fbpx
Banner

Banyak ciri-ciri penting perlu dititikberatkan sebelum menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak.

Bukan mudah untuk mommy daddy memberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjaga anak yang “ditatang bagai minyak yang penuh” kepada orang lain.

pusat jagaan kanak-kanak

Kita sedia maklum bahawa banyak kisah kurang enak sering berlaku sejak beberapa tahun lepas tidak kira sama ada di tadika, taska ataupun di rumah pengasuh. Ini membuatkan mommy daddy takut untuk hantar anak tetapi mereka tiada pilihan lain kerana kedua-duanya bekerja dan tiada orang lain yang boleh menjaga anak mereka.

Beberapa isu timbul mengenai taska, tadika atau pengasuh seperti tahap keselamatan, kebersihan dan kelayakan cikgu atau pengasuh.

Selidik latar belakang pusat jagaan/pengasuh

pusat jagaan kanak-kanak

Jika mommy tiada pengalaman menghantar anak ke tempat jagaan, ini ciri paling utama mommy perlu lakukan pada peringkat awal. Cari maklumat secara online mengenai tempat tersebut supaya mommy dapat mengenalpasti latar belakang, dapat baca feedback daripada mommy daddy lain serta berapa lama tempoh mereka beroperasi.

Ia bagi memastikan anak mommy dijaga dengan elok semasa ketiadaan anda. Dari situ kita boleh lihat bagaimana cara mereka melayan kanak-kanak serta bilangan kanak-kanak dalam jagaan mereka.

Selidik latar belakang tenaga pengajar

pusat jagaan kanak-kanak

Menjaga kanak-kanak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ini penting untuk pastikan guru pandai mengawal perasaan semasa mengajar serta mampu mengawal kanak-kanak dalam jagaan mereka. Mommy daddy perlu ambil tahu nama, umur, pengalaman kerja dan tahap pendidikan bagi memastikan mereka sudah terlatih sebelum menjadi cikgu.

Namun, bagi pengasuh pula, mommy boleh selidik pengalaman pengasuh menjaga anak kecil untuk ketahui mereka mahir menjaga anak kecil terutama bayi tanpa pengawasan ibu bapa.

Semak lesen beroperasi

Pusat jagaan kanak-kanak perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika mereka mahu beroperasi di negara ini.

pusat jagaan kanak-kanak

Menurut laman web JKM, Jika mana-mana TASKA tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Peraturan-Peraturan TASKA (Pengkompaunan Kesalahan) 2011, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

  • Kompaun maksimum RM5,000.00 bagi setiap kesalahan.
  • Pembatalan Pendaftaran.
  • Arahan TASKA ditutup sementara.
  • Lak (seal).
  • Pendakwaan dan jika sabit kesalahan boleh :
    1. didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya;
    2. bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM 20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Seterusnya, minta kebenaran pihak berkenaan untuk melihat salinan sijil lesen beroperasi dan periksa tempoh sah lesen supaya anda tahu tempoh terbaru lesen pusat jagaan tersebut. Malah, anda juga boleh cuba bertanya beberapa soalan seperti kekerapan JKM datang buat pemeriksaan di pusat jagaan berkenaan.

Adakah suasana persekitaran selamat untuk anak?

pusat jagaan kanak-kanak

Antara sebab kita mahu hantar anak ke pusat jagaan adalah kerana kita percaya anak akan selamat berada di sana selama kita bekerja. Persekitaran yang selamat membuatkan mommy daddy lebih percaya untuk menghantar anak. Pastikan pusat jagaan itu mempunyai kamera litar tertutup untuk rujukan anda jika berlaku perkara tidak diingini terhadap anak anda.

Seeloknya cuba buat temujanji dan lihat sendiri suasana persekitaran luar dan dalam tempat tersebut sebelum hantar anak. Gambar dalam media sosial mungkin berbeza atas faktor-faktor tertentu. Mommy daddy juga lebih berpuas hati jika dapat lihat persekitaran depan mata sendiri, kan?

Adakah ia pilihan terbaik untuk anak anda?

pusat jagaan kanak-kanak

Walaupun tempat yang mommy pilih itu terbaik dan selamat untuk si manja anda, banyak faktor lain mempengaruhi keselesaan anak di sana. Adakah ia membantu perkembangan fizikal dan mental anak? Jika ya, mommy harus yakin dengan keputusan mommy.

Jika tak yakin dengan makanan yang disediakan, mommy boleh buat bekal makanan dan letak dalam beg anak sebelum hantar ke pusat jagaan.

Sesetengah kanak-kanak mengambil masa lama untuk sesuaikan diri di tempat baru. Jika mereka menangis dan tidak selesa apabila berada di tempat lain selain rumah, cuba hantar anak dalam tempoh seminggu awal untuk dia sesuaikan diri bersama rakan-rakan dan guru. Jangan lupa untuk cium dan peluk anak sebelum hantar mereka.

Mommy boleh baca tips persiapan sebelum berjauhan dengan anak walaupun dalam tempoh yang sekejap. Ini penting supaya anak boleh bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk melalui rutin harian berbeza tak lama lagi.

Waktu operasi

pusat jagaan kanak-kanak

Tempoh waktu operasi haruslah selari dengan waktu bekerja anda. Jika anda bekerja mengikut waktu syif, bincang dahulu dengan pengetua atau pengasuh untuk tentukan waktu penjagaan anak anda. Tempoh jagaan juga perlu bersesuaian dengan bayaran dikenakan.

Ciri-ciri di atas amat penting kerana anda meletakkan kepercayaan kepada orang lain bagi menjaga si manja anda. Cuba kita fikirkan, andai anak yang tersayang tidak dijaga dengan betul. Paling teruk, didera semasa dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.

Luluh hati ibu bapa bila anak dipukul tanpa belas kasihan. Malah, ada kes kanak-kanak didera sehingga meninggal dunia. Beberapa kisah dera di pusat jagaan pernah tular dalam negara ini sehingga membuatkan ibu bapa takut untuk menghantar anak.

Antara kes dera yang mendapat perhatian warga laman sosial ialah pengasuh simpan mayat bayi tersedak susu, anak terlalu hiperaktif punca didera, guru tadika campak kanak-kanak, pengasuh taska didakwa dera kanak-kanak dan banyak lagi.

pusat jagaan kanak-kanak

Jika mommy berpuas hati dengan kajian dilakukan mengenai pusat jagaan yang sesuai, barulah hantar anak ke tempat tersebut. Jangan ambil mudah perkara ini kerana ia melibatkan nyawa yang tersayang. 

Baru bergelar mommy daddy? Baca info mengenai anak di sini untuk tambah ilmu parenting.

Author

Comments are closed.