fbpx
Banner
Category

Bayi & Bertatih

Category

Puas cuba pelbagai resepi tapi anak tetap tak mahu makan? Rupanya anak sedang mengalami fasa pertumbuhan gigi atau teething sehingga membuatkan mereka hilang selera makan. Bayangkan jika kita sedang mengalami sakit gigi, memang takde mood nak makan langsung.

teething

Untuk pengetahuan mommy, bila anak sedang melalui fasa teething, mereka lebih menggemari makanan yang lebih keras malah ada juga yang sukakan makanan sejuk dan lembut. Mungkin gusi mereka lebih sensitif dan sakit, jadi mereka lagi suka makanan yang boleh legakan sakit gusi.

Oleh itu, penulis sediakan enam jenis resepi mudah buat si manja mommy yang sedang dalam fasa pertumbuhan gigi. Resepi di bawah ini sesuai untuk bayi berusia lapan bulan ke atas.

1. Jagung Kukus

teething

Bahan:

  • 1 tongkol jagung

Cara-cara:

  1. Potong jagung kepada tiga bahagian.
  2. Panaskan tempat pengukus.
  3. Kukus jagung sehingga lembut.
  4. Selepas siap dikukus, mommy simpan dalam bekas makanan bertutup di dalam peti sejuk.
  5. Sedia dihidang sejuk.

2. Jejari Kentang

teething

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji kentang
  • Sedikit isi ayam
  • Sedikit sayur
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. Rebus kentang sehingga empuk atau lembut.
  2. Lenyekkan kentang sehingga sekata.
  3. Rebus isi ayam dan sayur sehingga masak.
  4. Toskan dan kisar isi ayam dan sayur sampai halus.
  5. Campurkan kentang dan isi ayam serta sayur. Gaul hingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan tepung jagung dan sambung gaul.
  7. Bentukkan seperti jejari.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
  9. Jika anak mahu makan, mommy hanya perlu goreng sehingga keemasan.

3. Bubur Sumsum

teething

Bahan-bahan:

  • Buah (lembut seperti buah naga, mangga, oren)
  • 200ml susu penuh krim (susu kotak)
  • 200ml air masak
  • 4 sudu besar tepung beras

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali buah dalam satu periuk. Kacau sebati guna sudu.
  2. Masak sehingga pekat likat.
  3. Kemudian, kisar buah sehingga halus.
  4. Potong sedikit buah untuk diletakkan sebagai topping.
  5. Sejukkan semua bahan sebelum dihidang.

*Penulis suka sejukkan dulu baru bagi anak makan.

4. Aiskrim Buah-buahan

teething

Bahan-bahan:

  • 1 cawan buah (lembut seperti buah naga, mangga atau betik)
  • Sedikit susu penuh krim (kotak)

Cara-cara:

  1. Kisar buah bersama susu penuh krim sehingga pekat dan tidak berketul.
  2. Tuang ke dalam acuan aiskrim.
  3. Sejukkan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
  4. Boleh dimakan bila-bila masa.

5. Garlic Bread

teething

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping roti
  • Sedikit unsalted butter
  • 1-2 ulas bawang putih
  • Sedikit daun parsley

Cara-cara:

  1. Cairkan unsalted butter. Masukkan bawang putih dan daun parsley.
  2. Sapu pada roti yang telah dipotong kecil seperti jejari.
  3. Bakar roti.
  4. Sedia untuk dimakan!

6. Bayam Tempura

teething

Bahan-bahan:

  • Sedikit sayur bayam ( ambil daun sahaja)
  • 5 sudu besar tepung beras
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Masukkan sedikit air ke dalam mangkuk berisi tepung beras. Pastikan acuan tidak terlalu pekat atau cair.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Celup bayam dan goreng di dalam minyak yang panas.
  4. Goreng bayam satu persatu untuk mengelakkan ia daripada melekat.
  5. Selamat mencuba!
teething

Selain itu, mommy boleh cuba macam-macam resepi untuk anak dalam fasa teething di akaun Facebook Happy Baby Food Malaysia (HBFM). Mesti mommy lebih semangat cuba resepi baru untuk si manja tersayang!

Suka artikel ini? Baca 5 Tips Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah dan 5 tips quality time dengan anak untuk ibu berkerjaya.

Perlindungan insurans kesihatan pada zaman ini dilihat sebagai satu keperluan bagi ibu bapa yang mempunyai anak. Ia kerana kos perubatan semakin mahal terutama jika anak anda mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Masukkan insurans kesihatan anak-anak dalam perbelanjaan anda.

Malah, kesedaran mengenai kepentingan mengambil insurans kesihatan untuk kanak-kanak juga semakin mendapat perhatian masyarakat. Ramai yang mulai sedar bahawa insurans kesihatan membantu mommy daddy mengatur kewangan dengan lebih menjimatkan.

Ini adalah 3 waktu sesuai ambil perlindungan insurans kesihatan untuk anak mommy:

  1. Semasa bayi
  2. Semasa sihat
  3. Semasa muda

1. Semasa bayi

3 Waktu Sesuai Ambil Perlindungan Insurans Kesihatan Untuk Anak Anda
Bayi seawal sebulan boleh memohon insurans kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa mommy boleh mengambil insurans kesihatan untuk si kecil mommy. Mungkin ada yang beranggapan bayi tidak memerlukan insurans, namun kita perlu bersiap-sedia untuk memberi rawatan kesihatan yang terbaik untuk mereka jika berlaku perkara tidak diingini.

Bak kata pepatah, Sediakan payung sebelum hujan.

2. Semasa sihat

3 Waktu Sesuai Ambil Perlindungan Insurans Kesihatan Untuk Anak Anda

Mommy daddy perlu ingat, insurans kesihatan perlu diambil semasa anak-anak sihat, bukannya semasa mereka sudah jatuh sakit. Namun, anda perlu berbincang dengan ejen insurans anda mengenai penyakit yang pernah dihidapi oleh anak anda. Seeloknya, mohon insurans semasa mereka sihat.

3. Semasa muda

3 Waktu Sesuai Ambil Perlindungan Insurans Kesihatan Untuk Anak Anda
Bayaran insurans kanak-kanak lebih rendah daripada orang dewasa.

Anda digalakkan mengambil insurans untuk anak semasa mereka masih muda. Kanak-kanak tidak menggunakan kesemua tuntutan insurans mereka dan disebabkan itu, bayaran premium untuk mereka jauh lebih rendah berbanding orang dewasa.

Walau bagaimanapun, mommy daddy boleh dapatkan maklumat lanjut daripada ejen insurans sah. Bukan mudah untuk kita mengeluarkan perbelanjaan lebih-lebih lagi jika mempunyai anak ramai. Namun percayalah, anak anda amat memerlukan perlindungan insurans. Jika bukan sekarang, satu hari nanti pasti mereka memerlukannya.

Jika anda suka artikel ini, baca Tips berjimat cermat untuk ibubapa baru dan 5 langkah persediaan kewangan untuk masa depan anak anda daripada komuniti Gaya Suri.

Masalah bayi sembelit sememangnya tidak dapat dielakkan terutama di awal kelahiran serta di usia enam bulan iaitu semasa mereka mula terima makanan pejal atau solid food dalam diet makanan harian.

Anda mesti berasa kasihan melihat anak anda menahan sakit sembelit
Anda mesti berasa kasihan melihat anak anda menahan sakit sembelit

Bagi anda yang baru menjadi ibu bapa, anda mesti berasa kasihan melihat anak anda menahan sakit sembelit. Dengan muka bertukar kemerah-merahan malah ada yang menahan sakit sehingga menangis sambil meneran untuk membuang air besar.

Berikutan itu, penulis ingin berkongsi tiga cara legakan sembelit bayi dengan cara semulajadi yang berkesan, cepat dan mudah untuk dilakukan.

Masalah sembelit kanak kanak berlaku apabila mereka mula terima makanan solid food

Senaman kaki

Untuk pengetahuan mommies, senaman kaki seperti kayuhan basikal atau hanya dengan menggerakkan kaki bayi dengan cara yang betul mampu melegakan sembelit si manja. Buat setiap pagi supaya anak mommy sentiasa mudah untuk membuang air besar.

Urutan perut

Pernah dengar urutan “I Love You”? Urutan perut ini juga berkesan untuk mengatasi masalah bayi sembelit. Mommy boleh belajar dengan hanya melihat video di Youtube sahaja. Sangat mudah dan praktikal untuk dilakukan.

Selain itu, mommy juga boleh urut perut bayi secara lembut dengan kerap selepas menukar lampin supaya bayi tidak mengalami sembelit lagi. Sapu minyak bayi sikit di bahagian perut lepas tu urut-urut manja pun dah cukup!

beli pampers
Anda boleh urut perut bayi secara lembut dengan kerap selepas menukar lampin

Minum air masak

Jika bayi anda berusia enam bulan ke atas, anda dinasihatkan untuk kerap memberi air masak kepada bayi supaya mereka tidak sembelit kerana sudah mula makan makanan pejal.

Minum air masak sangat penting bagi bayi yang sudah mula makan kerana usus mereka baru belajar memproses makanan pejal selain daripada susu.

Ketika saya ditawarkan untuk berkongsi tentang kisah kelahiran anak kedua saya, Maryam, perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Terlalu gembira, terlalu teruja, namun dalam masa yang sama sedikit gusar kerana menceburi bidang penulisan merupakan salah satu daripada impian saya.

Maryam Ahmad Hazwan, anak kedua adalah seorang bayi pramatang yang lahir pada usia 33 minggu, 5 hari.

Kelahirannya bukan sahaja mengubah, malah menguatkan lagi persepsi saya terhadap pelbagai aspek termasuklah kekuatan diri dan kebergantungan yang amat tinggi kepada Tuhan.

Kanak-kanak sememangnya aktif kerana mereka sedang membesar dan mahu ‘meneroka’ setiap pelusuk kawasan rumah.

Oleh itu, mereka sering terdedah dengan bahaya apabila bermain dengan barang-barang rumah yang berbahaya untuk kanak-kanak terutama bawah dua tahun. Berikut merupakan empat jenis barang di rumah yang berbahaya untuk si kecil anda:

Gam gajah

Gam gajah atau lebih dikenali sebagai gam tiga second, gam UHU atau super glue sebenarnya amat berbahaya untuk anak kecil anda. Mereka melihat botol gam gajah itu seperti botol makanan dan amat berbahaya jika mereka termakan gam tersebut.

Bidai tingkap

Untuk pengetahuan anda, perhiasan bidai di tingkap rumah anda boleh mengancam keselamatan anak anda. Bagaimana ia boleh berlaku?

Terdapat pelbagai kes kecederaan dan kematian kanak-kanak disebabkan terjerut tali  kawalan untuk membuka bidai. Malah, statistik menunjukkan kes kematian mengejut di antara dua hingga tiga peratus daripada kes kanak-kanak terjerut tali bidai tingkap berlaku di seluruh dunia.

Magnet

Kadang-kadang kita tidak sedar permainan yang diberikan kepada si kecil boleh mengundang bahaya. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan magnet menyeronokkan bagi mereka, tetapi ia boleh membahayakan nyawa anak anda jika mereka tertelan dua magnet atau lebih dari itu.

Tisu bahagian organ usus akan tersumbat antara celahan dua magnet jika ia bercantum dalam badan anak anda.

Malah, tisu-tisu yang terganggu akan menyebabkan kegagalan kelancaran saluran darah yang menyebabkan simptom perforasi berlaku pada dinding usus. Selain itu, anak anda juga berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman dan keracunan darah disebabkan tertelan magnet.

Bateri butang

Antara barang kecil yang paling berbahaya jika ditelan oleh anak anda ialah bateri butang. Kebanyakan permainan elektronik kanak-kanak mempunyai bateri butang sebagai punca kuasa untuk ia berfungsi dan bergerak.

Antara kesan yang mangsa akan alami ialah ia akan menyebabkan kerosakan kekal pada organ dalaman, melecur pada bahagian dalaman, pendarahan dan ia juga boleh menyebabkan kematian.

Tindak balas bateri mampu membakar bahagian esofagus kanak-kanak dalam masa dua jam selepas tertelan bateri.

Walaupun kita tidak dapat mengawasi anak anda pada setiap masa, namun cuba untuk mengelakkan daripada membeli mainan yang berpotensi membahayakan mereka serta elak daripada meletakkan atau menggunakan barang rumah yang boleh dicapai oleh anak-anak anda.

Kebanyakan ibu bapa pasti berasa teruja untuk memberi bayi anda makan selepas mereka genap enam bulan, kan?

Selepas penyusuan secara eksklusif selama enam bulan sejak lahir, akhirnya bayi anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal. Sebelum anda mula memberi bayi anda makan, jangan lupa membuat kajian mengenai makanan apa yang boleh dimakan bayi mengikut umur mereka.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis makanan yang tidak sesuai diberikan kepada bayi berumur bawah satu tahun atas beberapa sebab. Antara lima jenis makanan tak sesuai diberikan adalah:

  1. Makanan Kenyal atau Keras

Bukan sahaja berbahaya kepada bayi, ia juga bahaya kepada kanak-kanak kerana makanan kenyal atau keras seperti bertih jagung (popcorn) boleh menyebabkan si manja anda tercekik.

2. Sayur Mentah

Untuk pengetahuan anda, sayur mentah seperti lobak merah mampu membuatkan anak anda tersedak selain berpotensi untuk tercekik kerana teksturnya lebih keras dan susah untuk dikunyah.

3. Kekacang

Sebenarnya, kekacang adalah makanan berbahaya untuk kanak-kanak bawah umur empat tahun kerana anak anda berisiko tercekik semasa makan.

4. Madu

Madu dilarang sama sekali untuk diberikan kepada bayi berumur bawah satu tahun kerana ia mengandungi bakteria bahaya kepada bayi.

5. Kafein

Kafein sememangnya tidak sesuai diberikan kepada bayi mahupun kanak-kanak tidak kira sama ada teh, kopi atau soda. Banyak keburukan mengenai pengambilan kafein terhadap kanak-kanak seperti kekurangan kalsium, dehidrasi, ketagihan, masalah jantung, hiperaktif dan sebagainya.

Kepada first-time parents, banyakkan membaca dan buat kajian mengenai pemakanan anak mengikut umur yang sesuai sebelum anda memperkenalkan makanan baru kepada mereka.

Semenjak bergelar seorang ibu, hati saya sentiasa kerunsingan. Mungkin perasaan ini datang bersama pakej menjadi seorang ibu. Walaupun saya telah bersalin dengan selamat dan anak saya sihat, saya menemui satu kebimbangan yang baru apabila tempoh cuti bersalin berakhir. Bagaimana harus saya mencari taska yang terbaik untuk anak kesayangan saya?

Dalam kerunsingan itu, saya menyedari bahawa proses mencari taska terbaik untuk anak saya adalah satu usaha yang perlu saya lakukan. Ia memerlukan persiapan yang rapi. Selain dari mempercayai gerak hati saya sebagai seorang ibu, ini lima perkara yang saya rasakan sangat penting dalam proses mencari taska terbaik untuk anak kecil: