fbpx
Banner

Ada masalah kesihatan ke bila ibu hamil cirit birit ni? Baby okay ke dalam perut? Risau lah.

Cirit birit selalu berlaku semasa mommy hamil disebabkan oleh beberapa faktor. Bila dah sampai penghujung kehamilan, ada yang kerap berlaku cirit birit dan ramai mengatakan ia petanda mommy sudah hampir bersalin. Bagaimana jika cirit birit berlaku semasa awal dan pertengahan kehamilan?

Punca ibu hamil cirit birit

ibu hamil cirit birit
hellosehat.com

Menurut HelloDoktor, ibu hamil cirit birit berpunca daripada banyak sebab. Antaranya ialah keracunan makanan, virus dalam perut, pemakanan tak sihat, perubahan hormon, ubat-ubatan dan banyak lagi. Jangan ambil ringan mengenai cirit birit ya, ia boleh membuatkan mommy dehidrasi dan bahaya jika cirit birit semakin teruk.

Selain cirit birit, ibu hamil juga sering mengalami sembelit. Biasanya, doktor akan suruh mommy makan makanan berserat, minum air banyak dan kurangkan makanan pedas. Baca sini untuk maklumat lanjut mengenai sembelit semasa hamil.

Tanda-tanda cirit birit menurut MyHealth ialah:

  • Haus yang berlebihan
  • Mulut dan kulit kering
  • Kurang atau tiada air kencing
  • Air kencing berwarna gelap
  • Keletihan yang teruk
  • Pitam
  • Kulit menjadi gelap

Cara atasi

ibu hamil cirit birit
hellosehat.com

Ada beberapa cara ibu hamil cirit birit boleh buat untuk atasi masalah ini, antaranya ialah dengan menjaga pemakanan, banyakkan minum air kosong, senaman, elak kafein, produk tenusu, makanan berlemak tinggi dan sebagainya.

1. Jaga pemakanan

Perut ibu hamil agak sensitif dan mudah kena cirit birit jika salah makan. Seeloknya mommy jaga pemakanan dengan makan makanan sihat, lebihkan makanan bersup dan kurangkan makan pedas. Makan buah-buahan seperti pisang untuk kurangkan cirit birit.

2. Minum air kosong

Selain tu, mommy harus minum air kosong dengan kerap untuk elakkan badan dehidrasi. Bila ibu hamil cirit birit, badan akan mula kekurangan air dan perlu minum dengan lebih kerap.

3. Elak kafein, produk tenusu, makanan berlemak tinggi

Bila perut masih kurang sihat, mommy perlu elak ambil kafein, produk tenusu dan makanan berlemak tinggi supaya perut mudah hadam makanan dan mengurangkan cirit birit. Difahamkan, ibu hamil tak boleh makan ubat bila berlaku cirit birit kerana bahaya untuk bayi dalam kandungan. Disebabkan tu, mommy harus elak makanan yang boleh buat perut sakit.

Segera berjumpa doktor

ibu hamil cirit birit
cloudinary.com

Jika simptom cirit birit tak berkurangan, mommy segera berjumpa doktor tau. Agak bahaya jika mommy dehidrasi atau kekurangan nutrien dalam badan kerana mommy juga perlu bekalkan nutrien lengkap untuk bayi dalam kandungan. Kalau selalu rasa nak pitam, mommy mungkin alami kurang HB (hemoglobin).

Suka artikel ini? Mommy baca sini untuk tips kehamilan.

Author

Comments are closed.