fbpx
Banner

Jika anda rasa usia muda takkan berisiko, anda ternyata silap. Umur 30an juga berisiko tinggi untuk dapat sakit jantung wanita.

Bila sudah terkena penyakit jantung, wanita di luar sana jangan terlampau sedih ye. Walaupun berbahaya, ada banyak cara doktor boleh rawat pesakit jantung. Ada beberapa rawatan yang sesuai, ubat-ubatan dan pembedahan boleh dilakukan bergantung jenis penyakit jantung dan keperluan pesakit.

Apa perlu buat bagi sakit jantung wanita?

sakit jantung wanita

Pada awalnya, anda perlu mengikut prosedur hospital dan doktor akan menerangkan tahap kesihatan anda yang terkini dan jenis penyakit jantung yang anda hidapi. Selepas itu, doktor akan mulakan rawatan yang bersesuaian dengan pesakit di samping menerangkan apa yang pesakit perlu buat selepas rawatan selesai. Masa inilah pesakit memerlukan sokongan moral daripada pasangan, anak-anak dan keluarga untuk kekal bersemangat untuk jalani hidup sihat.

Bila anda sudah ada tanda-tanda serangan jantung, seeloknya anda segera ke hospital untuk dapatkan rawatan selanjutnya. Antara tanda-tanda serangan jantung seperti yang diterangkan dalam artikel ini:

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Berpeluh tanpa melakukan aktiviti berat
  • Terlampau penat walaupun sedang berehat

Rawatan segera jika diserang sakit jantung

sakit jantung wanita

Selepas itu, anda perlu beritahu doktor kesemua tanda-tanda yang dialami supaya doktor dapat mendiagnos anda dengan betul serta dapat rawatan sepatutnya dengan segera. Ada beberapa ujian anda perlu lalui menurut My Health My Life iaitu:

  • ECG (Elektrocardiogram)
  • Ujian darah
  • Angiografi Koronari
  • Ujian tekanan
  • CT Scan
  • MRI

1. ECG (Elektrocardiogram)

ECG adalah ujian ringkas dan tak menyakitkan. Ia digunakan untuk mengesan dan merekod aktiviti elektrik jantung serta menunjukkan kelajuan jantung berdenyut dan rentak jantung (tetap atau tidak tetap). ECG juga merekod kekuatan dan masa ketika isyarat elektrik melalui setiap bahagian jantung.

2. Ujian darah

Ujian darah digunakan untuk mengenalpasti sekiranya terdapat paras protein tertentu yang lebih tinggi dirembeskan ke dalam darah semasa serangan jantung. Ujian ini mungkin dijalankan berulang kali untuk melihat jika paras protein meningkat mendadak atau secara beransur-ansur.

3. Angiografi Koronari

Satu ujian yang menggunakan pewarna dan sinar X khas untuk mencari lokasi tersumbat di dalam arteri koronari. Tiub nipis (kateter) dimasukkan ke dalam arteri, biasanya di kaki atau lipatan peha dan pewarna dimasukkan ke dalam darah melalui kateter untuk menunjukkan aliran darah menerusi jantung dan salur darah.

4. Ujian tekanan

Ujian ini dilakukan semasa anda sedang bersenam. Ia juga lebih dikenali sebagai ‘ujian senaman’ atau ‘ujian treadmill’. Ujian ini menunjukkan jika jantung anda berfungsi secara baik atau tidak semasa aktif melakukan aktiviti fizikal atau senaman, menurut Ceria Sihat.

5. CT Scan

Ada ujian CT scan yang khusus untuk pesakit jantung yang membantu doktor melakukan diagnosis penyakit arteri koronari. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk melihat jika ada saluran jantung yang tersumbat. Ujian ini hanya mengambil masa selama 10 minit saja.

6. MRI

Imbasan MRI menggunakan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan imej jantung dengan lebih terperinci. Difahamkan, ia boleh menghasilkan imej statik atau bergerak mengikut keperluan doktor. Pewarna khusus digunakan untuk melihat arteri koronari dengan lebih jelas. Doktor lakukan ujian ini untuk ketahui tahap struktur jantung anda macam mana sebelum mulakan rawatan.

Cara cegah sakit jantung anda perlu tahu

Menurut MyHealth, ada beberapa cara anda boleh lakukan yang membantu cegah penyakit jantung daripada berlaku. Walaupun ia kedengaran seperti amat senang untuk dilakukan, tak ramai yang sanggup untuk kekal konsisten dan hanya berserah dengan kehidupan mereka. Bak kata pepatah ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’, jom kita cegah sakit jantung dengan cara-cara di bawah:

1. Pemeriksaan kesihatan

sakit jantung wanita

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala supaya dapat lakukan pencegahan awal. Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, diabetes, tahap kolesterol perlu di lakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas. Ini membantu anda mengenalpasti penyakit-penyakit berbahaya sejak dari awal dan anda boleh lakukan rawatan dengan segera untuk mengelakkan ia menjadi lebih kritikal.

2. Cara pemakanan yang betul

sakit jantung wanita

Amalan pemakanan yang berlemak, berminyak dan tinggi kalori membuatkan anda berisiko menghidapi diabetes, darah tinggi dan obesiti yang menjadi penyebab kepada masalah jantung. Pemakanan sihat bukan saja dapat mengelakkan penyakit-penyakit di atas, tetapi dapat membuatkan metabolisma dan stamina anda menjadi lebih bagus seterusnya dapat melakukan aktiviti-aktiviti menyeronokkan bersama keluarga tanpa risaukan sakit otot, sendi dan sebagainya.

Antara cara pemakanan yang betul ialah makan secara Suku Suku Separuh dalam satu pinggan makanan bersaiz normal. Anda boleh ambil protein atau serat untuk bahagian separuh dan karbohidrat untuk bahagian suku. Contohnya, seekor ikan bakar, sayur ulam-ulaman dan nasi putih segenggam. Elakkan makanan yang berminyak, diproses dan segera supaya badan dapat nutrisi secukupnya. Ada snek sihat anda boleh cubat amalkan seperti buah-buahan, telur rebus, kekacang dan sebagainya.

Mereka yang cenderung untuk mendapat penyakit jantung digalakkan memakan daging putih seperti daging ayam atau ikan dan elakkan terlalu kerap makan daging merah seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain.

3. Gaya hidup yang sihat

Kita digalakkan untuk amal gaya hidup sihat dengan lakukan aktiviti sihat seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga hingga lima hari seminggu. Jika anda selalu makan, baring dan tidur tanpa ada aktiviti melibatkan fizikal, anda lebih berisiko menghidap sakit jantung. Tak suka bersenam? Tukarlah sebagai beriadah bersama keluarga contohnya berjalan di taman, bawa anak bermain di taman permainan dan berbasikal bersama-sama keluarga di sekitar kawasan perumahan jugak merupakan satu aktiviti sihat.

Setiap individu dewasa yang sihat berumur daripada 18 hingga 65 tahun dinasihatkan melakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman selama lima hari seminggu atau berjalan 10,000 langkah sehari. Rasa macam mustahil? And cuba dulu dalam masa 20 hari dan rasakan perbezaan stamina anda. Bila cukup sebulan, anda akan terbiasa dengan gaya hidup sihat ini dan tak akan rasa susah untuk bersenam atau beriadah pada setiap hari.

Suka artikel ini? Baca di sini jika anda berminat untuk tahu mengenai penyakit jantung dalam kalangan wanita.

Author

Comments are closed.