fbpx
Banner

Kanser ovari dianggap misteri kerana ia sukar dikesan pada peringkat awal. Takutnya dengar!

Ramai wanita kurang pengetahuan mengenai kanser ovari kerana ia jarang didengari selain tiada simptom yang khusus untuk kanser ini. Agak menakutkan bagi wanita kerana ia boleh berlaku kepada wanita muda dan juga sudah berusia.

Kanser sukar dikesan

kanser ovari

Pada peringkat awal, pesakit kanser ovari menghasilkan sedikit atau tidak spesifik simptom dan mungkin dikaitkan dengan keadaan lain yang lebih biasa dan menyebabkan doktor lambat mengesan perkembangan penyakit yang sudah merebak dalam organ ovari.

Disebabkan kedudukan rahim yang terletak jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim), ia membuatkan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan oleh doktor.

Menurut MyHealth, kanser jenis ini sering berlaku kepada golongan wanita yang mempunyai sejarah ibu atau adik-beradik yang pernah menghidap kanser berkenaan. Malah, golongan wanita muda yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopaus serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan) juga berisiko untuk menghidap penyakit ini. Selain itu, ini 7 punca kanser kulit merebak tanpa disedari.

Punca kanser merebak

Tiada siapa hatta doktor tahu apakah punca sebenar kanser ini berlaku dan merebak dalam ovari. Dulu, penggunaan bedak talkum di bahagian kemaluan wanita dikaitkan dengan kanser ovari berdasarkan kajian yang dilakukan di Afrika Selatan berikutan kandungan asbestos yang tinggi. Namun, bedak talkum di pasaran sekarang selamat digunakan dan tiada kandungan asbestos seperti bedak dulu.

Tiada gejala spesifik

kanser ovari
kingwooder.com

Bukan saja punca kanser sukar diketahui, gejala bagi kanser ovari juga tiada yang khusus dan simptom yang dialami tidak menunjukkan pesakit menghidap kanser pada peringkat awal. Tetapi, kebanyakan wanita mempunyai rasa kembung perut, cirit-birit atau sembelit. Biasanya situasi ini dikaitkan dengan masalah usus dan tiada pemeriksaan lanjut dilakukan. Manakala bengkak di perut pada peringkat awal dikaitkan dengan pertambahan berat badan yang biasa.

Sakit yang kuat sangat jarang berlaku kecuali jika terdapat ketumbuhan ovari yang bergerak (terpusing) atau berlakunya pendarahan di dalam ovari tersebut. Ada juga pesakit yang mengalami masalah perut membesar atau membusung kerana cecair (ascites) banyak yang dihasilkan oleh kanser ovari. Cecair ini akan membuatkan perut pesakit menegang dan membesar. Selalunya kanser ovari sudah merebak selepas keadaan ini berlaku terhadap pesakit.

Pesakit tiada rasa sakit yang melampau

Seperti penerangan di atas, pada mulanya pesakit tiada sakit yang spesifik menunjukkan dia menghidap kanser ovari pada peringkat awal. Oleh itu, pesakit hanya berasa sakit biasa seperti sakit perut, cirit-birit atau sembelit yang seringkali dikaitkan dengan masalah usus dan bukannya ovari. Doktor berkemungkinan tidak dapat mengesan keadaan pesakit yang sebenar jika tiada rawatan lanjut dilakukan kerana pesakit dilihat sakit seperti sakit biasa sahaja.

Jika anda berasa sakit perut dalam jangka masa lama, penulis sarankan anda request pemeriksaan lanjut di hospital supaya dapat ketahui punca dengan lebih awal. Mungkin simptom nampak ‘biasa’ ini memberi petanda anda ada penyakit lebih serius atau tidak. Percaya dengan instinct anda. Jika anda selalu rasa sakit dada, cuba periksa 3 sebab sakit dada sering berlaku.

Pemeriksaan lanjut dapat mengesan kanser

kanser ovari
kingwooder.com

Ada beberapa jenis diagnosis lebih spesifik boleh dilakukan oleh doktor bagi mengesan penyakit ini dengan lebih tepat seperti:

  • Secara klinikal – Pemeriksaan terhadap pesakit akan menemukan ketumbuhan yang keras di dalam pelvis atau kadang-kadang ketumbuhan berupa air (cyst) atau campuran cecair dan ketumbuhan yang keras.
  • Secara pembedahan – Salah satu kaedah yang paling tepat untuk membuat diagnosis kanser ovari. Ia hanya akan dilakukan setelah ujian-ujian lain telah dilakukan serta pesakit berada dalam keadaan optimum untuk menjalani pembedahan. Tahap penyakit (staging) akan dibuat semasa pembedahan serta ketumbuhan akan dibuang sebanyak mungkin. Ketentuan tahap penyakit (staging) adalah berlandaskan The International Federation Of Gynaecology and Obstetrics (FIGO).
  • Secara radiologikal – Kebiasaannya menggunakan ultrasound. Saiz ketumbuhan mengikut ciri-ciri tertentu dapat membantu doktor untuk mengenalpasti adakah ketumbuhan itu normal atau tidak.
  • Secara ujian makmal – Ujian tumor antigen CA125 boleh dilakukan terhadap pesakit. Ia merupakan sejenis protein yang dihasilkan oleh kanser ovari. Malangnya, protein CA125 ini juga dihasilkan juga oleh keadaan lain seperti endometriosis, fibroid serta keadaan radang pada dinding peritoneum. Bezanya adalah pada keadaan kanser ovari bacaannya selalu sangat tinggi kadang-kadang menghampiri atau jauh melebihi 1000 iu.

Bila anda sudah menghampiri usia 40-an, cuba buat ujian saringan kesihatan sekali setahun atau dua kali setahun agar kita aware tahap kesihatan kita pada setiap masa. Kesihatan tidak boleh dijual beli, jaga kesihatan anda bermula sekarang.

Suka artikel mengenai kesihatan? Klik sini untuk baca pelbagai jenis artikel kesihatan yang ada di Gaya Suri.

Author

Comments are closed.