fbpx
Banner

Ada banyak tempat menarik bawa anak bercuti yang sesuai dengan bajet serendah RM50. Nak tau kat mana?

Musim cuti sekolah sudah tiba, mommy daddy pasti ketandusan idea nak bawa anak bercuti ke mana pula kali ni. Baru mula tahun baru, bajet bercuti jugak terhad dan perlu berhati-hati berbelanja kerana anak bakal mula bersekolah semula pada bulan Mac nanti. Kalau mommy mahu berehat di rumah, ada beberapa aktiviti belajar sambil bermain boleh dilakukan bersama anak.

Jangan risau, ada beberapa lokasi menarik boleh bawa seisi keluarga bercuti harga bawah RM100 dan RM50. Murahnya! Kat mana boleh bercuti murah macam ni?

Pantai Morib, Banting

tempat menarik bawa anak bercuti
myloview.com

Jika mommy daddy suka laut atau pantai, anda boleh rancang perjalanan ke Pantai Morib dan cuba aktiviti yang ada di sekitar pantai seperti bermain layang-layang, makan makanan laut di kedai tepi pantai dan sebagainya.

Bukan itu saja, mommy daddy boleh berkelah di tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah. Anak-anak mesti suka main pasir dan berenang di tepian pantai bersama adik, abang dan kakak. Mommy boleh beli mainan bawah RM5 untuk dibawa bersama ke pantai. Mungkin anak-anak lebih gembira dapat mandi pantai sambil main toys.

Farm in the City, Seri Kembangan

tempat menarik bawa anak bercuti
jomjalan.com.my

Anak-anak sukakan haiwan? Jom bawa anak pergi ke Farm in the City untuk melihat haiwan-haiwan dengan lebih dekat. Ada sesetengah haiwan yang dilepaskan dalam kawasan Farm in the City sambil diawasi penjaga haiwan. Anda boleh pegang dan berinteraksi dengan haiwan secara langsung dan boleh beri mereka makan. Syok kan?

Kanak-kanak: RM32 (bawah 11 tahun) Dewasa: RM39 Warga emas: RM32 (atas 60 tahun)

Muzium Coklat, Kota Damansara

tempat menarik bawa anak bercuti
jomjalan.com.my

Kanak-kanak dan coklat tak dapat dipisahkan. Lagipun, siapa yang tak suka makan coklat, kan? 😉 Bawa anak-anak nikmati pengalaman melihat cara pemprosesan coklat di Muzium coklat yang terletak di Kota Damansara ini. Bukan dapat tengok saja, malah anda boleh rasa coklat yang dihasilkan fresh from the oven. Boleh bayangkan betapa sedapnya coklat baru siap diproses.

Selain tu, anda boleh tahu sedikit sejarah mengenai koko pada zaman dulu. Dapat belajar sejarah koko, lihat coklat diproses dan boleh makan coklat pada masa yang sama. Satu pengalaman yang berbaloi! Untuk makluman, tiada bayaran tiket dikenakan di muzium coklat ini.

“Eagle feeding” Pasir Penambang, Kuala Selangor

tempat menarik bawa anak bercuti
klook.com

Mommy daddy tak perlu ke Pulau Langkawi untuk melihat dan memberi makan burung Helang. Hanya perlu ke Pasir Penambang, Kuala Selangor, anda sekeluarga boleh cuba aktiviti “eagle feeding” dengan menaiki bot ke lokasi pilihan burung Helang. Mesti anak-anak teruja dapat lihat burung Helang dengan lebih dekat. Jangan lupa ambil gambar kenangan bersama burung Helang!

Kanak-kanak: RM15 Dewasa: RM25

SnoWalk i-City, Shah Alam

tempat menarik bawa anak bercuti
santaisini.com

Mahu anak rasai pengalaman bermain salji seperti di negara musim sejuk? Mommy daddy boleh bawa anak-anak ke sini dan pastinya ia menjadi pengalaman berharga dalam hidup mereka. Untuk pengetahuan anda, SnoWalk ini merupakan salji indoor yang pertama di Malaysia tau! Suhu di sini sentiasa lima darjah celsius. Sejuknya! Jangan lupa pakai jaket tebal bila datang ke sini.

Kanak-kanak: RM55 Dewasa: RM65

Kidzania

tempat menarik bawa anak bercuti
klook.com

Anak mahu mencuba alam dewasa dengan bekerja dalam bidang diminati? Inilah masanya mommy daddy bawa anak-anak ke sini untuk cuba sendiri menjadi seorang dewasa. Mereka boleh pilih pekerjaan idaman dan cuba bekerja untuk dapatkan gaji dalam matawang Kidzo serta boleh gunakan matawang tersebut dalam Kidzania. Difahamkan, anda boleh guna matawang itu untuk shopping atau bayar aktiviti yang ada ditawarkan di sana.

Menurut Kidzania, ada banyak jenis pekerjaan ditawarkan seperti cef, anggota polis, doktor, doktor gigi, optometrist, DJ radio, pengacara televisyen, doktor haiwan, juruterbang, barista dan banyak lagi. Mesti anak-anak suka dan jadikan ia satu pengalaman berharga dalam memilih bidang pekerjaan bila sudah dewasa nanti.

Kanak-kanak: 0-1 tahun percuma, 2-3 tahun RM36-RM48, 4-17 tahun RM70-RM100 Dewasa: RM43-RM61 Warga emas: 61 tahun ke atas percuma

Nak tahu tempat menarik bawa anak bercuti? Mommy daddy boleh baca sini.

Author

Comments are closed.