fbpx
Banner

Hubungi Kami

Gaya Suri adalah platform yang membantu mommy dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang mommy. Kami bantu dalam dua cara:

  1. Marketplace pre-loved kami membantu mereka yang baru sahaja bergelar mommy mencari produk berkualiti – daripada pakaian mengandung sehingga pakaian bayi dan produk lain – dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal di kedai. Melahirkan anak ke dunia ini adalah satu anugerah yang sangat berharga, tetapi mommy daddy turut menanggung kos yang besar untuk membesarkan anak. Misi kami adalah untuk membantu kurangkan kos ini. Kami juga membantu mommy dengan memberi peluang menjana pendapatan sampingan dengan menjual pakaian terpakai mereka. Malah, wang yang mereka dapat boleh digunakan untuk keperluan lain.
  2. Portal dan media sosial kami bertujuan untuk memberi mommy maklumat terkini mengenai keibubapaan. Setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk membesar dan menyumbang kepada masyarakat, tidak kira latar belakang mereka. Kami ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan itu dengan membantu mommy membuat keputusan terbaik untuk anak-anak anda.

Hubungi kami melalui WhatsApp https://wa.me/601156260374