fbpx
Banner

Ramai yang tercari-cari maksud TTC yang sebenar di carian internet untuk mengetahui maklumat mengenai TTC.

Perkataan TTC diambil dari singkatan Trying To Conceive yang bermaksud sedang cuba untuk hamil. Bagi pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin pastinya teringin untuk memiliki zuriat sendiri. Bermacam usaha sudah dilakukan tetapi buntu kerana tidak berjaya kadangkala membuatkan TTCians give up. Ada yang berjaya TTC selepas 6 tahun berusaha, ini kisah pejuang dua garis biru anda boleh jadikan pembakar semangat.

maksud TTC

Bagi pasangan yang baru kahwin pula, ada yang terus mahu menimang cahaya mata tetapi mengalami kesukaran kerana kurang ilmu mengenai TTC. Ada pasangan murah rezeki dengan mudah hamil walaupun baru berkahwin, manakala ada juga pasangan yang sedang struggle untuk mendapatkan anak. Selain makanan, anda boleh cuba dapatkan rawatan kesuburan jika mahu cara berbeza untuk TTC.

Jika anda baru mula TTC, bolehlah bermula dengan jaga pemakanan. Makan secara sihat bukan saja mempunyai peratus tinggi untuk subur, tapi secara tak langsung membantu kesihatan anda menjadi lebih bagus. Makanan yang sihat membuatkan anda berasa lebih gembira dan tenang.

Makanan sihat untuk TTC

Ada beberapa jenis makanan sihat yang mudah didapati dan murah, cuma kita saja yang tak tahu. Mengawal kuantiti makanan juga membantu anda mengawal berat badan seterusnya mengurangkan penyakit berbahaya seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Menurut Perunding Sakit Puan Metro IVF, Dr Ahmad Zhariff Hussein di Harian Metro, tiada kajian kukuh yang membuktikan setiap variasi makanan dan pengkhususan diet seperti sayur-sayuran, makanan rendah lemak dan yang diperkaya dengan vitamin atau antioksidan mampu meningkatkan tahap kesuburan.

“Namun ada juga kajian mendapati bahawa nutrien dan pemakanan dalam amalan diet harian mampu mengoptimumkan kesuburan ketika tempoh prakehamilan,” jelasnya.

Kenapa perlu makan makanan sihat? Ini kerana makanan yang sihat akan menghasilkan tisu dan sel telur lelaki dan wanita yang sihat serta berkualiti.

Sayur-sayuran

maksud TTC

Sayuran hijau merupakan komponen penting dalam satu hidangan lengkap makanan. Menurut Pakar Kesuburan Metro IVF Melaka, Dr Pravin Peraba di laman sosial Facebook, sayuran seperti sawi, lettuce dan kale boleh dijadikan sayur pilihan utama untuk makan tengahari. Bayam dan brokoli juga bagus untuk TTCians kerana kaya dengan zat besi yang meningkatkan kualiti benih wanita (oocyte).

Golongan lelaki disarankan untuk makan sayuran lebih kerana ia mampu meningkatkan kualiti sperma dan pergerakan sperma. Jika sebelum ini anda tak suka sayur, cubalah makan sayur hari ini sehingga sebulan. Mesti kesihatan anda bertambah baik. Banyak rupanya kebaikan makan sayur ni!

Buah-buahan

maksud TTC

Pisang dan kurma kaya dengan selenium yang membantu dalam penghasilan sperma berkualiti selain bertindak sebagai antioksidan. Buah oren juga bagus untuk badan kerana ia kaya dengan vitamin C. Malah, ada banyak buah-buahan lain anda boleh amalkan setiap hari untuk sihat selain meningkatkan kesuburan.

Protein bersih

maksud TTC

Protein bersih bermaksud makanan berasaskan protein tanpa lemak yang membahayakan kesihatan. Antara contoh protein bersih adalah daging berwarna putih seperti ayam bahagian dada, ikan atau boleh cuba makan tauhu jika anda seorang vegetarian. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang mempunyai sumber protein tumbuh-tumbuhan yang tinggi berbanding haiwan dapat meningkatkan kadar ovulasi untuk wanita, menurut Dr Ahmad Zhariff Hussein lagi.

Lemak sihat

maksud TTC

Buah seperti avokado memberi banyak kebaikan kepada badan berbanding makanan segera kerana avokado mempunyai lemak sihat. Selain itu, anda boleh amalkan minyak zaitun dan bijirin kerana ia mempunyai lemak tidak tepu. Golongan lelaki boleh cuba diet Omega-3 seperti minyak sayur-sayuran, kacang dan ikan berminyak supaya dapat meningkatkan kualiti dan pergerakan sperma.

Kekacang

maksud TTC

Kekacang merupakan snek sihat yang boleh dimakan bila-bila masa jika anda terasa ingin mengunyah. Kekacang sihat seperti almond, pumpkin seeds dan sunflower seeds mempunyai vitamin E yang membantu meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Lepas ni bolehlah makan kekacang tanpa rasa bersalah! Hehe.

Selain makanan sihat, perlu diingatkan gaya hidup sihat juga membantu golongan TTC untuk berjaya hamil kerana mental dan fizikal anda sihat. Sentiasa fikir positif dan hidup dengan gembira walaupun anda sedang TTC. In Shaa Allah, berkat usaha kita mungkin ada rezeki anak tak lama lagi. Amin.

Mahu baca artikel-artikel suka duka dan tips kehamilan? Baca sini.

Author

Comments are closed.