fbpx
Banner
Category

Kerjaya

Category

Sejak pandemik Covid19 melanda negara ini sejak tahun lalu, banyak pemilik taska dan tadika terpaksa ‘gulung tikar’ kerana sukar untuk menjana pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

pemilik taska

Sehingga kini, kebanyakan tadika dan taska membuka waktu operasi hanya untuk anak-anak pejuang barisan hadapan(frontliners) sahaja. Ini menyukarkan pemilik taska untuk bertahan dalam masa-masa yang sukar ini.

Seorang pengetua taska di Puchong, Puan Siti, berkongsi bagaimana dia menghadapi cabaran taska miliknya sejak tahun lepas. Ini kisah beliau:

Semasa pandemik ni amat terkesan pada kedudukan taska. Hampir juga menutup terus operasi taska buat selama lamanya. Tapi bila memikirkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah untuk mendidik anak2 taska, pendidik taska kearah yg lebih baik, saya batalkan hasrat untuk tutup taska.

pemilik taska

Paling ketara teruk saya alami kemurungan dari bulan Mei hingga Ogos 2021. Dan masih bertahan untuk bulan September depan. Pendapatan taska berpunca daripada bayaran yuran ibu bapa yang telah berdaftar di taska. Ekoran hanya anak-anak frontliners yang dibenarkan datang ke taska dengan syarat yang ketat, taska mengalami kewangan yang merudum hampir 60 peratus meleset daripada sebelumnya. 

Tak ambil gaji sejak pandemik melanda

pemilik taska

Kos operasi taska amat tinggi untuk menampung bayaran kos sewa bangunan, gaji pendidik taska, kos bahan mentah dan bil utiliti seperti elektrik, air, internet dan talian telefon. Dengan itu, gaji bulanan pendidik terpaksa dikurangkan dan mereka bekerja mengikut giliran dan masih bergilir sehingga sekarang.

Sebagai pengusaha taska, saya sememangnya tidak bergaji sejak pandemik melanda negara kita, hanya dahulukan pekerja dan yang lainnya sebagai keutamaan.

Pernah tutup akibat penularan kes Covid19

pemilik taska

Risiko tetap ada apabila beroperasi tatkala pandemik ini. Taska pernah ditutup atas penularan kes Covid19 di taska, punca dari parent seorang bayi dan menjangkiti bayi yang lain serta ahli keluarga mereka.  Waktu itu, saya ambil langkah tutup operasi taska selama 14 hari untuk sanitasi dan kuarantin.

Taska masih bertahan demi kelangsungan hidup cikgu-cikgu taska dan amanah serta kepercayaan ibu bapa kepada taska. Buat masa sekarang, saya ada mohon Program Subsidi Upah(PSU). 

Alhamdulillah syukur dapat bantu serba sedikit untuk bayaran operasi taska. InsyaAllah harap dapat bertahan hingga akhir tahun ini.

Saya tiada apa-apa harapan untuk ibu bapa yang tak boleh sokong taska, saya sudah sampai tahap redha dengan ketentuan Allah. Mungkin mereka mempunyai masalah kewangan juga.

Cumanya, bagi pihak taska, kami ubah sedikit program taska lebihkan kepada mental dan emosi anak-anak di samping perbanyakkan bonding bersama anak-anak.

Kita semua terkesan dengan keadaan sekarang. Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan yang mendatang dan dijauhkan dari musibah Covid19 ini.

Semoga kisah Puan Siti ini dapat membuka mata orang ramai bahawa pemilik taska juga amat terkesan dengan situasi lockdown ini. Semoga pandemik ini akan berakhir tidak lama lagi dan semua bisnes dapat beroperasi seperti biasa. 

Bantuan Khas Pengusaha dan Guru Tadika

Jika anda seorang guru tadika di negeri Selangor, anda boleh memohon Bantuan Khas Pengusaha dan Guru Tadika di bawah Pakej Kita Selangor 2.0. Menurut laman web Bantuan Rakyat, permohonan fasa kedua bantuan ini dibuka pada 15 Ogos lalu sehingga 6 September depan. Difahamkan, lebih 3000 kuota masih tidak dipohon untuk permohonan kali ini.

Suka artikel ini? Baca Kisahku: Postpartum Depression Muncul Selepas Anak Kedua Lahir dan Kisahku: TTC 6 Tahun Sebelum Dikurniakan Cahaya Mata.

Bayangkan, anda harus menyiapkan kerja dan dalam masa sama menjaga anak sepanjang masa. Ada yang mahu makan, menangis, mahukan perhatian dan macam-macam kerenah lagi.

Bekerja dari rumah atau work from home (WFH) sambil menjaga anak adalah satu tugas yang mencabar bagi ibu bapa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

wfh

Banyak perkara mommy daddy perlu beri perhatian apabila WFH terutama perihal anak-anak dan kerja rumah. Anda akan lebih sibuk berbanding bekerja di ofis kerana perlu memasak, kemas rumah dan menjaga anak namun anda harus bijak mengatur masa agar dapat menyiapkan kerja tepat pada waktunya.

Ini antara tiga tips WFH sambil jaga anak semasa PKP:

  1. Buat jadual harian semasa WFH!
  2. Rancang jadual kerja yang fleksibel
  3. Luangkan masa bukan sahaja untuk jaga anak, tapi untuk family sebelum dan selepas kerja!

1. Buat jadual harian

Rutin harian membantu mommy menyiapkan kerja semasa WFH

Walaupun kita tahu agak sukar untuk mommy ikut jadual yang dibuat, tetapi mommy wajib buat jadual harian supaya anak-anak turut ikut jadual yang dibuat. Rutin harian membantu mommy menyiapkan kerja mengikut waktu yang ditetapkan.

2. Rancang Jadual Kerja Yang Fleksible

2. Rancang jadual kerja yang fleksibel

wfh

Bila anda WFH, anda perlu tahu bahawa anda harus rancang jadual kerja yang fleksibel kerana agak sukar untuk bekerja selama lapan jam direct dari pagi sehingga petang. Mommy boleh buat kerja semasa anak-anak tidur contohnya pada lewat malam atau awal pagi.

3. Luang masa bersama anak sebelum/selepas kerja

wfh pkp

Salah satu cara untuk mengelakkan anak menganggu mommy bekerja, luangkan masa sebentar bersama mereka sebelum mommy buat kerja ataupun selepas bekerja. Mereka hanya perlukan perhatian mommy daddy sebentar dan tidak akan mengganggu anda bekerja.

Kadangkala kepenatan seharian bekerja hilang begitu sahaja apabila kita lihat anak-anak tidur.

Bukan mudah untuk kita bahagikan masa untuk beri perhatian kepada kerja dan anak, namun penulis harap anda tahu yang anda seorang mommy atau daddy yang terbaik buat anak-anak anda.

Anak-anak semakin membesar dan anda terfikir untuk kembali bekerja. Tetapi entah kenapa, gambaran kehidupan berkerjaya itu tiba-tiba menimbulkan debaran. Jangan risau, anda tidak bersendirian. Ramai suri rumah mendapati, kembali bekerja selepas beberapa tahun ‘bercuti’ adalah sesuatu yang sangat mencabar. Kami mendapatkan pandangan beberapa wanita besi yang menjadi idola kami, untuk mengetahui bagaimana mereka melakukannya selepas beberapa tahun meninggalkan dunia pekerjaan.