RSV dan menganggap ia demam biasa. Namun, pastikan mommy daddy pantau cara pernafasan anak jika terdapat lekukan di perut atau bernafas laju daripada biasa.

Antara gejala utama bagi virus ini adalah:

  • Demam
  • Sesak nafas
  • Nafas laju / berbunyi

Memang agak mencabar untuk besarkan anak terutama dalam zaman yang banyak penyakit berbahaya untuk kanak-kanak, namun apa yang mommy daddy boleh buat adalah dengan menjaga kebersihan dan kesihatan anak dari masa ke semasa.

Pantau kesihatan anak jika ada apa-apa perubahan. Sediakan makanan yang berkhasiat, jaga kebersihan diri, makan vitamin tambahan dan ambil vaksin tertentu jika perlu untuk mencegah daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti di atas.

Suka artikel ini? Baca Monkeypox: Ibu bapa di Malaysia perlu risau atau tidak? dan Apa Beza HFMD dengan Monkeypox? Ini jawapannya.

Selepas baca artikel ini, anda akan tahu perbezaan antara penyakit HFMD dan Monkeypox:

  • Kenalpasti simptom kedua-dua penyakit yang berbeza.
  • Jumpa doktor dengan segera jika anak menunjukkan simptom-simptom berkenaan.
  • Kuarantin atau asingkan anak jika bergejala.

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) dan virus Monkeypox semakin hangat diperkatakan gara-gara kes melibatkan kanak-kanak di negara ini melonjak tinggi sehingga melebihi 82,000 kes sehingga tarikh 4 Jun lalu.

Punca penyakit HFMD

HFMD

Punca penyakit yang menular dalam kalangan kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh virus enterovirus. Ia mudah dijangkiti terutama apabila kanak-kanak dijangkiti tidak diasingkan dan berkongsi makanan serta alat mainan bersama kanak-kanak lain.

Simptom HFMD

HFMD

Menurut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara simptom-simptom bagi kanak-kanak dijangkiti HFMD ialah:

  • Demam
  • Ulser di tekak, mulut dan lidah
  • Hilang selera makan
  • Ruam
  • Lepuh pada tangan, kaki dan kawasan lampin

Bagaimana HFMD boleh berjangkit kepada orang lain?

Penyakit ini mudah berjangkit apabila individu tersebut tak mengamalkan kebersihan contohnya jarang membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan banyak lagi seperti:

  • Sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur, najis dan cecair dari lepuhan.
  • Berkongsi alat mainan.
  • Menyentuh permukaan yang mempunyai lelehan daripada individu bergejala.
  • Tidak kuarantin.

Apa itu virus Monkeypox?

HFMD

Virus cacar monyet boleh berjangkit kepada semua peringkat umur dan tempoh inkubasi juga lebih lama daripada Covid19 dan HFMD iaitu sehingga 21 hari. Oleh itu, pesakit dinasihatkan supaya menjalani kuarantin jika mempunyai simptom-simptom cacar monyet.

Menurut media sosial Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, @KKMPutrajaya, Monkeypox atau cacar monyet merupakan virus yang ditularkan kepada manusia melalui:

  • Gigitan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan, atau luka haiwan yang dijangkiti.
  • Melalui titisan pernafasan jika kontak bersemuka dalam masa yang lama.
  • Kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang dijangkiti atau objek tercemar dengan virus tersebut seperti tempat tidur atau pakaian.

Simptom Monkeypox

HFMD

Antara simptom-simptom Monkeypox yang anda perlu awasi adalah:

  • Ruam makulopapular (muncul di muka, tapak tangan, tapak kaki dan seterusnya di bahagian badan yang lain.
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Lenguh tubuh badan
  • Sakit belakang badan atau sendi
  • Kejang otot
  • Pembengkakan kelenjar limfa

Sukar berjangkit dengan manusia

HFMD

Virus Monkeypox sukar untuk berjangkit daripada manusia kepada manusia, menurut Harian Metro. Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad, berkata bahawa risiko jangkitan virus ini untuk menular kepada orang awam adalah sangat rendah berbanding Covid19 dan HFMD.

“Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap immuniti rendah mempunyai risiko dengan gejala lebih serius dan boleh membawa maut sekiranya dijangkiti Monkeypox,” tambahnya.

Mommy daddy diingatkan supaya menjaga kebersihan di rumah dan terhadap anak-anak supaya terhindar daripada penyakit-penyakit berbahaya. Kebersihan merupakan aspek penting untuk kita lindungi diri dan anak-anak tidak kira di mana sahaja kita berada. Jangan ambil ringan perkara di atas tau!

Suka artikel ini? Baca Monkeypox: Ibu bapa di Malaysia perlu risau atau tidak? dan Monkeypox II: Perkembangan terkini cacar monyet & ini 1 langkah penting perlu diambil untuk elak dijangkiti.

Selepas baca artikel ini, mommy daddy akan lebih faham mengenai penyakit cacar monyet (Monkeypox) dan cara untuk mengatasinya:

  • Fahami dengan lebih mendalam mengenai Monkeypox.
  • Sentiasa amalkan penjagaan kebersihan yang tinggi apabila berada di luar rumah.
  • Kenalpasti simptom-simptom penyakit tersebut jika anak tidak sihat.
monkeypox

Sejak beberapa hari lalu, seluruh penduduk di seluruh dunia berasa takut selepas berita mengenai penyakit cacar monyet atau lebih dikenali sebagai Monkeypox telahpun dikesan di beberapa negara di seluruh dunia.

Mesti mommy daddy tertanya-tanya, perlukah kita berasa takut dengan penyakit terbaru ini? Berbahayakah penyakit ini terhadap anak-anak kecil? Bagaimana cara untuk elakkannya jika penyakit ini sudah masuk ke Malaysia?

Apa itu virus Monkeypox?

monkeypox

Menurut CPRC Kebangsaan – Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit cacar monyet atau Monkeypox ini merupakan sejenis penyakit zoonotik disebabkan oleh Monkeypox. Ia tergolong dalam genus Orthopoxvirus daripada keluarga Poxviridae. Antara virus-virus lain yang termasuk dalam golongan Poxviridae ini ialah cacar air (smallpox), vaccinia, cowpox, camelpox, ectromelia (mousepox).

Terdapat dua jenis clade virus Monkeypox iaitu dari Afrika Tengah (Congo Basin) dan Afrika Barat. Virus clade Congo Basin menyebabkan penyakit lebih teruk dan mudah dijangkiti.

Walaupun nama penyakit ini cacar monyet, ia tidak dibawa oleh monyet tetapi haiwan kecil seperti tikus. Untuk pengetahuan mommy daddy, nama cacar monyet ini diberi kerana virus ini ditemui pertama kali dalam monyet makmal pada tahun akhir 1950-an.

Simptom jika anda menghidap Monkeypox

monkeypox

Biasanya simptom jika anda terkena penyakit Monkeypox akan mula kelihatan seperti demam, sakit badan, sakit kepala, bengkak kelenjar limfa serta ruam. Tempoh inkubasi selepas bergejala ialah selama tujuh hingga 14 hari atau lima hingga 21 hari. Namun, pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam tempoh dua hingga empat minggu.

Selepas demam dua hari, ruam akan mula kelihatan di muka dan merebak di lengan dan kaki serta tapak tangan pada permulaannya. Kemudian, ruam akan merebak ke seluruh badan dalam tempoh 24 jam.

Bagaimana Monkeypox boleh dijangkiti?

monkeypox

Virus ini boleh disebarkan kepada manusia melalui gigitan atau direct contact dengan darah haiwan yang dijangkiti, cecair badan atau lesi pada kulit atau mukosa.

Difahamkan, jangkitan daripada manusia ke manusia amat jarang berlaku, tetapi ia boleh berlaku melalui sentuhan rapat dengan ruam makulopapular orang yang dijangkiti dan bergejala.

Virus ini boleh sebabkan kematian atau tidak?

monkeypox

Menurut World Health Organization (WHO) Filipina, dalam kebanyakan kes, gejala Monkeypox hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, tetapi dalam sesetengah individu, ia boleh membawa kepada komplikasi perubatan dan juga kematian. Bayi yang baru lahir, kanak-kanak dan orang yang mengalami masalah keupayaan imun badan melawan jangkitan kuman atau virus mungkin menghadapi risiko simptom yang lebih serius dan kematian akibat cacar monyet.

Komplikasi daripada kes Monkeypox yang teruk termasuk jangkitan kulit, radang paru-paru, kekeliruan dan jangkitan mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Sekitar tiga hingga enam peratus daripada kes yang dilaporkan telah menyebabkan kematian di negara endemik sejak kebelakangan ini terjadi pada kanak-kanak atau orang yang mungkin mempunyai masalah kesihatan lain. Walau bagaimanapun, ini mungkin anggaran sahaja kerana data pengawasan di negara endemik adalah terhad.

Cara pencegahan Monkeypox bagi pengembara di negara dilanda wabak

monkeypox

Seperti yang dinyatakan dalam infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas, terdapat beberapa cara atau langkah sesuai diamalkan bagi rakyat Malaysia yang mengembara di negara dilanda wabak Monkeypox:

  • Kekalkan kebersihan diri yang tinggi seperti mencuci tangan dengan kerap selepas ke tandas atau apabila tangan kotor.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti, sama ada manusia, haiwan atau objek berkemungkinan tinggi tercemar dengan cecair tubuh pesakit serta pakaian yang dipakai oleh pesakit dijangkiti.
  • Elakkan daripada sentuhan dengan haiwan liar atau makan daging haiwan tersebut.

Biasakan jaga kebersihan diri sepanjang masa

Walaupun negara kita masih tiada kes virus cacar monyet ini, namun mommy daddy tak boleh leka tau. Ajar anak-anak kecil mengenai penjagaan kebersihan diri tidak kira di mana sahaja mereka berada agar terhindar daripada bakteria jahat dan virus yang ada di sekeliling mereka.

Penulis yakin kanak-kanak zaman sekarang sudah faham kepentingan mencuci tangan menggunakan sabun, menggunakan hand sanitizer apabila berada di tempat awam, memakai topeng muka dan sebagainya sejak pandemik Covid19 melanda.

Suka artikel ini? Baca Covid19: Penjelasan Ringkas Untuk Kanak-Kanak dan 5 petua mendidik anak makan sayur-sayuran.

Selepas baca artikel ini, mommies akan lebih faham mengendalikan anak kecil semasa pergi open house:

  • Tahu jenis pakaian apa sesuai dipakai untuk anak bila keluar.
  • Nasihat anak sebelum keluar berjumpa orang ramai.
  • Sediakan makanan atau snek untuk anak supaya dia tidak meragam apabila lapar.
open house

Beraya atau pergi open house bersama anak kecil sememangnya mencabar lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa. Kanak-kanak sukar dijangka perangainya terutama apabila di depan khalayak ramai. Masa tu la dia nak tunjuk skil baru, lompatan paling jauh, siapa paling cepat rampas mainan dan macam-macam lagi.

Bagi yang pertama kali nak beraya atau pergi open house sanak-saudara dan rakan-rakan, mungkin mommy daddy perlukan beberapa tips penting sebelum keluar rumah iaitu:

  • Bekalan makanan
  • Hiburan
  • Jaga adab
  • Jaga masa
  • Pakaian

1. Bekalan makanan

open house

Bekalan makanan amat penting bagi si kecil. Biasalah, kanak-kanak aktif memang cepat lapar berbanding orang dewasa seperti kita. Sediakan makanan ringkas atau snek supaya anak dapat makan ketika dalam perjalanan atau semasa berada di rumah orang.

Bagi anak yang mempunyai alergik terhadap sesuatu makanan, seeloknya mommy sediakan makanan sendiri kerana kita tak pasti tuan rumah sediakan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak atau tidak. Contoh macam penulis, anak ada alergik terhadap kelapa terutama santan, jadi terpaksa bawa bekal makanan sendiri semasa pergi open house. Bawa pilihan snek yang mudah dimakan seperti roti, kek atau biskut sekali tau!

2. Hiburan

open house

Hiburan amat penting bagi kanak-kanak kerana mereka mudah berasa bosan jika tidak melakukan apa-apa. Bawa mainan, buku, pensel warna atau kertas supaya anak dapat berhibur semasa dalam perjalanan ataupun semasa open house di rumah sanak-saudara.

Jika mommy mahu beri gajet, penulis cadangkan mommy pasang lagu di radio sahaja atau beri gajet dengan masa yang ditetapkan. Boleh pasang aplikasi Spotify di radio kereta dan si manja pasti akan gembira menyanyi!

3. Jaga adab

open house

Adab harus diterapkan sejak kecil supaya anak mudah mendengar kata dan menghormati orang lain. Sebelum keluar rumah, mommy daddy cuba nasihat si kecil agar menjaga adab apabila berada di rumah orang ataupun bergaul dengan kanak-kanak lain.

Menurut theAsianparent, persediaan awal sebegini membantu anak kecil memahami situasi yang bakal dilalui dan apa akibatnya jika tidak menjaga adab atau mendengar kata ibu bapa. Walaupun mereka masih kecil, mommy harus percaya bahawa mereka juga sudah faham arahan serta nasihat mommy.

4. Jaga masa

open house

Sebagai ibu bapa, anda harus menjaga masa agar anak tidak berasa terlalu letih dan beri masa untuk anak berehat. Jaga rutin tidur harian anak supaya mereka tidak meragam di siang hari selain tidak berada di rumah rakan atau saudara terlalu lama. Ini bagi mengelakkan anak terlalu bosan dan mula membuat kerenah yang tidak elok di rumah orang.

Memang rasa mahu borak panjang bersama rakan atau saudara kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa, namun mommy daddy harus utamakan keselesaan anak-anak juga. Jika mereka tidak selesa, mungkin mereka akan menangis atau merengek untuk menunjukkan signal sudah tiba masanya untuk pulang.

5. Pakaian

open house

Pakaian yang selesa membantu si kecil bergerak aktif semasa pergi open house di rumah orang terutama apabila cuaca panas terik. Pilih pakaian yang menyerap peluh dan fabrik nipis supaya anak-anak berada dalam keadaan selesa walaupun sedang berpeluh.

Sekarang sudah banyak pakaian kanak-kanak yang bergaya dan menggunakan fabrik selesa untuk baju Melayu atau baju kurung. Pakai seharian pun tak terasa panas. Tetapi, mommy harus bawa baju persalinan baru untuk ditukar jika anak sudah meragam atau mahu tidur.

Nikmati open house tanpa rasa stress

open house

Tak susah sebenarnya untuk keluar bersama anak kecil. Mommy daddy hanya perlukan sedikit tips dan boleh menikmati musim rumah terbuka tanpa rasa stress. Malah, si manja juga enjoy beraya dan berjumpa rakan sebaya dan saudara yang belum pernah berjumpa sebelum ini.

Biasalah, bila beraya bersama anak-anak masih kecil memang banyak dugaannya. Mommy daddy kuatkan semangat dan anggap ini kenangan terindah untuk anda sekeluarga. Pasti akan rindu kenangan seperti ini bila mereka sudah dewasa nanti.

Suka artikel ini? Baca Menarik! 4 Aktiviti Kanak-Kanak Belajar Sambil Bermain Ini Bantu Si Manja Belajar Mengeja Di Rumah dan Anak Bosan Duduk Rumah? Beli 5 Mainan Kanak-Kanak Bawah RM5 ini untuk Mereka.

Selain bermain, mesti anda tertanya-tanya apakah aktiviti-aktiviti menarik yang boleh bantu anda belajar bersama si manja di rumah? Kadang-kadang kita sebagai parents pun buntu nak cari idea untuk bermain sambil mengajar anak.

aktiviti

Sebelum anak melangkah kaki ke alam persekolahan, mereka banyak menghabiskan masa di rumah. Biasalah, bila anak ada di rumah memang tak sah kalau rumah tak bersepah dengan mainan mereka.

Tiga aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah ia membantu si manja belajar mengenal abjad, jenis haiwan, mengeja dan banyak lagi:

  • Mewarna
  • Mainan Tanah Liat 
  • PPKI Worksheet Belajar Bunyi Abjad 
  • PPKI Worksheet Belajar Menulis Abjad

Mewarna

aktiviti

Kanak-kanak biasanya gemar mewarna kerana teruja melihat warna yang terhasil di atas kertas. Ia membuatkan mereka leka seketika dan dapat belajar jenis-jenis warna selain belajar memegang pensel warna atau krayon.

Jika mommy risau anak suka masukkan pensel warna dalam mulut, mommy boleh beli pensel warna non-toxic atau krayon non-toxic yang lebih selamat untuk mereka. 

Mainan Tanah Liat

aktiviti

Mainan tanah liat seperti Play-Doh membantu si manja lebih kreatif dan berfikir sambil bermain. Mereka boleh cipta apa sahaja bentuk yang mereka mahu menggunakan mainan tanah liat.

Selain itu, aktiviti ini juga beri kebebasan kepada si manja untuk berfikir dan membuat pilihan kerana tiada limitasi untuk mereka bermain.

PPKI Worksheet Belajar Bunyi Abjad 

aktiviti

Jika si manja anda sudah pandai bercakap dan sedang belajar abjad, inilah aktiviti yang sesuai untuk mereka! PPKI Worksheet Belajar Bunyi Abjad boleh melatih anak mengenal bunyi abjad dengan pensel ataupun pensel warna. Menarik bukan?

Worksheet ini didatangkan dengan 3 muka surat dan menggunakan format (.jpg). Aktiviti ini sesuai untuk anak pra-sekolah berusia 3 hingga 6 tahun. 

Bagaimana cara untuk beli worksheet ini? Anda boleh beli di sini, dan kami akan hantar melalui emel dalam masa 24 jam selepas anda beli di laman web kami.

PPKI Worksheet Belajar Menulis Abjad 

aktiviti

Worksheet ini didatangkan dengan 26 muka surat dan menggunakan format (.jpg). Aktiviti ini sesuai untuk anak pra-sekolah berusia 3 hingga 6 tahun. 

Sama seperti PPKI Worksheet Belajar Bunyi Abjad, anda boleh beli worksheet ini di sini, dan kami akan hantar melalui emel.

Kenapa anda PERLU beli PPKI Worksheet ini?

aktiviti

Worksheet ini menggunakan bahasa Malaysia dan juga amat dekat dengan budaya negara kita. Contohnya, kami menggunakan gambar Wau dalam worksheet ini. Malah, ia membantu si manja meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia. Bagusnya! 

Suka artikel ini? Baca Anak Bosan Duduk Rumah? Beli 5 Mainan Kanak-Kanak Bawah RM5 ini untuk Mereka dan 8 Tips Ajar Anak Memberus Gigi.

Pernah terfikir ada ke mainan kanak-kanak bawah RM5? Kanak-kanak dan mainan sememangnya tak boleh dipisahkan. Pantang lihat mainan baru di kedai, pasti akan meminta untuk dibeli. Sejak COVID-19 melanda, kebanyakan mommy daddy memilih untuk beli mainan secara dalam talian (online) bagi mengurangkan jangkitan wabak berbahaya itu.

mainan kanak-kanak

Mesti mommy daddy dah buntu nak beli mainan apa untuk anak kan? Kami di Gaya Suri ada beberapa pilihan mainan kanak-kanak yang berharga bawah RM5 untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas:

  • Cermin mata DIY
  • Pistol mainan buih
  • Bath toys 
  • Kipas kertas DIY
  • Manik berwarna DIY (gelang)

1. Cermin mata DIY

Cermin mata DIY ini memberi kanak-kanak pengalaman membuat dekorasi mengikut citarasa mereka menggunakan bahan dekorasi yang diberikan. Ada pelbagai warna, bentuk dan saiz bahan dekorasi yang menarik minat si kecil untuk menggunakan kreativiti sendiri.

Usah risau, mommy daddy tak perlukan gunting untuk menggunting bahan dekorasi tersebut. Ia didatangkan dalam bentuk pelekat dan mempunyai bentuk-bentuk tertentu. Hanya perlu lekatkan di cermin mata mengikut kreativiti anak. 

Harga: RM1.99

Klik di sini untuk beli: Shopee

2. Pistol mainan buih

mainan kanak-kanak

Anak suka main bubble? Ha inilah masa sesuai untuk anda belikan pistol mainan buih untuk si manja! Pistol mainan buih ini didatangkan dengan 2 bekas berisi air buih. Pistol mainan buih ini diperbuat daripada plastik dan tidak berbahaya kepada si manja anda.

Dengan cuaca yang tak menentu sekarang, anda masih boleh bermain bubble dengan anak walaupun berada di dalam rumah. Mereka pasti gembira bila dapat pistol mainan buih ini!

Harga: RM2.10

Klik di sini untuk beli: Shopee

3. Bath toys 

mainan kanak-kanak

Bagi anak-anak yang suka bermain air semasa mandi, bath toys merupakan mainan yang mereka perlukan untuk membuatkan mereka lebih teruja untuk mandi. Bahkan, mommy daddy boleh beli mainan ini untuk memujuk anak-anak yang tidak suka mandi. Pasti mereka akan suka mandi lepas ni!

Bath toys ini mempunyai bentuk haiwan seperti itik, ikan paus, ikan biasa dan juga satu bakul mainan. Ia diperbuat daripada plastik dan bersaiz sederhana. 

Harga: RM2.10

Klik di sini untuk beli: Shopee

4. Kipas kertas DIY

mainan kanak-kanak

Kanak-kanak cepat tertarik dengan barang berwarna-warni dan bergerak, jadi kipas kertas DIY ini mampu membuatkan mereka fokus dan sibuk. Ada enam batang pen berwarna percuma, anak anda boleh mewarna kipas kertas mengikut kreativiti mereka.

Terdapat beberapa pilihan jenis corak anda boleh pilih dan video tutorial untuk memasang kipas kertas mengikut langkah-langkah yang betul. Nampak senang! Mommy daddy pasti teruja untuk buat kipas kertas ini bersama anak-anak di rumah.

Harga: RM2.99

Klik di sini untuk beli: Shopee

5. Manik berwarna DIY (gelang)

Minat membuat gelang manik? Mommy boleh membuat gelang secara DIY (Do-It-Yourself) bersama anak untuk mengisi masa lapang jika anak kelihatan bosan berada di rumah. 

Namun, mommy harus berhati-hati kerana manik ini bersaiz kecil yang boleh membahayakan anak jika tercekik. Mommy harus pantau semasa aktiviti membuat gelang manik ini dibuat ye!

Harga: RM3.60

Klik di sini untuk beli: Shopee

Bonding time

Lima mainan kanak-kanak yang kami senaraikan di atas bukan sahaja murah, tetapi ia dapat memberikan bonding time anda bersama si manja. Mereka juga sudah berasa bosan dengan mainan biasa, apa kata anda beli mainan interaktif supaya mereka dapat menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Happy kid, happy mommy!

Suka artikel ini? Baca 5 petua mendidik anak makan sayur-sayuran dan 8 Tips Ajar Anak Memberus Gigi.

Memberus gigi tidak harus menjadi satu beban kepada anak dan ibubapa, malah ia boleh dijadikan sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan jika anda tahu cara yang betul untuk membuatkan anak anda teruja untuk memberus gigi.

Menurut pakar pergigian, ada beberapa cara berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik anak-anak memberus gigi tanpa sebarang paksaan atau hukuman.

Paksaan dan hukuman bukanlah cara terbaik untuk menanam tabiat memberus gigi di dalam diri anak-anak kerana ia boleh memberikan impak yang negatif terhadap emosi mereka. Proses menyemai tabiat itu juga akan menjadi lebih sukar untuk anak dan ibubapa.

Seeloknya mommy daddy mulakan rutin membersihkan gusi sebelum gigi susu anak tumbuh. Bersihkan gusi anak menggunakan tuala atau kain bersih yang lembap dan balut jari anda menggunakan kain tersebut, menurut portal MyHealth.

1. Jadikan ia satu rutin

Tidak kiralah apa yang anda cuba, peringkat permulaan sememangnya akan menjadi sukar. Lumrah manusia tidak sukakan sesuatu dimasukkan ke dalam mulut secara paksa, terutamanya jika ia dilakukan oleh orang lain. Setelah anda perkenalkan konsep penjagaan mulut dan gigi kepada anak, cuba ulangi idea itu untuk membina minat dan tabiat mereka. Anda perlu peka kepada respon anak dan cuba tanam kepercayaan mereka supaya lama kelamaan mereka akan faham bahawa memberus gigi itu adalah satu keperluan harian.

2. Jadikan ia satu pengalaman yang menyeronokkan

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga tidak suka jika mereka dipaksa melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu. Memaksa anak membuat sesuatu perkara akan menyebabkan mereka merasa takut atau negatif terhadap perkara itu, dan ia juga akan menyukarkan lagi usaha anda. Jadikan aktiviti memberus gigi satu pengalaman yang menyeronokkan untuk mereka. Ia juga satu peluang untuk anda mengeratkan lagi hubungan dengan anak anda. Sebagai contoh, menyanyi bersama-sama ketika memberus gigi amat menyeronokkan untuk anak yang menggemari muzik. Selain itu, anda juga boleh mencipta permainan yang melibatkan aktiviti memberus gigi. Ia tentunya boleh menghilangkan rasa takut anak anda kerana terlalu seronok bermain!

anak memberus gigi

3. Mengajar dengan perbuatan

Kata pepatah Inggeris – monkey see, monkey do! Jadi, jika anak anda melihat anda memberus gigi sendiri, mereka akan mahu melakukannya sendiri juga. Stimulus visual seperti ini adalah sangat penting kerana ia mengajar melalui contoh dan perbuatan. Anda boleh juga menemani anak anda di hadapan cermin sebelum dan selepas memberus gigi. Gunakan peluang ini untuk mengajar mereka mengenai kebaikan dan cara-cara memberus gigi dengan betul. Lama kelamaan, anak anda tentu faham kenapa mereka perlu meneruskannya.

4. Bantu-membantu

Beri peluang kepada anak anda untuk memberus gigi anda. Dengan cara ini, dia akan merasa “in control” dan mendapat keseronokan kerana dapat membantu memberus gigi ibu atau ayah. Perasaan positif ini akan membuatkan anak merasa lebih selesa dengan aktiviti memberus gigi. Anda juga boleh memberikannya peluang untuk memberus gigi patung atau permainan kegemarannya.

5. Cari masa yang paling sesuai

Sebagai ibubapa, kita boleh mengenali masa sama ada anak sedang aktif atau keletihan. Jika mereka keletihan dan mengantuk, mungkin masa itu tidak sesuai untuk melatih mereka memberus gigi. Anda boleh mencuba ketika mereka masih aktif dan segar supaya mereka dapat fokus dan melibatkan diri, namun ada juga kanak-kanak yang senang hilang fokus di dalam keadaan tersebut. Cuba dengan masa masa yang berlainan dan kenalpasti bilakah waktu yang paling sesuai.

6. Cuba tanpa atau dengan ubat gigi

anak memberus gigi

Pakar pergigian berkata bahawa penggunaan ubat gigi di peringkat kanak-kanak adalah tidak perlu, asalkan gigi mereka digosok dengan betul. Ada kanak-kanak yang mahu memberus gigi jika menggunakan ubat gigi berjenama kartun kesukaan, dan ada juga yang tidak sukakan sebarang ubat gigi di berus gigi mereka.

7. Mula dari awal

Anda sebenarnya boleh mula mengajak anak memberus gigi sendiri dari awal. Ia boleh dimulakan seawal usia 3 tahun. Walaupun teknik mereka tidak betul, ia akan menanam minat mereka dan memudahkan proses membina rutin dan tabiat memberus gigi sehingga dewasa.

8. Didik mereka mengenai kebaikan memberus gigi

Anda boleh juga bercerita mengenai kebaikan memberus gigi dan kesan buruk tidak melakukannya, tetapi elakkan dari menggunakan perkataan yang negatif supaya mereka tidak merasa takut. Gunakan kaedah penceritaan dan masukkan elemen memberus gigi untuk membantu mereka memahami dan mula melihat aktiviti memberus gigi sebagai sesuatu yang positif dan menyeronokkan.

Suka artikel ini? Baca Teething: 6 Resepi Mudah Buat Si Kecil dan 22 Klinik Pergigian Kanak-Kanak di Lembah Klang.

Anak saya Adeena, berusia hampir 4 tahun, seringkali mendapat perhatian rakan- rakan dan ahli keluarga lain kerana gemar makan sayur. Tidak seperti kakak dan abangnya, Adeena berani mencuba pelbagai jenis sayur dan berani saya katakan, kebanyakan yang dicuba, memang akan digemari dan boleh diulang makan dengan mudah.

Ramai orang memuji tabiat makan Adeena, dan mereka menyangka saya mempunyai sistem atau cara yang tertentu bagi memastikan Adeena suka makan sayur setiap hari.

Terus terang saya katakan, saya tidak ada cara yang spesifik melatih anak makan sayur, namun apabila saya fikir dan kaji semula, mungkin 5 perkara di bawah ini banyak mempengaruhi tabiat makan sayur Adeena.

Secara ringkasan: 

  1. Tidak bermula dengan makanan pejal dengan serta-merta
  2. Bermula dengan makanan tidak manis dahulu
  3. Makan bersama-sama tidak memaksa anak makan sayur
  4. Cipta rasa ingin tahu secara santai dalam suasana menyeronokkan
  5. Perkenalkan sayur baru, seperti dalam lawatan ke pasar raya

Isu berat badan anak antara salah satu isu penting yang perlukan perhatian mommy daddy. Bila anak semakin membesar, mereka akan kehilangan baby fats kerana semakin aktif dan ada juga semakin kurus disebabkan oleh kurang berselera untuk makan.

Kenapa anak saya terlalu kurus? 

berat badan anak

Ada beberapa faktor membuatkan berat badan si manja turun. Apa yang perlu anda lakukan untuk naikkan semua berat badan anak sehingga berada di tahap ideal?

Puan Nurul Erwani Zaidi, ibu kepada Ainul Mardhiah yang pernah tular di seluruh Malaysia mengenai kisah seorang bayi mempunyai ketumbuhan di dalam mulut selepas dilahirkan dan kejayaan membuang ketumbuhan di sebuah hospital di London, UK pada dua tahun lalu, berkongsi tips untuk mommy daddy di luar sana yang sedang struggle menaikkan berat badan anak. Ini kisah beliau:

Berat turun naik

berat badan anak

Semasa Ainul berusia dua tahun dan baru lepas post operation, doktor beritahu sekarang berat Ainul akan turun naik dan masa tu dia pun baru nak start aktif semula. 

Masa berat Ainul 7 kilogram(kg), saya cuba bagi dia blended diet tapi masuk makanan melalui tiub di perut. Namun, berat badan Ainul tetap juga statik tak naik-naik. Lepas itu, saya mula buat carian di internet mengenai ibu bapa dari luar negara yang ada anak sakit dan pakai tiub, macam mana cara mereka sediakan makanan untuk anak mereka, dari situ saya belajar dan cuba apply pada Ainul. Makanan yang saya suka sediakan ialah makanan untuk boost immune, makanan iron, makanan energy. Maksudnya lengkap nutrisi pemakanan untuk Ainul seharian.

Jadual makan Ainul

Ini jadual pemakanan ainul sekarang:

8:30 am – Susu full cream 200ml + mealshake

10:30 am – Sarapan + Vit Elderberry 7ml

12:00pm – Makan tengahari + VitC 2.5ml

1:30 pm – Air masak 200ml

3 pm – Susu full cream 200ml

6:00 pm – Makan malam + Multivitamin 2.5ml

7:30 pm – Air masak 200ml / yakult

9 pm – Susu full cream 200ml

Selepas saya belajar dan apply daripada apa yang saya tengok ibu bapa luar negara sediakan makanan untuk anak mereka, saya bertekad nak jugak naikkan berat badan Ainul secepat yang mungkin dan hasilnya, saya mengambil masa lima hingga enam bulan untuk naikkan berat badan Ainul.

berat badan anak

Alhamdulillah, sekarang Ainul dapat capai 10 kg hingga 11 kg dah. InshaAllah akan naik lagi selepas ni. Setakat ni walaupun naik sikit-sikit, bagi saya dah okay. Janji Ainul aktif, sihat dan tak ada alergik pada makanan.

Sekarang aktiviti Ainul di rumah ialah buat aktiviti atau homework yang cikgu Ainul bagi dari gymcademy. Contohnya, aktiviti untuk fokus, aktiviti untuk latihan motor halus dan kasar.

Zaman sekarang sudah canggih

berat badan anak

Kepada ibu bapa di luar sana yang berusaha naikkan berat badan anak anda, teruskan belajar dan explore pada penyediaan makanan anak, berikan anak makanan yang sihat dan cukup nutrisinya. Khususnya untuk ibu-ibu yang sedang jaga anak istimewa mereka, jangan putus asa, zaman sekarang ni dah canggih, search je dah boleh dapat tahu apa yang kita nak tahu berkenaan makanan berkhasiat dan yang sesuai untuk anak-anak kita!

Cara naikkan berat badan anak menurut MyHealth

berat badan anak

Mommy cubalah tips di atas yang dikongsikan oleh Puan Nurul Erwani jika berat badan anak statik pada tempoh yang lama atau anak terlalu kurus. Selain itu, menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu MyHealth, antara cara-cara yang membantu menaikkan berat badan anak adalah:

  • Galakkan anak ambil makanan tinggi kalori.
  • Berikan makanan cukup protein, karbohidrat serta lemak bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  • Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan.
  • Pilih makanan yang digemari anak anda.
  • Galakkan anak makan dengan kerap contohnya enam hidangan kecil dalam satu hari.
  • Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda.

Suka artikel ini? Baca Pusat Jagaan Kanak-Kanak: 6 Ciri Penting Perlu Diutamakan Sebelum Hantar Anak Anda dan 5 Tips Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah.

Anak-anak yang membesar di zaman teknologi sememangnya tidak dapat lari daripada penggunaan gajet seperti komputer, tablet dan telefon pintar.

Penggunaan yang melampaui batas dan tidak terkawal tentunya mengundang kesan yang negatif dari segi perkembangan sosial dan fizikal. Namun begitu, penggunaan gajet dan teknologi untuk pembelajaran telah terbukti sebagai alat bantu belajar yang berkesan jika digunakan dalam suasana yang kondusif dan terancang.

gajet

Ibubapa perlu bijak dalam memantau penggunaan gajet dan teknologi untuk anak-anak belajar, terutamanya ketika berada di rumah dan waktu ulangkaji.

Berikut adalah beberapa tips dalam menggalakkan penggunaan gajet yang lebih positif untuk anak belajar:

1. Tetapkan masa belajar menggunakan gajet

Dengan adanya gajet dan teknologi, waktu belajar tidak semestinya sentiasa melibatkan buku dan pensel. Libatkan diri di dalam perancangan waktu belajar anak-anak di rumah dan cuba tetapkan masa tertentu untuk anak menggunakan gajet sebagai alat pembelajaran.

Contohnya, satu jam, 3-4 kali seminggu. Anak-anak tentu akan lebih seronok apabila dapat menggunakan aplikasi atau Internet dan ia dapat membantu mereka belajar dengan lebih efisien.

Antara kebaikan tetapkan masa tertentu menggunakan gajet ialah dapat mengelakkan masalah penglihatan. Ini kerana mata anak akan bermasalah jika melihat skrin gajet terlalu lama pada satu-satu masa.

Ibu bapa juga boleh menggunakan jadual online untuk membantu anak merancang masa belajar seperti Google Calendar.

2. Pilih aplikasi dan platform pembelajaran digital yang bersesuaian

Terdapat banyak pilihan aplikasi dan platform pembelajaran digital di luar sana. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Dalam memilih aplikasi atau platform pembelajaran, pastikan ia boleh dipercayai.

Baca ulasan daripada pengguna-pengguna sebelumnya dan kenalpasti ciri-cirinya supaya ia sesuai dengan umur dan keperluan pembelajaran anak.

3. Duduk bersama anak ketika belajar

Ibubapa digalakkan duduk bersama anak ketika mereka belajar, terutamanya jika anak berumur lingkungan 5-12 tahun. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengenali stail pembelajaran anak dengan lebih dekat, kerana tidak semua kanak-kanak mempunyai stail yang sama.

Sebagai contoh, ada yang yang memerlukan bantuan visual untuk memahami konsep, dan ada yang gemarkan logik dan eksperimen. Ia membantu ibu bapa memilih aplikasi, video pembelajaran, dan pengalaman pembelajaran digital yang paling sesuai untuk mereka.

Secara tidak langsung, ia juga membolehkan ibubapa memantau perkembangan anak dan paling penting meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama mereka.

4. Cabar diri melalui permainan, kuiz dan kertas peperiksaan terdahulu

Selain menonton tutorial dan melakukan latih tubi, pembelajaran menggunakan gajet dan teknologi juga memberikan peluang untuk anak mencabar diri mereka melalui permainan, kuiz dan kertas peperiksaan yang terdahulu.

Paling menyeronokkan apabila ia boleh dilakukan bersama kawan, dan mendapat ganjaran seperti lencana yang boleh dikumpul di dalam akaun masing-masing.

5. Belajar bersama kawan-kawan secara atas talian

Penggunaan gajet dan teknologi Internet juga bermakna anak boleh belajar secara berkumpulan secara atas talian.

Untuk anak-anak yang lebih muda, ia peluang untuk mereka belajar bersama-sama kawan atau menyiapkan kerja rumah bersama-sama tanpa perlu merisaukan ibu bapa kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah.

Untuk anak-anak remaja, ia memudahkan mereka melakukan kertas kerja berkumpulan atau bersama-sama melakukan penyelidikan atas talian.

Sukar artikel ini? Baca 7 idea bebas-gajet untuk melayan anak di restoran dan Pembelajaran Atas Talian, Berkesan Atau Tidak?