fbpx
Banner

Lauk kurma ayam yang lengkap nutrisi makanan jadi pilihan mommy yang perlu masak dengan cepat. Boleh cuba beri makan untuk bayi seawal tujuh bulan.

Antara banyak masakan rempah yang ada, rempah kurma ayam paling tak pedas dan menjadi kegemaran kanak-kanak. Mungkin kerana rasa rempahnya jugak agak mild tetapi berlemak jika ditambah santan atau susu full cream. Mommy pernah cuba masak kurma ayam untuk si manja?

Resepi kurma ayam mudah:

Resepi kurma ayam baby-friendly

@gayasurimy Lepas ni lauk kurma ayam jadi favourite si manja! 😍 Tak pedas macam kari dan rempah pun wangiii. Bahan: Ayam Kentang Susu full cream / santan Carrot Tomato Pak choy 1-2 ts rempah kurma 1 tb bawang merah dan putih (dikisar) #fyp #fypシ #foryoupage #gayasuri #babyfoodrecipes #resepikurmaayam ♬ Hari Raya – IamNeeta & Najwa Latif & Mimie Haris & Deanna Hussin

Ada banyak versi resepi kurma ayam untuk bayi sebenarnya, tetapi kami kongsikan resepi yang paling cepat dan kurang bahan masakan supaya dapat sesuaikan dengan mommy. Boleh tambah bahan masakan lain jika mommy ada selain daripada apa yang kami senaraikan kat bawah ni tau.

Bahan-bahan:

Ayam
Kentang
Susu full cream / santan
Carrot
Tomato
Pak choy
1-2 ts rempah kurma
1 tb bawang merah dan putih (dikisar)

Cara masak:

  • Tumis bawang merah dan putih.
  • Masukkan rempah kurma ayam yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air.
  • Masukkan isi ayam, kentang dan carrot.
  • Bila kentang dan carrot dah lembut, masukkan sayur berdaun seperti pak choy.
  • Masukkan tomato.
  • Tunggu sehingga mendidih dan semua bahan masak.
  • Siap!

Si manja baru berusia tujuh bulan? Mommy boleh cuba resepi-resepi sesuai untuk bayi berusia tujuh bulan.

Author

Comments are closed.