fbpx
Banner
Author

puteriy

Browsing

Anak saya Adeena, berusia hampir 4 tahun, seringkali mendapat perhatian rakan- rakan dan ahli keluarga lain kerana gemar makan sayur. Tidak seperti kakak dan abangnya, Adeena berani mencuba pelbagai jenis sayur dan berani saya katakan, kebanyakan yang dicuba, memang akan digemari dan boleh diulang makan dengan mudah.

Ramai orang memuji tabiat makan Adeena, dan mereka menyangka saya mempunyai sistem atau cara yang tertentu bagi memastikan Adeena suka makan sayur setiap hari.

Terus terang saya katakan, saya tidak ada cara yang spesifik melatih anak makan sayur, namun apabila saya fikir dan kaji semula, mungkin 5 perkara di bawah ini banyak mempengaruhi tabiat makan sayur Adeena.

Secara ringkasan: 

  1. Tidak bermula dengan makanan pejal dengan serta-merta
  2. Bermula dengan makanan tidak manis dahulu
  3. Makan bersama-sama tidak memaksa anak makan sayur
  4. Cipta rasa ingin tahu secara santai dalam suasana menyeronokkan
  5. Perkenalkan sayur baru, seperti dalam lawatan ke pasar raya

Beberapa bulan kebelakangan ini, sekurang- kurangnya lima orang kenalan dan ahli keluarga saya menyambut cahaya mata baru. Oh betapa ia mengusik naluri keibuan saya.  Terbau-bau enaknya mencium kulit halus bayi baru lahir dan menyiapkan pakaian comel yang dipilih setiap hari untuk insan istimewa ini.

Namun, apabila saya fikirkan semula, saya termenung panjang apabila menyedari bahawa kenangan manis melahirkan ketiga- tiga bayi saya hanya terhad kepada satu atau dua perkara sahaja! Apa yang disimpan di dalam memori saya sebagai seorang ibu rupanya sangat terhad dan saya memilih untuk ingat apa yang saya mahu ingat sahaja. 

Umat Islam seluruh dunia sedang menyambut Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Bagi penganut agama Islam, puasa memberikan hikmah kesihatan yang hebat apabila tubuh diberi peluang untuk berehat selama 30 hari daripada rutin makan dan minum yang berlebihan.

Namun, bagi kita di Malaysia bulan ini 30 hari bagaikan pesta tetapi PESTA MAKANAN! Sungguh ironik apabila bulan puasa juga merupakan bulan kita makan dengan lebih banyak dan dijamu juadah yang lebih istimewa dan melimpah ruah.

Sempena Hari Kanser Sedunia tahun ini, tahukah anda, anggaran kematian akibat kanser di hospital- hospital kerajaan di seluruh Malaysia, meningkat sebanyak 50 peratus sejak tahun 1996?

Perbandingan selama 20 tahun (1996 sehingga 2016) mendapati, kematian akibat kanser hanya pada 8.9% pada tahun 1996, melonjak kepada 13.6% pada tahun 2016. Statistik pada tahun 2016 mendapati, kanser adalah punca kematian ketiga tertinggi di hospital kerajaan di seluruh Malaysia.

Diet seimbang untuk anak- anak sememangnya menjadi agenda penting bagi ibu dan bapa. Apabila tiba saja tempoh usia anak sudah boleh menikmati makanan pejal, ibubapa kebiasaannya akan berusaha mencari idea makanan terbaik untuk zuriat tercinta.

Baby Romper Special Sales

Antara faktor yang diambil kira  dalam menyediakan makanan anak- anak termasuklah zat makanan yang lengkap, kebersihan, kesegaran dan yang paling penting digemari oleh anak- anak.

Selain menu makanan utama seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam, penyediaan snek juga membantu anak- anak kenyang dan mendapat zat dan tenaga yang diperlukan sepanjang hari.