fbpx
Banner

Kebanyakan ibu bapa pasti berasa teruja untuk memberi bayi anda makan selepas mereka genap enam bulan, kan?

Selepas penyusuan secara eksklusif selama enam bulan sejak lahir, akhirnya bayi anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal. Sebelum anda mula memberi bayi anda makan, jangan lupa membuat kajian mengenai makanan apa yang boleh dimakan bayi mengikut umur mereka.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis makanan yang tidak sesuai diberikan kepada bayi berumur bawah satu tahun atas beberapa sebab. Antara lima jenis makanan tak sesuai diberikan adalah:

  1. Makanan Kenyal atau Keras

Bukan sahaja berbahaya kepada bayi, ia juga bahaya kepada kanak-kanak kerana makanan kenyal atau keras seperti bertih jagung (popcorn) boleh menyebabkan si manja anda tercekik.

2. Sayur Mentah

Untuk pengetahuan anda, sayur mentah seperti lobak merah mampu membuatkan anak anda tersedak selain berpotensi untuk tercekik kerana teksturnya lebih keras dan susah untuk dikunyah.

3. Kekacang

Sebenarnya, kekacang adalah makanan berbahaya untuk kanak-kanak bawah umur empat tahun kerana anak anda berisiko tercekik semasa makan.

4. Madu

Madu dilarang sama sekali untuk diberikan kepada bayi berumur bawah satu tahun kerana ia mengandungi bakteria bahaya kepada bayi.

5. Kafein

Kafein sememangnya tidak sesuai diberikan kepada bayi mahupun kanak-kanak tidak kira sama ada teh, kopi atau soda. Banyak keburukan mengenai pengambilan kafein terhadap kanak-kanak seperti kekurangan kalsium, dehidrasi, ketagihan, masalah jantung, hiperaktif dan sebagainya.

Kepada first-time parents, banyakkan membaca dan buat kajian mengenai pemakanan anak mengikut umur yang sesuai sebelum anda memperkenalkan makanan baru kepada mereka.

Author

Comments are closed.