Kita harus menghargai peranan wanita dan ibu dalam pembangunan negara.
Mereka harus dimartabatkan dan diberi perlindungan kerana memupuk keluarga dan menyumbang kepada ekonomi.
Kempen #Ibunegara mempertengahkan isu ini kerana:
- Seramai 150,000 suri rumah di Malaysia berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (Berita Harian)
- Secara seluruhnya, kadar kemiskinan dalam miskin mutlak (pendapatan dibawah RM2,208 sebulan) telah meningkat sejak pandemik berlaku. Kadar ini dijangka terus meningkat. (Jabatan Perangkaan Malaysia)
- Lebih daripada 500,000 wanita bekerja di sektor tidak formal, dan golongan ini tidak dilindungi jaring keselamatan sosial (Jabatan Perangkaan Malaysia)
- Wanita dan golongan ibu menghabiskan 19% masa mereka untuk urusan rumah tangga rumah tangga. Ini merupakan kerja yang tidak dibayar. (WomenUN)
- Kerja menguruskan rumah tangga merupakan punca utama 60% golongan wanita tidak mencari kerja. (World Bank)
Apakah yang akan terjadi jika jurang antara lelaki dan wanita dirapatkan, dari segi peluang ekonomi?
- Pendapatan per kapita dijangka meningkat sebanyak 26.2% (World Bank)
- Purata pendapatan tahunan akan meningkat kepada RM9,400 untuk setiap rakyat Malaysia (World Bank)
Kami menjemput anda untuk meraikan #IbuNegara pada Hari Malaysia!
Ikuti rakan-rakan #Ibunegara kami
Kami bangga berkerjasama dengan organisasi-organisasi di bawah untuk memajukan idea ini, dengan memberikan perkhidmatan, maklumat, pengetahuan atau produk untuk golongan wanita dan ibu-ibu di Malaysia. Kempen ini dianggotai Gaya Suri bersama-sama dengan Women Up by Kloth Cares, The Manja Co., Ibupreneur, Me.reka, Women Of Will dan theAsianparent Malaysia.







Apa yang boleh anda buat untuk #Ibunegara?
- Ikuti organisasi-organisasi di atas!
- Sokong produk dan perkhidmatan mereka, kerana anda sebenarnya membantu wanita dalam komunit berpendapatan rendah
- Kongsi maklumat ini dengan kawan-kawan anda!