fbpx
Banner

Mesti mommy baru lepas bersalin tertanya-tanya apa perlu dibuat selepas keluar dari wad bersama si manja tersayang.

lepas bersalin

First of all, tahniah kepada new mommies yang telah bertarung nyawa melahirkan cahaya mata, baru-baru ini. Pasti mommy berasa lega dan bahagia di samping bayi yang baru lahir.

Ada beberapa perkara mommy perlu lakukan jika sebelum ini anda membuat check up mengandung di Klinik Kesihatan (KK) atau Klinik Desa (KD). Biasanya, suami atau ahli keluarga terdekat boleh melakukan perkara-perkara ini kerana mommy memerlukan rehat yang banyak selepas menghabiskan tenaga semasa proses bersalin. Haa, alang-alang cakap pasal lepas bersalin, sebenarnya ada pantang tradisional yang sihat mommy boleh follow tau!

Tetapi, penulis tidak pasti jika mommy buat check up di klinik swasta dan bersalin hospital swasta perlu maklumkan kepada nurse di KK atau tidak. Mommy boleh tanya KK atau KD berdekatan rumah mommy untuk maklumat lanjut.

1. Perlu maklumkan kepada nurse di Klinik Kesihatan atau Klinik Desa berdekatan rumah anda.

lepas bersalin

Tahukah mommy, anda perlu maklumkan kepada nurse di Klinik Kesihatan atau Klinik Desa berdekatan rumah bahawa anda sudah selamat bersalin? Ini adalah kerana untuk memastikan mommy dan bayi berada di tahap kesihatan yang memuaskan. 

Jika tak larat, mommy boleh minta bantuan suami atau ahli keluarga lain untuk memaklumkan kepada nurse. Ini amat penting supaya nurse dapat memantau kesihatan mommy dengan lebih lanjut dan mengenalpasti jika mommy ada masalah kesihatan selepas bersalin. 

Nurse akan mengukur rahim mommy setiap hari untuk mengenalpasti rahim semakin mengecut atau tak selain mengambil tekanan darah dan memeriksa jahitan luka atau pembedahan.

Tahukah mommy, nurse akan datang ke rumah hampir setiap hari selama 10 hari. Selalunya mereka datang selang sehari dan sebagainya. Rujuk dengan nurse di Klinik Kesihatan terdekat dengan mommy untuk maklumat lanjut atau boleh baca di sini.

2. Nurse memeriksa tahap kesihatan ibu dan bayi untuk beberapa hari.

lepas bersalin

Bukan saja memeriksa kesihatan ibu, nurse juga akan memantau kesihatan bayi. Ia amat membantu terutama kepada first-time mommies kerana tiada pengalaman menjaga bayi baru lahir.

Jika bayi mommy mengalami jaundis, nurse juga boleh periksa tahap jaundis anak semakin baik atau sebaliknya. Selain itu, mommy boleh minta ajarkan cara menyusu bayi jika anak sukar ‘latch’.

3. Bawa bayi untuk mendapat suntikan vaksin.

lepas bersalin

Selepas bayi sudah genap sebulan, mommy atau daddy jangan pula lupa bawa si manja ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan oleh nurse KK atau KD. Suntikan vaksin bayi pulak bermula usia dua bulan. Jangan lupa bawa buku pink atau biru anak tau! Semua jenis vaksin, carta berat, tinggi, perkembangan dan tips untuk ibu bapa juga ada dalam buku pink (anak perempuan) atau buku biru (anak lelaki) anak.

4. Pergi temujanji hospital untuk doktor periksa tahap kesihatan mommy.

Walaupun sudah beberapa minggu mommy selamat bersalin, anda masih lagi ada temujanji hospital dengan doktor untuk memeriksa tahap kesihatan mommy selepas bersalin. Ini penting bagi memastikan kesihatan mommy dalam keadaan baik.

Doktor perlu memeriksa jika rahim sudah betul-betul kecut, perlu scan untuk pastikan tiada cebisan uri tertinggal dan sebagainya.

5. Pertimbang untuk menggunakan alat perancang kehamilan atau makan pil perancang kehamilan selepas bersalin.

lepas bersalin

Kebiasaannya, nurse akan tanya kepada mommy apa jenis alat perancang atau pil perancang kehamilan yang mommy mahu guna. Jika ada beberapa pilihan, mommy boleh tanya nurse untuk berjumpa doktor sebelum buat keputusan. 

Kenapa perlu makan atau pakai perancang kehamilan dengan segera? Ini kerana anda ‘amat subur’ dan potensi untuk hamil dalam masa terdekat amat tinggi. Jika anda seorang ibu menyusu, anda mungkin tidak mengalami haid pada jangka masa tertentu namun anda masih tetap subur. Ingat tu! Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai pil perancang kehamilan.

Rasa dihargai

Di antara kelima-lima perkara penting di atas, yang mana mommy rasa paling utama untuk mommy? Setiap individu mempunyai pendapat tersendiri kan, tetapi ini antara kelebihan fasiliti kesihatan untuk ibu bersalin yang mommy perlu tahu. Rasa macam dihargai dengan nurse yang sanggup datang ke rumah kita semata-mata mahu memeriksa kesihatan mommy dan bayi.

Selain tu, bagi ahli keluarga atau rakan terdekat, anda sebenarnya boleh bagi kata-kata positif kepada new parents semasa melawat mereka. Kadang-kadang kita tak sedar tercakap perkara sensitif yang boleh membuatkan new mommy terasa hati.

Suka baca info mengenai selepas bersalin? Mommy daddy boleh baca artikel-artikel mengenai berpantang di sini.

Author

Comments are closed.