fbpx
Banner

Bayi batuk atau selsema di bawah umur dua tahun tak dibenarkan makan ubat. Ini alternatif terbaik mommy boleh cuba.

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi, mommy mesti risau kalau bayi batuk atau selsema kerana kita sedia maklum bayi tak boleh makan ubat sehingga umur dua tahun. Ataupun si manja mommy sedang kurang sihat sekarang mesti berharap mereka cepat sembuh kan. By the way, ini 5 tips pergi open house bersama anak kecil.

Cara atasi bayi batuk dan selsema:

Tahukah mommy, buah Singho Pear atau Korean Pear ini sebenarnya boleh bantu bayi batuk dan selsema? Ini kerana buah pir jenis ini mempunyai tinggi vitamin C dan serat yang sesuai dijadikan immune booster bila bayi kurang sihat. Malah, sesuai untuk bayi yang sembelit kerana ia melancarkan penghadaman, menurut Motherhood.

Bila anak tak sihat mesti banyak luangkan masa di rumah, mommy beli la mainan bawah harga RM5 ni untuk mereka hilangkan bosan.

@gayasurimy Bayi mommy tak sihat? Batuk dan selsema? Boleh cuba resepi ni 😘 Singho Pear banyak kebaikan tau! #fyp #fypシ #foryoupage #gayasuri #babyfoodrecipes ♬ original sound – Gaya Suri

Resepi bubur nasi Singho Pear

bayi batuk

Jika umur si manja sudah mencecah enam bulan dan boleh makan, mommy cubalah resepi bubur nasi bersama Singho Pear ni. Anak mommy pasti suka! Senang sangat buat bubur ni tau, tak rugi mencuba. Ini resepinya:

Bahan-bahan:

1/2 buah Singho Pear

Sedikit sayur bayam

Sedikit sayur saderi

Beras (ikut sukatan mommy)

Cara-cara masak:

Potong semua bahan menjadi potongan kecil kecuali beras.

Letak beras ke dalam periuk bersama air panas.

Bila bubur nasi dah separuh masak, masukkan Singho Pear dan saderi.

Masak sehingga buah lembut.

Masukkan bayam.

Kisar bubur sehingga dapat tekstur yang diingini.

P/S: Mommy boleh tambah ayam untuk protein supaya anak dapat nutrisi yang lengkap.

Selamat mencuba! 🙂

Suka artikel ni? Banyak artikel menarik mengenai kanak-kanak boleh baca di sini.

Author

Comments are closed.