fbpx
Banner

Mommies buntu nak masak lauk apa untuk si manja? Jom cuba resepi kuah lodeh kami ini.

Dalam musim perayaan ni, mommy boleh bagi masakan raya kita seperti rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan sebagainya TETAPI harus menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat dan tiada garam gula. Nak masak kuah lodeh untuk bayi mommy? Jom cuba resepi ni! Cuba tips ni untuk legakan si manja sembelit semasa musim perayaan ni.

Anak makin berselera cuba resepi kuah lodeh:

Tahukah mommy, bayi berusia bawah 1-2 tahun tak boleh diberi makanan yang mempunyai garam dan gula? Ini kerana buah pinggang bayi belum cukup matang, deria rasa bayi berkali ganda lebih sensitif daripada orang dewasa dan membuatkan bayi menjadi picky eater, menurut Astro Awani. Jika anak sedang batuk atau selsema, mommy cubalah resepi bubur nasi singho pear ni untuk cepat sembuh.

Resepi kuah lodeh

@gayasurimy Baby pun nak makan kuah lodeh pagi raya nanti! 😆 (Boleh kisar kuah untuk baby makan bersama bubur nasi) Bahan: Bawang merah* (kisar) Bawang putih* (kisar) Halia* (kisar) Kunyit* (kisar) Serai (diketuk) Ayam Mirepoix (optional) Broccoli Carrot Susu full cream / santan Fucuk Suhun #fyp #fypシ #foryoupage #gayasuri #babyfoodrecipes #resepikuahlodeh #nosaltnosugar ♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO

Sebenarnya, masakan tradisional Melayu memang menyelerakan kerana ada pelbagai rempah, sayuran, protein dan rasanya yang unik. Bayi jugak tak ketinggalan untuk cuba makanan raya walaupun tanpa garam dan gula.

Bahan-bahan:

Bawang merah* (kisar)
Bawang putih* (kisar)
Halia* (kisar)
Kunyit* (kisar)
Serai (diketuk)
Ayam
Mirepoix (optional)
Broccoli
Carrot
Susu full cream / santan
Fucuk (rendam dalam air panas)
Suhun (rendam dalam air panas)

kuah lodeh

Cara masak:

Masukkan bahan kisar bertanda (*) dalam periuk. Masukkan sekali serai yang telah diketuk.

Masukkan mirepoix. Kacau sebati dan tunggu hingga mendidih.

Masukkan ayam.

Kemudian, masukkan air dan sayuran.

Bila sayur dah lembut, masukkan susu full cream atau santan.

Masukkan fucuk dan suhun yang telah direndam tadi ke dalam masakan. Bila fucuk dan suhun dah kembang, kuah masih banyak dan tak kering.

Siap! Selamat mencuba mommyyyy.

Suka artikel resepi ni? Banyak artikel menarik mengenai kanak-kanak boleh baca di sini.

Author

Comments are closed.