fbpx
Banner

Perjalanan mendapatkan anak bagi pasangan suami isteri yang sedang trying to conceive (TTC) atau mencuba untuk hamil bukanlah mudah.

Hanya mereka yang melaluinya saja akan faham perasaan dikurniakan cahaya mata selepas berbulan atau bertahun mencuba.

TTC

Sesetengah pasangan TTC ada yang menetapkan tempoh tertentu untuk memulakan TTC journey selepas beberapa tahun berkahwin atas faktor belum habis belajar, praktikal, pasangan jarak jauh (PJJ) dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ada di antara golongan TTC yang bersedia untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin namun menghadapi dugaan sebelum bergelar ibu bapa. Perjalanan yang penuh emosi, suka duka dan pelbagai dugaan menjadikan ia satu perjalanan yang paling bermakna dalam hidup.

Usaha untuk hamil

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan sendiri oleh TTCians seperti:

TTC

Ovulation Predictor Kit (OPK) – Alat mengesan tempoh subur/ovulasi anda. Jika keputusan double line, maksudnya anda sedang subur.

TTC

Body Basal Temperature (BBT) – Rekod suhu badan setiap hari pada waktu yang sama, suhu tinggi bermakna anda sedang ovulasi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh muatnaik aplikasi Fertility Friend di telefon pintar anda. Kaedah ini memerlukan pemahaman yang lebih terperinci.

TTC

Pemakanan – Amalkan pemakanan sihat dan elakkan makanan segera, fast food dan makanan diproses. Ada juga yang mengamalkan makan madu dan minum jus buah zuriat sebagai salah satu ikhtiar untuk TTC. Ada beberapa jenis makanan sihat membantu kesuburan suami isteri tau.

Kisahku: Perjalanan TTC sebelum dikurniakan “Pemberian Allah”

TTC

Seorang wanita yang mempunyai pengalaman TTC sehingga berjaya, Hazreen Zulaika Abd Malek, berkongsi pengalaman perjalanan TTC beliau bersama pasangan untuk dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri di luar sana:

Eyqa memang dah berniat bila sampai masanya nanti Eyqa nak share tentang perjalanan kami suami isteri sebagai pasangan TTC (Try To Conceive) selama hampir 6 tahun. Dan inilah masanya. Dikuatkan lagi dengan doctor sendiri yang minta Eyqa share tentang perjalanan usaha kami suami isteri untuk dijadikan panduan kepada pasangan di luar sana.

Eyqa pendekkan kisah. Tahun kedua perkahwinan kami dah mula ikhtiar dengan pelbagai kaedah. Berurut, perubatan islam (Eyqa alami gangguan mistik). Eyqa berat untuk lakukan ujian kesuburan. Alhamdulillah, selepas selesai satu kaedah. Badan dah sihat. Ikhtiar sndiri masih Allah belum izinkan. Masuk tahun keempat dan kelima kami mula fokus untuk kaedah moden.

Setelah menjalankan beberapa ujian yang wajib dijalankan (sperm test, HSG, cek telur matang atau tak) doktor dah dapat detect apa masalah kami.

TTC

Kemudian dengan beberapa jenis prosedur, ubat, suntikan, masalah kami dapat dirawat dan kami terus lakukan prosedur iui. Doktor bagi kami pilihan untuk balik dan bersama secara semulajadi kerana kami sudah tidak ada masalah.

Tapi suami taknak ambik risiko dan buang masa, kami decide untuk jalankan prosedur IUI.

Kenapa kami pilih buat IUI sedangkan boleh buat sendiri?

Untuk pengetahuan, prosedur IUI dapat membantu memendekkan perjalanan sperma untuk sampai kepada ovum. Sebelum tu, sperma yang berkualiti sahaja yang akan dipilih utk disuntik masuk ke dalam vagina.

Masa ni tak fikir apa dah, apa je cara yang ada kami cuba je semua.

Ilmu ni semua apa yang disampaikan oleh doktor, kami cuma kongsikan kepada anda semua.

Jangan buang masa

Agak buang masa yang sangat lama dek kerana Eyqa yang tangguh-tangguhkan untuk check kesuburan…

Padahal hanya masalah telur tak matang sahaja, dan hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk dirawat.

Cuba bayangkan kalau Allah tak gerakkan hati kami untuk pergi check? Berapa banyak masa lagi yang kami akan bazirkan?

TTC

Pesan Eyqa pada pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat… JANGAN BUANG MASA. 2 Tahun keatas usia perkahwinan, anda dah boleh buat pemeriksaan kesuburan. Ya! Memang rezeki Allah bagi…

Tapi melalui USAHA kita juga. Semestinya BANYAK RANJAU DURI sepanjang kami berusaha untuk mendapatkan PEMBERIAN ALLAH (Nur Mikayla Medina Binti Mohd Farhan) ini… Tapi cukuplah kami simpan untuk kisah pahit manis kami….

Eyqa share apa yg perlu anda tahu. Supaya dapat beri semangat pada yang senasib dengan kami satu masa dulu…. Allah pandang setiap usaha.

Ujian kesuburan

TTC

Bagi pasangan yang baru plan untuk TTC, anda disarankan untuk berjumpa doktor dan membuat ujian kesuburan seperti yang disarankan oleh doktor untuk mengetahui punca kepada masalah anda. Antara kaedah-kaedah ujian kesuburan yang anda boleh buat (mengikut saranan doktor) ialah:

Ujian pangkal rahim (pap smear) – Ujian saringan untuk memeriksa sel-sel di pangkal Rahim (serviks) anda. Kemudian, sel-sel tersebut akan diambil dan diperiksa untuk mengesan sebarang pertumbuhan tidak normal.

Ujian hormon darah – Untuk mengesan bila ovulasi bermula. Ia dilakukan dengan mengukur tahap progesteron dalam sampel darah yang diambil tujuh hari sebelum haid seterusnya.

Imbasan ultrabunyi – Untuk mengikuti perkembangan saiz folikel. Proses ini juga dinamakan sebagai imbasan folikel (follicle scan). Ia bertujuan untuk mengenalpasti ovulasi serta untuk menentukan jika folikel sudah pecah dan mengeluarkan telur.

Hysterosalpingogram (HSG) – X-ray untuk memeriksa tiub fallopian untuk melihat sama ada pengaliran kontras melalui saluran fallopian bagi memastikan ia tidak tersumbat.

Laparaskopi – Satu pembedahan kecil menggunakan teropong (laparoscope) melalui abdomen kemudian pewarna disuntik melalui serviks untuk memeriksa tiub tersumbat.

Hysteroskopi – Teleskop teropong untuk melihat rahim dan memeriksa keadaan seperti fibroid atau polip.

Analisa air mani (sperm test) – Untuk memeriksa rupa, bentuk, bilangan dan kualiti sperma. Suami dilarang mengeluarkan air mani sekurang-kurangnya sehari dan tidak melebihi 7 hari.

Doktor pakar sakit puan

Jika anda sedang mencari doktor pakar sakit puan (Pakar Obstetrik dan Ginekologi) yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, anda boleh cuba hubungi:

Doktor Hamid Arshat (Klinik Dr Hamid Arshat, Jalan Klang Lama)

Issues on fertility care, gynecological problems, pregnancy care, women health and family counselling

Doktor Thokha Muhammad (Regency Specialist Hospital, Johor)

Special interest in In-Vitro Fertilization (IVF)

Kesimpulan

Kesimpulannya, mungkin ada hikmah dan perancangan lebih baik daripada Yang Maha Esa untuk anda. Bersabar dan jangan cepat mengalah walaupun bertahun lamanya anda menanti kehadiran “penghuni rahim” anda. Ujian setiap manusia berbeza, tetapi apa yang sama ialah usaha kita menghadapi ujian hidup. Semoga ada berita baik untuk golongan TTCians tak lama lagi. Fighting!

Anda sedang TTC? Baca info mengenai TTC di sini. Mahu buat ujian kesuburan tapi tak tahu jenis-jenis ujian? Boleh klik sini.

Author

Comments are closed.