fbpx
Banner
Category

Kanak-Kanak

Category

Risau jugak anak selalu sakit sejak kebelakangan ni. Apa tanda-tanda anak saya menghidap kanser?

Bila si kecil selalu sakit, dah makan ubat tapi kerap jatuh sakit, memang sedih tengok dan sebagai mommy, kita lebih rasa sedih dan berharap sakit anak dapat dipindahkan kepada kita. Mommy kena lebih berjaga-jaga dan perhatikan jika anak ada tanda-tanda menghidap kanser di bawah.

Bila nak beli kelengkapan baju anak, terpaksa dahulukan duit simpanan anak dulu hingga dapat gaji hujung bulan.

Bila sudah berkahwin dan memiliki anak, masalah kewangan sentiasa timbul jika tak kawal perbelanjaan dengan cermat. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak tetapi kewangan tak mengizinkan. Hari Raya Aidilfitri jugak semakin hampir, kita pun dah nak mula berpuasa minggu depan. Mesti banyak duit nak pakai untuk beli kelengkapan raya anak-anak. Selain tu, mommy klik sini untuk tips pergi open house bersama anak kecil.

Kadang-kadang terpaksa dahulukan duit simpanan anak untuk beli kelengkapan baju sekolah atau baju raya kerana gaji tak cukup menampung semua perbelanjaan. Tetapi, apa hukumnya dari segi agama Islam?

Ada banyak tempat menarik bawa anak bercuti yang sesuai dengan bajet serendah RM50. Nak tau kat mana?

Musim cuti sekolah sudah tiba, mommy daddy pasti ketandusan idea nak bawa anak bercuti ke mana pula kali ni. Baru mula tahun baru, bajet bercuti jugak terhad dan perlu berhati-hati berbelanja kerana anak bakal mula bersekolah semula pada bulan Mac nanti. Kalau mommy mahu berehat di rumah, ada beberapa aktiviti belajar sambil bermain boleh dilakukan bersama anak.

Jangan risau, ada beberapa lokasi menarik boleh bawa seisi keluarga bercuti harga bawah RM100 dan RM50. Murahnya! Kat mana boleh bercuti murah macam ni?

Selepas baca artikel ini, mommy daddy akan kenali empat jenis penyakit berbahaya ketika ini:

  • Bawa ke hospital jika anak menunjukkan gejala-gejala tertentu.
  • Buat ujian calitan jika anak terdedah dengan virus tertentu seperti Covid19.
  • Dapatkan rawatan segera jika keadaan anak semakin teruk.
penyakit

Sejak kebelakangan ini, kita sering baca berita-berita tidak enak mengenai virus yang menyerang kanak-kanak di negara ini. Terbaru, penulis sempat melihat para doktor menyebarkan awareness mengenai virus RSV yang sedang mengganas sekarang.

Antara empat penyakit mommy daddy perlu ambil perhatian pada ketika ini ialah:

  • MIS-C / Kawasaki
  • HFMD
  • Hepatitis
  • RSV (Respiratory Syncytial Virus) pneumonia / bronchiolitis

MIS-C / Kawasaki

penyakit

Menurut Astro Awani, MIS-C atau lebih mudah difahami sebagai komplikasi jangkitan Covid19 yang berlaku selepas dua hingga empat minggu dijangkiti virus tersebut. Antara organ utama yang terjejas ialah jantung, tetapi organ-organ penting lain boleh terjejas sama.

Gejala-gejala utama bagi penyakit ini adalah:

  • Demam berpanjangan
  • Ruam merah
  • Bibir merah / kering / merekah
  • Mata merah
  • Bengkak kelenjar limfa
  • Bengkak kaki / tangan
  • Tanda lain: Berdebar, letih, kelihatan terlalu tidak sihat atau tidak aktif

Jika anak tidak sihat walaupun telah makan ubat demam dan antibiotik, mommy daddy segeralah bawa anak ke hospital tau! Bahaya jika anak lambat dapat rawatan.

HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease)

penyakit

HFMD atau lebih dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit jika tidak mendapat rawatan awal dan menjalani kuarantin. Difahamkan, kanak-kanak boleh mengalami komplikasi radang jantung atau organ lain jika keadaan kesihatan anak semakin teruk. Biasanya, HFMD merupakan jangkitan ringan sahaja.

Antara gejala bagi HFMD adalah:

  • Ruam di kaki / tangan
  • Ulser dalam mulut
  • Kurang makan, minum
  • Dehidrasi

Hepatitis

penyakit

Hepatitis merupakan penyakit berkaitan hati yang baru muncul sejak sebulan lalu. Menurut Doktor Rashdan Zaki Mohamed, di akaun laman sosial Twitter beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO), penyakit ini baru diumumkan awal bulan lalu di mana jangkitan atau radang berlaku pada hati dalam kalangan kanak-kanak.

Gejala-gejala utama bagi Hepatitis adalah:

  • Kekuningan pada kulit / mata (jaundice)
  • Air kencing berwarna gelap
  • Loya
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Keletihan

Oleh kerana penyakit ini baru muncul dan tidak banyak data diketahui, punca utama Hepatitis masih lagi dalam siasatan.

RSV (Respiratory Syncytial Virus) pneumonia / bronchiolitis

penyakit

Virus terbaru antara keempat-empat penyakit di atas yang menyerang kanak-kanak terutama bahagian paru-paru dan saluran atau sistem pernafasan. Ia merupakan jangkitan kuman pneumonia / bronchiolitis / wheeze.

Pada mulanya, mungkin mommy daddy tak perasan anak dijangkiti virus RSV dan menganggap ia demam biasa. Namun, pastikan mommy daddy pantau cara pernafasan anak jika terdapat lekukan di perut atau bernafas laju daripada biasa.

Antara gejala utama bagi virus ini adalah:

  • Demam
  • Sesak nafas
  • Nafas laju / berbunyi

Memang agak mencabar untuk besarkan anak terutama dalam zaman yang banyak penyakit berbahaya untuk kanak-kanak, namun apa yang mommy daddy boleh buat adalah dengan menjaga kebersihan dan kesihatan anak dari masa ke semasa.

Pantau kesihatan anak jika ada apa-apa perubahan. Sediakan makanan yang berkhasiat, jaga kebersihan diri, makan vitamin tambahan dan ambil vaksin tertentu jika perlu untuk mencegah daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti di atas.

Suka artikel ini? Baca Monkeypox: Ibu bapa di Malaysia perlu risau atau tidak? dan Apa Beza HFMD dengan Monkeypox? Ini jawapannya.

Selepas baca artikel ini, anda akan tahu perbezaan antara penyakit HFMD dan Monkeypox:

  • Kenalpasti simptom kedua-dua penyakit yang berbeza.
  • Jumpa doktor dengan segera jika anak menunjukkan simptom-simptom berkenaan.
  • Kuarantin atau asingkan anak jika bergejala.

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) dan virus Monkeypox semakin hangat diperkatakan gara-gara kes melibatkan kanak-kanak di negara ini melonjak tinggi sehingga melebihi 82,000 kes sehingga tarikh 4 Jun lalu.

Punca penyakit HFMD

HFMD

Punca penyakit yang menular dalam kalangan kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh virus enterovirus. Ia mudah dijangkiti terutama apabila kanak-kanak dijangkiti tidak diasingkan dan berkongsi makanan serta alat mainan bersama kanak-kanak lain.

Simptom HFMD

HFMD

Menurut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara simptom-simptom bagi kanak-kanak dijangkiti HFMD ialah:

  • Demam
  • Ulser di tekak, mulut dan lidah
  • Hilang selera makan
  • Ruam
  • Lepuh pada tangan, kaki dan kawasan lampin

Bagaimana HFMD boleh berjangkit kepada orang lain?

Penyakit ini mudah berjangkit apabila individu tersebut tak mengamalkan kebersihan contohnya jarang membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan banyak lagi seperti:

  • Sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur, najis dan cecair dari lepuhan.
  • Berkongsi alat mainan.
  • Menyentuh permukaan yang mempunyai lelehan daripada individu bergejala.
  • Tidak kuarantin.

Apa itu virus Monkeypox?

HFMD

Virus cacar monyet boleh berjangkit kepada semua peringkat umur dan tempoh inkubasi juga lebih lama daripada Covid19 dan HFMD iaitu sehingga 21 hari. Oleh itu, pesakit dinasihatkan supaya menjalani kuarantin jika mempunyai simptom-simptom cacar monyet.

Menurut media sosial Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, @KKMPutrajaya, Monkeypox atau cacar monyet merupakan virus yang ditularkan kepada manusia melalui:

  • Gigitan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan, atau luka haiwan yang dijangkiti.
  • Melalui titisan pernafasan jika kontak bersemuka dalam masa yang lama.
  • Kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang dijangkiti atau objek tercemar dengan virus tersebut seperti tempat tidur atau pakaian.

Simptom Monkeypox

HFMD

Antara simptom-simptom Monkeypox yang anda perlu awasi adalah:

  • Ruam makulopapular (muncul di muka, tapak tangan, tapak kaki dan seterusnya di bahagian badan yang lain.
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Lenguh tubuh badan
  • Sakit belakang badan atau sendi
  • Kejang otot
  • Pembengkakan kelenjar limfa

Sukar berjangkit dengan manusia

HFMD

Virus Monkeypox sukar untuk berjangkit daripada manusia kepada manusia, menurut Harian Metro. Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad, berkata bahawa risiko jangkitan virus ini untuk menular kepada orang awam adalah sangat rendah berbanding Covid19 dan HFMD.

“Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap immuniti rendah mempunyai risiko dengan gejala lebih serius dan boleh membawa maut sekiranya dijangkiti Monkeypox,” tambahnya.

Mommy daddy diingatkan supaya menjaga kebersihan di rumah dan terhadap anak-anak supaya terhindar daripada penyakit-penyakit berbahaya. Kebersihan merupakan aspek penting untuk kita lindungi diri dan anak-anak tidak kira di mana sahaja kita berada. Jangan ambil ringan perkara di atas tau!

Suka artikel ini? Baca Monkeypox: Ibu bapa di Malaysia perlu risau atau tidak? dan Monkeypox II: Perkembangan terkini cacar monyet & ini 1 langkah penting perlu diambil untuk elak dijangkiti.

Selepas baca artikel ini, mommy daddy akan lebih faham mengenai penyakit cacar monyet (Monkeypox) dan cara untuk mengatasinya:

  • Fahami dengan lebih mendalam mengenai Monkeypox.
  • Sentiasa amalkan penjagaan kebersihan yang tinggi apabila berada di luar rumah.
  • Kenalpasti simptom-simptom penyakit tersebut jika anak tidak sihat.
monkeypox

Sejak beberapa hari lalu, seluruh penduduk di seluruh dunia berasa takut selepas berita mengenai penyakit cacar monyet atau lebih dikenali sebagai Monkeypox telahpun dikesan di beberapa negara di seluruh dunia.

Mesti mommy daddy tertanya-tanya, perlukah kita berasa takut dengan penyakit terbaru ini? Berbahayakah penyakit ini terhadap anak-anak kecil? Bagaimana cara untuk elakkannya jika penyakit ini sudah masuk ke Malaysia?

Apa itu virus Monkeypox?

monkeypox

Menurut CPRC Kebangsaan – Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit cacar monyet atau Monkeypox ini merupakan sejenis penyakit zoonotik disebabkan oleh Monkeypox. Ia tergolong dalam genus Orthopoxvirus daripada keluarga Poxviridae. Antara virus-virus lain yang termasuk dalam golongan Poxviridae ini ialah cacar air (smallpox), vaccinia, cowpox, camelpox, ectromelia (mousepox).

Terdapat dua jenis clade virus Monkeypox iaitu dari Afrika Tengah (Congo Basin) dan Afrika Barat. Virus clade Congo Basin menyebabkan penyakit lebih teruk dan mudah dijangkiti.

Walaupun nama penyakit ini cacar monyet, ia tidak dibawa oleh monyet tetapi haiwan kecil seperti tikus. Untuk pengetahuan mommy daddy, nama cacar monyet ini diberi kerana virus ini ditemui pertama kali dalam monyet makmal pada tahun akhir 1950-an.

Simptom jika anda menghidap Monkeypox

monkeypox

Biasanya simptom jika anda terkena penyakit Monkeypox akan mula kelihatan seperti demam, sakit badan, sakit kepala, bengkak kelenjar limfa serta ruam. Tempoh inkubasi selepas bergejala ialah selama tujuh hingga 14 hari atau lima hingga 21 hari. Namun, pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam tempoh dua hingga empat minggu.

Selepas demam dua hari, ruam akan mula kelihatan di muka dan merebak di lengan dan kaki serta tapak tangan pada permulaannya. Kemudian, ruam akan merebak ke seluruh badan dalam tempoh 24 jam.

Bagaimana Monkeypox boleh dijangkiti?

monkeypox

Virus ini boleh disebarkan kepada manusia melalui gigitan atau direct contact dengan darah haiwan yang dijangkiti, cecair badan atau lesi pada kulit atau mukosa.

Difahamkan, jangkitan daripada manusia ke manusia amat jarang berlaku, tetapi ia boleh berlaku melalui sentuhan rapat dengan ruam makulopapular orang yang dijangkiti dan bergejala.

Virus ini boleh sebabkan kematian atau tidak?

monkeypox

Menurut World Health Organization (WHO) Filipina, dalam kebanyakan kes, gejala Monkeypox hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, tetapi dalam sesetengah individu, ia boleh membawa kepada komplikasi perubatan dan juga kematian. Bayi yang baru lahir, kanak-kanak dan orang yang mengalami masalah keupayaan imun badan melawan jangkitan kuman atau virus mungkin menghadapi risiko simptom yang lebih serius dan kematian akibat cacar monyet.

Komplikasi daripada kes Monkeypox yang teruk termasuk jangkitan kulit, radang paru-paru, kekeliruan dan jangkitan mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Sekitar tiga hingga enam peratus daripada kes yang dilaporkan telah menyebabkan kematian di negara endemik sejak kebelakangan ini terjadi pada kanak-kanak atau orang yang mungkin mempunyai masalah kesihatan lain. Walau bagaimanapun, ini mungkin anggaran sahaja kerana data pengawasan di negara endemik adalah terhad.

Cara pencegahan Monkeypox bagi pengembara di negara dilanda wabak

monkeypox

Seperti yang dinyatakan dalam infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas, terdapat beberapa cara atau langkah sesuai diamalkan bagi rakyat Malaysia yang mengembara di negara dilanda wabak Monkeypox:

  • Kekalkan kebersihan diri yang tinggi seperti mencuci tangan dengan kerap selepas ke tandas atau apabila tangan kotor.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti, sama ada manusia, haiwan atau objek berkemungkinan tinggi tercemar dengan cecair tubuh pesakit serta pakaian yang dipakai oleh pesakit dijangkiti.
  • Elakkan daripada sentuhan dengan haiwan liar atau makan daging haiwan tersebut.

Biasakan jaga kebersihan diri sepanjang masa

Walaupun negara kita masih tiada kes virus cacar monyet ini, namun mommy daddy tak boleh leka tau. Ajar anak-anak kecil mengenai penjagaan kebersihan diri tidak kira di mana sahaja mereka berada agar terhindar daripada bakteria jahat dan virus yang ada di sekeliling mereka.

Penulis yakin kanak-kanak zaman sekarang sudah faham kepentingan mencuci tangan menggunakan sabun, menggunakan hand sanitizer apabila berada di tempat awam, memakai topeng muka dan sebagainya sejak pandemik Covid19 melanda.

Suka artikel ini? Baca Covid19: Penjelasan Ringkas Untuk Kanak-Kanak dan 5 petua mendidik anak makan sayur-sayuran.

Selepas baca artikel ini, mommies akan lebih faham mengendalikan anak kecil semasa pergi open house:

  • Tahu jenis pakaian apa sesuai dipakai untuk anak bila keluar.
  • Nasihat anak sebelum keluar berjumpa orang ramai.
  • Sediakan makanan atau snek untuk anak supaya dia tidak meragam apabila lapar.
open house

Beraya atau pergi open house bersama anak kecil sememangnya mencabar lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa. Kanak-kanak sukar dijangka perangainya terutama apabila di depan khalayak ramai. Masa tu la dia nak tunjuk skil baru, lompatan paling jauh, siapa paling cepat rampas mainan dan macam-macam lagi.

Bagi yang pertama kali nak beraya atau pergi open house sanak-saudara dan rakan-rakan, mungkin mommy daddy perlukan beberapa tips penting sebelum keluar rumah iaitu:

  • Bekalan makanan
  • Hiburan
  • Jaga adab
  • Jaga masa
  • Pakaian

1. Bekalan makanan

open house

Bekalan makanan amat penting bagi si kecil. Biasalah, kanak-kanak aktif memang cepat lapar berbanding orang dewasa seperti kita. Sediakan makanan ringkas atau snek supaya anak dapat makan ketika dalam perjalanan atau semasa berada di rumah orang.

Bagi anak yang mempunyai alergik terhadap sesuatu makanan, seeloknya mommy sediakan makanan sendiri kerana kita tak pasti tuan rumah sediakan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak atau tidak. Contoh macam penulis, anak ada alergik terhadap kelapa terutama santan, jadi terpaksa bawa bekal makanan sendiri semasa pergi open house. Bawa pilihan snek yang mudah dimakan seperti roti, kek atau biskut sekali tau!

2. Hiburan

open house

Hiburan amat penting bagi kanak-kanak kerana mereka mudah berasa bosan jika tidak melakukan apa-apa. Bawa mainan, buku, pensel warna atau kertas supaya anak dapat berhibur semasa dalam perjalanan ataupun semasa open house di rumah sanak-saudara.

Jika mommy mahu beri gajet, penulis cadangkan mommy pasang lagu di radio sahaja atau beri gajet dengan masa yang ditetapkan. Boleh pasang aplikasi Spotify di radio kereta dan si manja pasti akan gembira menyanyi!

3. Jaga adab

open house

Adab harus diterapkan sejak kecil supaya anak mudah mendengar kata dan menghormati orang lain. Sebelum keluar rumah, mommy daddy cuba nasihat si kecil agar menjaga adab apabila berada di rumah orang ataupun bergaul dengan kanak-kanak lain.

Menurut theAsianparent, persediaan awal sebegini membantu anak kecil memahami situasi yang bakal dilalui dan apa akibatnya jika tidak menjaga adab atau mendengar kata ibu bapa. Walaupun mereka masih kecil, mommy harus percaya bahawa mereka juga sudah faham arahan serta nasihat mommy.

4. Jaga masa

open house

Sebagai ibu bapa, anda harus menjaga masa agar anak tidak berasa terlalu letih dan beri masa untuk anak berehat. Jaga rutin tidur harian anak supaya mereka tidak meragam di siang hari selain tidak berada di rumah rakan atau saudara terlalu lama. Ini bagi mengelakkan anak terlalu bosan dan mula membuat kerenah yang tidak elok di rumah orang.

Memang rasa mahu borak panjang bersama rakan atau saudara kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa, namun mommy daddy harus utamakan keselesaan anak-anak juga. Jika mereka tidak selesa, mungkin mereka akan menangis atau merengek untuk menunjukkan signal sudah tiba masanya untuk pulang.

5. Pakaian

open house

Pakaian yang selesa membantu si kecil bergerak aktif semasa pergi open house di rumah orang terutama apabila cuaca panas terik. Pilih pakaian yang menyerap peluh dan fabrik nipis supaya anak-anak berada dalam keadaan selesa walaupun sedang berpeluh.

Sekarang sudah banyak pakaian kanak-kanak yang bergaya dan menggunakan fabrik selesa untuk baju Melayu atau baju kurung. Pakai seharian pun tak terasa panas. Tetapi, mommy harus bawa baju persalinan baru untuk ditukar jika anak sudah meragam atau mahu tidur.

Nikmati open house tanpa rasa stress

open house

Tak susah sebenarnya untuk keluar bersama anak kecil. Mommy daddy hanya perlukan sedikit tips dan boleh menikmati musim rumah terbuka tanpa rasa stress. Malah, si manja juga enjoy beraya dan berjumpa rakan sebaya dan saudara yang belum pernah berjumpa sebelum ini.

Biasalah, bila beraya bersama anak-anak masih kecil memang banyak dugaannya. Mommy daddy kuatkan semangat dan anggap ini kenangan terindah untuk anda sekeluarga. Pasti akan rindu kenangan seperti ini bila mereka sudah dewasa nanti.

Suka artikel ini? Baca Menarik! 4 Aktiviti Kanak-Kanak Belajar Sambil Bermain Ini Bantu Si Manja Belajar Mengeja Di Rumah dan Anak Bosan Duduk Rumah? Beli 5 Mainan Kanak-Kanak Bawah RM5 ini untuk Mereka.

Selain bermain, mesti mommy tertanya-tanya apa aktiviti yang boleh bantu mommy belajar sambil bermain bersama si manja di rumah.

aktiviti

Kadang-kadang kita sebagai parents pun buntu nak cari idea untuk belajar sambil bermain dengan anak. Sebelum anak melangkah kaki ke alam persekolahan, mereka banyak menghabiskan masa di rumah.

Menurut Pengasas Dr Nurhaya Lactation Centre, Dr Nurhaya Yacob, di Harian Metro, ibu bapa dapat mengetahui kecenderungan anak-anak dan mudah untuk menetapkan teknik pendidikan kepada anak semasa melakukan aktiviti.

“Sebenarnya sejak dahulu datuk nenek kita sudah menciptakan permainan yang memberikan pelbagai faedah. Ia bukan sekadar bermain kotor seperti main pondok-pondok, memasak dan berperang sebaliknya ia mendedahkan anak-anak kepada pelbagai kemahiran seperti bersosial, berkomunikasi dan menunjukkan ekspresi,” ujarnya.

Anak pada masa sekarang berbeza dengan anak zaman lalu. Mereka tidak belajar menerusi buku sebaliknya melalui pelbagai sensori seperti merasa, menghidu dan melihat.

Dr Nurhaya

Pernah terfikir ada ke mainan kanak-kanak bawah RM5? Kanak-kanak dan mainan sememangnya tak boleh dipisahkan. Pantang lihat mainan baru di kedai, pasti akan meminta untuk dibeli. Sejak COVID-19 melanda, kebanyakan mommy daddy memilih untuk beli mainan secara dalam talian (online) bagi mengurangkan jangkitan wabak berbahaya itu.

mainan kanak-kanak

Mesti mommy daddy dah buntu nak beli mainan apa untuk anak kan? Kami di Gaya Suri ada beberapa pilihan mainan kanak-kanak yang berharga bawah RM5 untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas:

  • Cermin mata DIY
  • Pistol mainan buih
  • Bath toys 
  • Kipas kertas DIY
  • Manik berwarna DIY (gelang)

1. Cermin mata DIY

Cermin mata DIY ini memberi kanak-kanak pengalaman membuat dekorasi mengikut citarasa mereka menggunakan bahan dekorasi yang diberikan. Ada pelbagai warna, bentuk dan saiz bahan dekorasi yang menarik minat si kecil untuk menggunakan kreativiti sendiri.

Usah risau, mommy daddy tak perlukan gunting untuk menggunting bahan dekorasi tersebut. Ia didatangkan dalam bentuk pelekat dan mempunyai bentuk-bentuk tertentu. Hanya perlu lekatkan di cermin mata mengikut kreativiti anak. 

Harga: RM1.99

Klik di sini untuk beli: Shopee

2. Pistol mainan buih

mainan kanak-kanak

Anak suka main bubble? Ha inilah masa sesuai untuk anda belikan pistol mainan buih untuk si manja! Pistol mainan buih ini didatangkan dengan 2 bekas berisi air buih. Pistol mainan buih ini diperbuat daripada plastik dan tidak berbahaya kepada si manja anda.

Dengan cuaca yang tak menentu sekarang, anda masih boleh bermain bubble dengan anak walaupun berada di dalam rumah. Mereka pasti gembira bila dapat pistol mainan buih ini!

Harga: RM2.10

Klik di sini untuk beli: Shopee

3. Bath toys 

mainan kanak-kanak

Bagi anak-anak yang suka bermain air semasa mandi, bath toys merupakan mainan yang mereka perlukan untuk membuatkan mereka lebih teruja untuk mandi. Bahkan, mommy daddy boleh beli mainan ini untuk memujuk anak-anak yang tidak suka mandi. Pasti mereka akan suka mandi lepas ni!

Bath toys ini mempunyai bentuk haiwan seperti itik, ikan paus, ikan biasa dan juga satu bakul mainan. Ia diperbuat daripada plastik dan bersaiz sederhana. 

Harga: RM2.10

Klik di sini untuk beli: Shopee

4. Kipas kertas DIY

mainan kanak-kanak

Kanak-kanak cepat tertarik dengan barang berwarna-warni dan bergerak, jadi kipas kertas DIY ini mampu membuatkan mereka fokus dan sibuk. Ada enam batang pen berwarna percuma, anak anda boleh mewarna kipas kertas mengikut kreativiti mereka.

Terdapat beberapa pilihan jenis corak anda boleh pilih dan video tutorial untuk memasang kipas kertas mengikut langkah-langkah yang betul. Nampak senang! Mommy daddy pasti teruja untuk buat kipas kertas ini bersama anak-anak di rumah.

Harga: RM2.99

Klik di sini untuk beli: Shopee

5. Manik berwarna DIY (gelang)

Minat membuat gelang manik? Mommy boleh membuat gelang secara DIY (Do-It-Yourself) bersama anak untuk mengisi masa lapang jika anak kelihatan bosan berada di rumah. 

Namun, mommy harus berhati-hati kerana manik ini bersaiz kecil yang boleh membahayakan anak jika tercekik. Mommy harus pantau semasa aktiviti membuat gelang manik ini dibuat ye!

Harga: RM3.60

Klik di sini untuk beli: Shopee

Bonding time

Lima mainan kanak-kanak yang kami senaraikan di atas bukan sahaja murah, tetapi ia dapat memberikan bonding time anda bersama si manja. Mereka juga sudah berasa bosan dengan mainan biasa, apa kata anda beli mainan interaktif supaya mereka dapat menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Happy kid, happy mommy!

Suka artikel ini? Baca 5 petua mendidik anak makan sayur-sayuran dan 8 Tips Ajar Anak Memberus Gigi.