fbpx
Banner
Author

Editor

Browsing

Amalan menggendong bayi (babywearing) bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Walaupun ia sesuatu yang kerap dipraktikkan pada masa dahulu , ia semakin meraih populariti di kalangan ibubapa moden yang memilih keibubapaan alami atau “natural parenting” dalam membesarkan anak mereka.

Kredit foto : Facebook Dr Izam Suziani

Benar, “babywearing” apabila dibuat menggunakan alatan gendong yang ergonomik berserta cara yang betul boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada penggendong dan bayi.

Kanak-kanak sememangnya gemar dan selesa dengan air, termasuklah bayi yang masih belum pandai merangkak. Kelas renang berkumpulan untuk bayi dan kanak-kanak adalah salah satu cara bersosial yang menyeronokkan, membantu membina keyakinan diri dan yang paling penting, mengajar mereka asas keselamatan dalam air.

Ibubapa seharusnya lebih berhati-hati apabila anak-anak bermain dengan air, walaupun hanya ketika waktu mandi. Jika anak anda sukakan air atau mungkin sukakan kelas renang secara berkumpulan, kami ada beberapa cadangan sekolah renang yang sesuai untuk mereka.

Note : Secara amnya, tempoh kelas adalah selama 30 minit dan memerlukan kehadiran seorang ibu, bapa atau penjaga sekiranya anak di bawah umur 3 tahun.

Anak-anak semakin membesar dan anda terfikir untuk kembali bekerja. Tetapi entah kenapa, gambaran kehidupan berkerjaya itu tiba-tiba menimbulkan debaran. Jangan risau, anda tidak bersendirian. Ramai suri rumah mendapati, kembali bekerja selepas beberapa tahun ‘bercuti’ adalah sesuatu yang sangat mencabar. Kami mendapatkan pandangan beberapa wanita besi yang menjadi idola kami, untuk mengetahui bagaimana mereka melakukannya selepas beberapa tahun meninggalkan dunia pekerjaan.

Sebelum bergelar ibu, kebanyakan dari kita tidak pernah terfikir untuk mengorbankan masa bersiap dan bersolek. Dengan penuh keyakinan, kita berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi ibu yang “chic” dan bergaya yang sentiasa dapat memenuhi feed Instagram dengan OOTD stailo dan kening yang sentiasa terlukis rapi. Namun, setelah masa itu tiba, ternyata hakikatnya ia adalah suatu cabaran.

Ketika mula-mula menjadi ibu, saya akui saya pernah tidak mandi dan keluar dari rumah dengan wajah yang pucat tanpa sebarang solekan. Namun lama kelamaan saya menyedari bahawa mandi dan sedikit sentuhan solekan asas adalah keperluan paling minimum untuk saya kekal berkeyakinan. Ia sangat membantu saya merasa lebih menarik, yakin dan diperkasa.

Di sini saya ingin berkongsi rutin solekan 5-minit yang boleh membantu menambah keyakinan seorang ibu yang sibuk, dengan usaha yang minimal!

Apabila bidan-bidan terlatih di Hospital Assunta melihat parut Caesarian saya dan kelihatan terkejut kerana saya ingin mencuba bersalin secara normal, hati ini mula resah.

Doktor saya sebenarnya telah memberi keyakinan, walaupun saya bersalin melalui pembedahan kurang dua tahun lalu (kerana kedudukan anak yang songsang dan kehadiran dua ketumbuhan fibroid yang perlu dikeluarkan selepas bersalin), kali ini, saya mempunyai 90% peluang untuk melahirkan bayi secara normal.

90% kedengarannya cukup baik. Tetapi hakikatnya, saya tidak pernah mengenali sesiapa yang berjaya bersalin dengan dua cara yang berbeza. Jadi, bila bidan yang sangat berpengalaman itu nampak terkejut, saya mula panik.

Semenjak bergelar seorang ibu, hati saya sentiasa kerunsingan. Mungkin perasaan ini datang bersama pakej menjadi seorang ibu. Walaupun saya telah bersalin dengan selamat dan anak saya sihat, saya menemui satu kebimbangan yang baru apabila tempoh cuti bersalin berakhir. Bagaimana harus saya mencari taska yang terbaik untuk anak kesayangan saya?

Dalam kerunsingan itu, saya menyedari bahawa proses mencari taska terbaik untuk anak saya adalah satu usaha yang perlu saya lakukan. Ia memerlukan persiapan yang rapi. Selain dari mempercayai gerak hati saya sebagai seorang ibu, ini lima perkara yang saya rasakan sangat penting dalam proses mencari taska terbaik untuk anak kecil:

Tiada yang lebih merunsingkan daripada seorang anak yang menangis tak keruan, menumpahkan air dan makanan atau menggunakan sudu garfu sebagai alat muzik apabila anda sekeluarga cuba untuk meluangkan masa di restoran atau kedai makan.

Sebagai sebuah keluarga, waktu makan adalah waktu untuk sama-sama menikmati makanan yang lazat, di samping berbual dan bercerita untuk mengeratkan hubungan. Namun, kehadiran anak kecil selalunya menyukarkan keadaan, dan sebagai ibubapa kita tentu sentiasa mahu cuba lakukan yang terbaik untuk semua.

Saya dan suami sudah terlalu biasa makan di luar dengan anak lelaki kesayangan kami. Kami telah mencuba pelbagai perkara untuk mengelakkan dari memberi anak kami gajet semasa makan bersama-sama dan saya rasa kami sudah tahu jawapannya.

Tidak semua orang sukakan lawatan ke klinik pergigian, apatah lagi di kalangan anak kecil. Namun, pemeriksaan pergigian eloklah dilakukan setiap 6 bulan terutamanya apabila anak sudah mula tumbuh gigi.

Selain mengajar anak mengenai kepentingan menjaga kebersihan mulut dan gigi, lawatan ke doktor gigi sejak dari kecil akan memudahkan penerimaan mereka di masa akan datang.

Mencari klinik pergigian memang mudah, tetapi pencarian klinik pergigian kanak-kanak mungkin lebih sukar.

Untuk memudahkan para ibubapa di luar sana, di sini kami kongsikan senarai terbaru klinik gigi kanak-kanak (termasuk pakar pergigian pediatrik) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.