Masalah bayi sembelit sememangnya tidak dapat dielakkan terutama di awal kelahiran serta di usia enam bulan iaitu semasa mereka mula terima makanan pejal atau solid food dalam diet makanan harian.

Bagi anda yang baru menjadi ibu bapa, anda mesti berasa kasihan melihat anak anda menahan sakit sembelit. Dengan muka bertukar kemerah-merahan malah ada yang menahan sakit sehingga menangis sambil meneran untuk membuang air besar.
Berikutan itu, penulis ingin berkongsi tiga cara legakan sembelit bayi dengan cara semulajadi yang berkesan, cepat dan mudah untuk dilakukan.

Senaman kaki
Untuk pengetahuan mommies, senaman kaki seperti kayuhan basikal atau hanya dengan menggerakkan kaki bayi dengan cara yang betul mampu melegakan sembelit si manja. Buat setiap pagi supaya anak mommy sentiasa mudah untuk membuang air besar.
Urutan perut
Pernah dengar urutan “I Love You”? Urutan perut ini juga berkesan untuk mengatasi masalah bayi sembelit. Mommy boleh belajar dengan hanya melihat video di Youtube sahaja. Sangat mudah dan praktikal untuk dilakukan.
Selain itu, mommy juga boleh urut perut bayi secara lembut dengan kerap selepas menukar lampin supaya bayi tidak mengalami sembelit lagi. Sapu minyak bayi sikit di bahagian perut lepas tu urut-urut manja pun dah cukup!

Minum air masak
Jika bayi anda berusia enam bulan ke atas, anda dinasihatkan untuk kerap memberi air masak kepada bayi supaya mereka tidak sembelit kerana sudah mula makan makanan pejal.
Minum air masak sangat penting bagi bayi yang sudah mula makan kerana usus mereka baru belajar memproses makanan pejal selain daripada susu.
Comments are closed.