fbpx
Banner

Kanak-kanak sememangnya gemar dan selesa dengan air, termasuklah bayi yang masih belum pandai merangkak. Kelas renang berkumpulan untuk bayi dan kanak-kanak adalah salah satu cara bersosial yang menyeronokkan, membantu membina keyakinan diri dan yang paling penting, mengajar mereka asas keselamatan dalam air.

Ibubapa seharusnya lebih berhati-hati apabila anak-anak bermain dengan air, walaupun hanya ketika waktu mandi. Jika anak anda sukakan air atau mungkin sukakan kelas renang secara berkumpulan, kami ada beberapa cadangan sekolah renang yang sesuai untuk mereka.

Note : Secara amnya, tempoh kelas adalah selama 30 minit dan memerlukan kehadiran seorang ibu, bapa atau penjaga sekiranya anak di bawah umur 3 tahun.


Aquabubs

Kredit foto : Aquabubs

Aquabubs menawarkan kelas pengenalan renang yang mesra dan menyeronokkan dan membantu anak membina keupayaan renang secara semulajadi. Mereka mempunyai kolam renang air masin 15m yang direka khas dengan suhu yang optimum untuk bayi dan kanak-kanak. Ia juga dilengkapi dengan bilik persalinan bayi dan kanak-kanak dan kawasan permainan.

Telefon: +6012 488 1197/ 03-22018844

Email: [email protected]

Laman web: www.aquabubs.com

Facebook: www.facebook.com/aquabubs/

Umur: 4 bulan ke 7 tahun

Kos: RM850 (10 sessi), RM100 harga pendaftaran untuk satu keluarga (termasuk 1 lampin berenang pakai-semula atau beg lampin)

Alamat: 24 Jalan Liku, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur


D Swim Academy

Kredit foto: D Swim Academy

D Swim Academy menawarkan kelas akuatik bayi menggunakan kaedah “Baby & Me” dari Australia. Objektifnya ialah untuk membina asas renang yang kukuh dalam suasana yang menyeronokkan dan bebas stres. Mereka juga ada menawarkan program DSA Kiddie Swimmers untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan diri untuk berenang atau melakukan sebarang aktiviti melibatkan air.

Telefon : 1300 222 372

Emel: [email protected]

Laman web : www.dswimacademy.com

Facebook : www.facebook.com/DSA.fanpage/

Umur : Baby & me (6 bulan ke 3 tahun) ; DSA Kiddie Swimmers – 3 ke 4 tahun

Kos: RM660 (10 kelas Baby & Me),  RM426 (12 kelas Kiddie Swimmers ;  RM60 yuran pendaftaran

Alamat : Baby & me: National Aquatic Centre, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sports City, 57000 Kuala Lumpur; DSA Kiddie Swimmers: Pelbagai lokasi @ National Aquatic Centre, Kampung Pandan dan Shah Alam


EPS Sports Academy

Kredit foto: EPS Sports Academy

EPS Sports Academy telah beroperasi sejak tahun 2013 dan menawarkan pelbagai aktiviti sukan termasuk bola sepak, bola tampar, tennis, capoeira dan aktiviti kesihatan. Semua pelatihnya mempunyai kelayakan sains sukan dan kelayakan mengajar, berasal dari Brazil dan bekerja sebagai ekspatriat di Malaysia.

Modul Water Babies mengajar bayi untuk menggunakan tindakbalas semulajadi untuk bergerak di dalam air, dan menggunakan teknik pernafasan untuk terapung. Program Water Juniors pula direka khas untuk mengajar kanak-kanak tentang asas keselamatan air, kemahiran mengapung, kemahiran renang dan membina keyakinan di dalam air.

Telefon : +6012-617 6372 / +6012 331 6372

Email: [email protected]

Laman web: www.epsacademy.com.my

Facebook: www.facebook.com/epssportsacademy/

Umur: WaterBabies – 4 bulan ke 3 tahun; Water Juniors – 3 -5 tahun

Kos: RM583 untuk 10 kelas dan yuran pendaftaran sebanyak RM116.60

Alamat: Tropicana Golf and Country Club, Jalan Kelab Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor


Finns Boutique Swim Centre

Kredit foto: Finns Boutique Swim Center

Finns Boutique Swim Centre menggunakan kaedah mesra kanak-kanak yang menggalakkan mereka belajar berenang di dalam suasana yang selamat dan selesa. Kurikulumnya direka berdasarkan aktiviti permainan dalam air yang disesuaikan pada setiap pelajar, bergantung kepada umur, kebolehan, keperluan dan kemampuan belajar masing-masing. Mereka mempunyai kolam renang air masin bersuhu optimum untuk kanak-kanak.

Telefon: +6019-282 6329

Emel: [email protected]

Laman web: www.finnsbsc.com

Facebook: www.facebook.com/finnsBSC/

Umur: 6 bulan ke 5 tahun

Kos: RM720 untuk 8 kelas dan yuran pendaftaran RM50

Alamat: 19 Jalan Damai, 55000 Kuala Lumpur


Happy Fish Swim School

Kredit foto: Happy Fish Swim School

Berbekalkan pengalaman mengajar selama 11 tahun, Happy Fish telah berjaya mengajar ramai kanak-kanak untuk berenang dengan penuh keyakinan. Kurikulumnya direka khas untuk kanak-kanak dan memberikan keseronokan sambil belajar. Mereka juga mempunyai kolam renang air masin dalam bangunan dengan suhu yang selesa, bilik persalinan dan bilik menyusu.

Telefon: +6012-779 2771 / +6012-3392771

Emel: [email protected]

Laman web: happyfish.my

Facebook: www.facebook.com/happyfishmy/

Umur: 4  bulan – 4 tahun

Kos: RM560 (hari bekerja) or RM660 (hari minggu) untuk 10+2 kelas

Alamat: No. 27-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor;  Sunway Pyramid, Lot. OB.G(MS) Oasis Boulevard, No 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500, Selangor


Splashtastik

Kredit foto: Splashtastik

Splashtastik percaya bahawa air adalah sesuatu yang biasa dan semulajadi kepada setiap bayi, jadi waktu terbaik untuk melatih mereka adalah dari kecil. Mereka mempunyai kelas komprehensif untuk bayi, kanak-kanak dan juga anak istimewa. Kolam renangnya dijamin bersih, bersuhu selesa dan terletak di dalam bangunan.

Telefon: +6012-381 4184

Emel: [email protected]

Laman web: www.splashtastik.com

Facebook: www.facebook.com/SplashtastikSwim/

Umur: 6 bulan ke 6 tahun

Kos: RM500 untuk 8 kelas dan yuran pendaftaran RM100

Alamat: 31, Jalan Kristal 7/77, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor


Swim The World

Kredit foto: Swim The World

Swim The World menawarkan kelas membina keyakinan dalam air, kelas kelangsungan hidup dan teknik apungan. Kolam renang air masinnya dilengkapi suhu yang optimum dan selesa, dan mereka sangat menekankan kepentingan hubungan dan kepercayaan antara ibu/bapa dan anak sepanjang kelas berlangsung.

Telefon: +6012-900 6586

Emel: [email protected]

Facebook: www.facebook.com/Swim.The.World/

Umur: 6 bulan – 4 tahun

Kos: RM600 untuk 12 kelas dan yuran pendaftaran RM60

Alamat : 20, Jalan CJ 1/1, Kawasan Perusahaan Cheras Jaya, 43200 Seri Kembangan, Kajang; 25G Jalan Mahkota Residence 1, Bandar Mahkota Cheras, Cheras 43200 Selangor


Selain dari itu :

Babies Swim Gym di Petaling Jaya untuk bayi berumur 6 minggu ke atas

EC Swim di Petaling Jaya untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas

Mermaid Queen di Nilai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas

Supersharkz  di Kota Damansara dan Shah Alam untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas


Senarai ini bukanlah satu senarai yang lengkap, dan harga mungkin berubah dari semasa ke semasa. Pastikan anda menghubungi tempat pilihan anda untuk mendapatkan informasi terkini.

Jika anda tahu mengenai kelas renang lain yang boleh kami tambahkan di sini, maklumkan pada kami di [email protected]


Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Ditulis oleh: Seah Lu Sean

Lu Sean pernah bekerja di dalam bidang pengurusan seni, perhubungan awam dan undang-undang. Kini, dia sibuk menguruskan 2 anak kecil dan seekor kucing comel. Selain menjadi sukarelawan kumpulan sokongan keluarga, dia juga gemar merancang percutian keluarganya sambil menikmati secawan teh tarik.

Terjemahan oleh : Ayuni A.

 

Author

Comments are closed.