fbpx
Banner
Category

Perancangan

Category

PCOS juga dikatakan boleh menjadi salah satu punca lambat dapat zuriat. Betul ke? Ini anda patut tahu maksud PCOS sebenar.

Polycystic Ovary Syndrome atau lebih dikenali sebagai PCOS, adalah sejenis sindrom yang berlaku kepada golongan wanita. Mereka yang mengalami PCOS mempunyai ketidakseimbangan hormon dalam badan kerana hormon lelaki lebih tinggi daripada hormon wanita seterusnya menjejaskan kesuburan mereka.

Ramai yang tercari-cari maksud TTC yang sebenar di carian internet untuk mengetahui maklumat mengenai TTC.

Perkataan TTC diambil dari singkatan Trying To Conceive yang bermaksud sedang cuba untuk hamil. Bagi pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin pastinya teringin untuk memiliki zuriat sendiri. Bermacam usaha sudah dilakukan tetapi buntu kerana tidak berjaya kadangkala membuatkan TTCians give up. Ada yang berjaya TTC selepas 6 tahun berusaha, ini kisah pejuang dua garis biru anda boleh jadikan pembakar semangat.

maksud TTC

Bagi pasangan yang baru kahwin pula, ada yang terus mahu menimang cahaya mata tetapi mengalami kesukaran kerana kurang ilmu mengenai TTC. Ada pasangan murah rezeki dengan mudah hamil walaupun baru berkahwin, manakala ada juga pasangan yang sedang struggle untuk mendapatkan anak. Selain makanan, anda boleh cuba dapatkan rawatan kesuburan jika mahu cara berbeza untuk TTC.

Jika anda baru mula TTC, bolehlah bermula dengan jaga pemakanan. Makan secara sihat bukan saja mempunyai peratus tinggi untuk subur, tapi secara tak langsung membantu kesihatan anda menjadi lebih bagus. Makanan yang sihat membuatkan anda berasa lebih gembira dan tenang.

Memang seram bila anda baru saja bersalin beberapa bulan tiba-tiba hamil tanpa dirancang.

Walaupun kita sudah berhati-hati dan mengambil perancang keluarga, ada juga sesetengah mommies ‘termengandung’ jugak. Jangan panik, mungkin itu petanda Tuhan mahu beri rezeki anak kepada mommy.

hamil

Untuk pengetahuan mommies, sebelum ini penulis pernah berkongsi artikel mengenai jenis-jenis kaedah merancang keluarga seperti pil kontraseptif, depo (suntikan perancang), implan, IUCD dan juga kondom. Malah, kami juga pernah senaraikan kebaikan dan kesan sampingan penggunaan pil kontraseptif selain berkongsi pengalaman memasang IUCD.

Tetapi, terdapat beberapa peratus wanita masih boleh mengandung walaupun sudah mengamalkan perancang keluarga. Menurut NHS, bagi pil kontraseptif, jika penggunaan sempurna, lebih daripada 99 peratus berkesan mencegah kehamilan iaitu kurang daripada 1 dalam 100 wanita akan mengandung dalam setahun. Manakala bagi penggunaan biasa pula, sekitar 91 peratus wanita berkesan cegah kehamilan iaitu sekitar 9 dalam 100 wanita yang menggunakan pil akan berbadan dua dalam masa setahun.

Nak cuba pakai IUCD tapi takut sebab kita dah bayangkan ia akan sakit macam apa yang dibayangkan.

Mommy mesti pernah dengar nama alat perancang ni kan? Tapi tak semua berani untuk cuba pakai sebab selalu dengar cerita ‘tak enak’ dari orang lain. Tak dinafikan, lain orang lain pengalamannya. Bila dah pakai, mesti mommy risau kalau tak boleh aktif seperti sebelum ni. Ada yang kata kalau aktif sangat nanti IUCD boleh bergerak dan akan berasa sakit.

Bagi menjawab persoalan-persoalan mommies, penulis rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman merancang keluarga menggunakan IUCD selepas melahirkan anak sulung penulis agar mommy kat luar sana faham dan tahu pengalaman sebenar pakai alat ini.

Apa maksud IUCD?

pakai IUCD

Menurut doctoroncall, Intrauterine Device (IUD) merupakan satu alat peranti kecil diperbuat daripada plastik serta tembaga dan akan dimasukkan ke dalam rahim untuk ‘mengganggu’ proses reproduktif. Ia juga dikenali sebagai “coil”. Dua benang dilampirkan ke IUD dan dimasukkan melalui leher rahim (serviks) untuk diletakkan di dalam vagina. Ini membenarkan IUD dikeluarkan dengan mudah. Kebanyakan peranti adalah berbentuk T (kedua-dua tangan T lipat rata untuk penyisipan) dan panjangnya seperti batang mancis. 

Terdapat dua jenis IUD iaitu tembaga dan hormon. Setiap jenis IUD mempunyai kebaikan dan kesan sampingan tersendiri mengikut individu yang memakainya. 

Jika anda seorang wanita dan aktif melakukan hubungan seks, anda disarankan mengambil pil perancang keluarga mengikut jadual yang ditetapkan.

pil perancang

Pil perancang keluarga bermaksud birth control pills atau contraceptive pills dalam bahasa Inggeris. Ia bertujuan mencegah kehamilan daripada berlaku. Pil perancang ini antara kaedah popular pilihan wanita untuk mencegah kehamilan.

pil perancang

Menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), pil perancang keluarga mengandungi hormon-hormon tertentu yang berfungsi bagi mencegah kehamilan. Jika hamil tanpa dirancang, anda boleh dapatkan nasihat doktor untuk langkah seterusnya.

Dear parents-to-be, tips asas pilih pampers dengan betul amat penting untuk keselesaan bayi anda. Jika anda salah memilih jenis pampers, bayi anda mungkin akan mengalami ruam atau nappy rash, menangis akibat tidak selesa dan juga kulit kemerah-merahan.

tips asas pilih pampers

Untuk permulaan, mommy daddy boleh minta free sample daripada beberapa jenama pampers yang anda berminat untuk cuba. Free sample boleh dijadikan sebagai rujukan dan dapat mengurangkan pembaziran jika mommy beli pek besar. Malah, mommy pun dapat kurangkan kos!

Antara tips asas pemilihan pampers yang penulis mahu kongsi ialah:

  • Saiz
  • Berat bayi
  • Jenis kulit

Saiz

tips asas pilih pampers
Penggunaan pampers jenis tape memudahkan mommy laras saiz pampers ikut keselesaan bayi

Jika saiz pampers tidak sesuai dengan si manja mommy, ia pasti akan menimbulkan masalah seperti selalu berlaku kebocoran akibat saiz terlalu besar.

Jika saiz terlalu kecil pula, ia akan meninggalkan kesan kemerah-merahan di kawasan pinggang dan celah peha. Kesian si kecil terpaksa menahan pedih akibat salah saiz.

Selalunya, pampers atau lampin pakai buang jenis tape sering digunakan untuk bayi baru lahir kerana saiz pinggang boleh dilaras mengikut keselesaan bayi.

Berat bayi

tips asas pilih pampers
Pakai pampers ikut berat yang ditetapkan

Setiap bayi dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Ada yang berat ringan dan juga ada bayi mencecah empat kilogram (kg). Sebab itu, mommy perlu beli pampers mengikut berat bayi dengan tepat.

Jenis kulit

tips asas pilih pampers

Kulit bayi yang baru lahir amat sensitif, mudah melecet dan naik ruam jika menggunakan produk yang tidak sesuai. Jika kulit bayi mommy lebih sensitif daripada biasa, penulis syorkan mommy guna pampers yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti kapas.

Selain daripada tips asas pilih pampers dengan betul di atas, ada banyak tips mommy boleh ikuti sebelum membuat keputusan membeli pampers atau lampin pakai buang. Bayi selesa, mommy tidur lena 😉

Jika anda suka artikel ini, baca Beli Pampers: Bilakah Masa Terbaik Anda Harus Beli? dan 9 free tips berjimat cermat untuk ibubapa baru daripada komuniti Gaya Suri.

Tentu pengalaman bersalin semasa tidak sama selepas PKP/PKPB dilanjutkan.

Mommy-to-be mesti tertanya-tanya bagaimana prosedur untuk bersalin semasa PKP/PKPB kan?

Seperti kita sedia maklum, seluruh negeri di Malaysia kini masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali Sarawak yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

bersalin semasa pkp

Pasti ramai bakal ibu yang gelisah dan risau mengenai bayi yang bakal lahir tak lama lagi dan ingin tahu prosedur terkini hospital. Untuk pengetahuan mommies, boleh dikatakan semua hospital kerajaan tidak membenarkan suami dan ahli keluarga menjaga pesakit.

Mungkin kisah pengalaman daripada mommies di bawah ini yang pernah bersalin semasa PKPB/PKPB boleh membantu anda bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk bersalin tidak lama lagi seperti apa yang ditulis oleh Berita Harian. Mommy take note ya, ini ada beberapa perkara perlu dibuat segera lepas bersalin nanti.

Ramai ibu bapa muda atau pertama kali menjadi parents tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk beli pampers. Ini kerana bayi baru lahir menggunakan banyak pampers kerana mereka lebih kerap membuang air besar.

beli pampers

Pampers atau lampin pakai buang merupakan keperluan asas apabila anda bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Tapi, berapa banyak pampers anda perlu beli? Bila masa sesuai anda patut beli?

Sebenarnya, ada beberapa perkara anda perlu pertimbangkan sebelum membeli lampin pakai buang. Antaranya ialah kuantiti, kualiti serta masa. Ketiga-tiga perkara ini membantu anda mendapatkan pampers yang memenuhi keperluan si manja.

Beli secara online

beli pampers

Dalam keadaan pandemik Covid19 ini, ramai yang memilih untuk membeli keperluan bayi secara dalam talian atau online kerana ia lebih cepat, mudah serta murah. Banyak jualan murah di beberapa aplikasi seperti Shopee, Lazada dan sebagainya. Jimat pun jimat!

Ekspo bayi

Bagi first-time parents, anda pasti teruja untuk membeli-belah di ekspo bayi yang diadakan di seluruh negara. Disebabkan wabak Covid19 melanda, penganjur mengadakan ekspo bayi secara online sejak tahun lepas.

Penulis bersyukur dapat merasai pengalaman membeli-belah di ekspo bayi dua tahun lepas di sekitar Lembah Klang. Rupanya anda boleh beli pampers dalam kuantiti banyak pada harga berpatutan.

Harga diskaun

beli pampers

Selain itu, anda boleh mendapatkan harga diskaun di supermarket atau hypermarket berdekatan semasa ada sale. Malah, ada beberapa hypermarket menawarkan kupon diskaun untuk pembelian di kedai mereka.

Sememangnya agak sukar untuk membesarkan anak lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid19 masih ‘mengganas’ di luar sana. Ramai yang kehilangan kerja, tempat berteduh, sukar untuk membeli barang keperluan anak dan sebagainya. Tahniah kerana anda berusaha menyediakan yang terbaik buat keluarga anda. Pasti ada sinar di sebalik kesusahan yang dialami.

Sedang cuba untuk mengandung? Apakata cuba ubah diet anda dan pasangan anda dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjalani rawatan kesuburan yang invasif?

5 jenis makanan ini mengandungi nutrisi penting yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan sistem imun anda. Namun, jangan lupa mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam, minum air secukupnya dan mengurangkan stress juga!

Sebelum beli barang bayi, anda mesti banyak membuat window shopping sama ada di pusat membeli-belah atau secara online terutama bagi first-time parents.

Dalam zaman yang serba canggih dan cepat ini, ramai yang selesa membeli barang kelengkapan bayi secara online kerana lebih murah, senang, banyak pilihan dan macam-macam lagi.

Walau bagaimanapun, ada kebaikan dan keburukan membeli barangan bayi di kedai ataupun secara online anda perlu ambil kira sebelum membeli.

Beli barangan bayi di kedai

Beli barang bayi di kedai

Kebaikan

  • Dapat ukur saiz baju/barang bayi dengan lebih tepat.

Mommy daddy boleh mengukur saiz baju bayi dengan lebih tepat jika membelinya di kedai kerana boleh membawa bayi bersama anda. Malah, anda juga dapat melihat saiz barang bayi yang lain dengan lebih jelas contohnya baby cot, tub mandian, tilam dan sebagainya.

  • Dapat lihat kualiti barang dengan lebih teliti.

Salah satu kebaikan membeli barangan bayi di kedai ialah anda dapat melihat dan menilai sendiri kualiti barang dengan lebih teliti. Anda boleh pilih untuk beli atau tidak selepas melihat kualiti barang yang mahu dibeli.

  • Dapat merasa tekstur sebenar.

Apabila membeli sesuatu barang, kita mesti mahu tahu apakah tesktur sebenar barang tersebut. Anda ada kelebihan dapat merasa tekstur barang jika membelinya di kedai.

Antara contoh barang yang mementingkan tekstur sebenar adalah baju bayi, bedung, lampin pakai buang (pampers) dan sebagainya.

  • Dapat buat perbandingan barang.

Bukan itu saja, kita juga dapat membuat perbandingan barang jika mahu membeli barang yang mahal. Dengan cara ini, anda dapat membuat keputusan dengan lebih tepat kerana dapat melihat barang di depan mata.

Keburukan

  • Keluar dari rumah.

Tetapi, antara keburukan membeli barang di kedai adalah anda harus keluar dari rumah untuk pergi ke kedai. Anda menghabiskan tenaga lebih banyak daripada membeli barang secara online.

  • Terpaksa bersesak dengan orang ramai.

Malah, anda juga tiada pilihan selain terpaksa bersesak dengan orang ramai semasa membeli barang. Dalam keadan pandemik Covid19 ini, kita harus elakkan diri daripada pergi ke tempat yang dipenuhi orang, kan?

  • Terpaksa membawa bayi bersama (jika mahu beli baju).

Bayi yang baru lahir amat sensitif dengan suasana persekitarannya. Mereka mungkin terdedah dengan virus berbahaya semasa anda membawa mereka keluar ke kedai.

  • Ambil masa yang lama.

Membeli barang di kedai sebenarnya memakan masa yang lama. Anda memerlukan masa kira-kira satu hingga tiga jam untuk membeli.

  • Bayar tiket parking.

Selain mengeluarkan belanja keperluan bayi, anda harus membayar tiket parking yang hanya akan menambah perbelanjaan anda.

  • Jauh dari rumah.

Kebanyakan kedai barang keperluan bayi berada jauh dari rumah. Kedai paling terdekat mungkin berada dalam lingkungan satu kilometer(km) hingga dua km.

Beli barangan bayi secara “online”

Beli barang bayi secara online

Kebaikan

  • Murah.

Tak dinafikan barang-barang yang dijual secara dalam talian amat murah berbanding barang dijual di kedai. Malah, anda boleh dapat harga serendah RM3 untuk sehelai baju bayi!

  • Cepat.

Kebanyakan barangan bayi boleh dimiliki dalam masa yang singkat jika anda beli daripada seller tempatan. Jika anda bertuah, barang dibeli boleh sampai dalam masa sehari ke rumah anda.

  • Tak perlu keluar rumah.

Antara kebaikan beli barang keperluan bayi secara dalam talian adalah anda tidak perlu keluar rumah. Segala aktiviti berada di hujung jari anda.

  • Banyak promosi jualan.

Setiap bulan kita boleh lihat banyak promosi jualan diiklankan dalam beberapa media sosial popular seperti Facebook dan Instagram.

  • Boleh beli secara “bundle” (banyak) sekaligus.

Kebanyakan ibu bapa lebih gemar membeli pampers dalam kuantiti yang banyak sekaligus kerana harganya lebih murah berbanding di kedai. Malah, anda tak perlu bersusah-payah untuk mengangkat kotak pampers kerana pihak kurier akan menghantar terus ke depan pintu rumah.

  • Banyak pilihan.

Kita boleh lihat sejak kebelakangan ini kebanyakan barang bayi lebih mudah didapati secara online selain banyak pilihan jenama, kualiti dan harga.

Keburukan

  • Salah saiz/jenis barang.

Namun, membeli barang secara dalam talian juga ada keburukannya. Salah saiz baju bayi merupakan salah satu masalah yang sering dialami kerana saiz badan bayi yang berbeza mengikut negara seperti dari negara Asia dan Eropah.

  • Barang rosak.

Ada banyak kemungkinan boleh berlaku semasa penghantaran barang daripada seller kepada anda yang menyebabkan barang rosak apabila diterima.

  • Tak semua barang berkualiti.

Kita sedia maklum bahawa gambar barang yang dipaparkan tidak akan sama 100% dengan realiti yang sebenar. Mungkin ada barang yang kelihatan tahan lasak, tetapi sebenarnya mudah patah.

  • Lambat dapat (jika beli dari luar negara).

Walaupun harganya murah, penghantaran barang daripada seller luar negara memakan masa hampir sebulan untuk ia sampai ke tangan anda.

Kesimpulannya, ada banyak kebaikan dan keburukannya membeli di kedai atau secara online. Anda yang tentukan apa cara yang sesuai untuk membeli kelengkapan bayi mengikut keperluan anda. Tepuk dada, tanya selera.