fbpx
Banner
Category

Direktori

Category

Bayangkan, anda harus menyiapkan kerja dan dalam masa sama menjaga anak sepanjang masa. Ada yang mahu makan, menangis, mahukan perhatian dan macam-macam kerenah lagi.

Bekerja dari rumah atau work from home (WFH) sambil menjaga anak adalah satu tugas yang mencabar bagi ibu bapa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

wfh

Banyak perkara mommy daddy perlu beri perhatian apabila WFH terutama perihal anak-anak dan kerja rumah. Anda akan lebih sibuk berbanding bekerja di ofis kerana perlu memasak, kemas rumah dan menjaga anak namun anda harus bijak mengatur masa agar dapat menyiapkan kerja tepat pada waktunya.

Ini antara tiga tips WFH sambil jaga anak semasa PKP:

  1. Buat jadual harian semasa WFH!
  2. Rancang jadual kerja yang fleksibel
  3. Luangkan masa bukan sahaja untuk jaga anak, tapi untuk family sebelum dan selepas kerja!

1. Buat jadual harian

Rutin harian membantu mommy menyiapkan kerja semasa WFH

Walaupun kita tahu agak sukar untuk mommy ikut jadual yang dibuat, tetapi mommy wajib buat jadual harian supaya anak-anak turut ikut jadual yang dibuat. Rutin harian membantu mommy menyiapkan kerja mengikut waktu yang ditetapkan.

2. Rancang Jadual Kerja Yang Fleksible

2. Rancang jadual kerja yang fleksibel

wfh

Bila anda WFH, anda perlu tahu bahawa anda harus rancang jadual kerja yang fleksibel kerana agak sukar untuk bekerja selama lapan jam direct dari pagi sehingga petang. Mommy boleh buat kerja semasa anak-anak tidur contohnya pada lewat malam atau awal pagi.

3. Luang masa bersama anak sebelum/selepas kerja

wfh pkp

Salah satu cara untuk mengelakkan anak menganggu mommy bekerja, luangkan masa sebentar bersama mereka sebelum mommy buat kerja ataupun selepas bekerja. Mereka hanya perlukan perhatian mommy daddy sebentar dan tidak akan mengganggu anda bekerja.

Kadangkala kepenatan seharian bekerja hilang begitu sahaja apabila kita lihat anak-anak tidur.

Bukan mudah untuk kita bahagikan masa untuk beri perhatian kepada kerja dan anak, namun penulis harap anda tahu yang anda seorang mommy atau daddy yang terbaik buat anak-anak anda.

Ramai ibu bapa muda atau pertama kali menjadi parents tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk beli pampers. Ini kerana bayi baru lahir menggunakan banyak pampers kerana mereka lebih kerap membuang air besar.

beli pampers

Pampers atau lampin pakai buang merupakan keperluan asas apabila anda bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Tapi, berapa banyak pampers anda perlu beli? Bila masa sesuai anda patut beli?

Sebenarnya, ada beberapa perkara anda perlu pertimbangkan sebelum membeli lampin pakai buang. Antaranya ialah kuantiti, kualiti serta masa. Ketiga-tiga perkara ini membantu anda mendapatkan pampers yang memenuhi keperluan si manja.

Beli secara online

beli pampers

Dalam keadaan pandemik Covid19 ini, ramai yang memilih untuk membeli keperluan bayi secara dalam talian atau online kerana ia lebih cepat, mudah serta murah. Banyak jualan murah di beberapa aplikasi seperti Shopee, Lazada dan sebagainya. Jimat pun jimat!

Ekspo bayi

Bagi first-time parents, anda pasti teruja untuk membeli-belah di ekspo bayi yang diadakan di seluruh negara. Disebabkan wabak Covid19 melanda, penganjur mengadakan ekspo bayi secara online sejak tahun lepas.

Penulis bersyukur dapat merasai pengalaman membeli-belah di ekspo bayi dua tahun lepas di sekitar Lembah Klang. Rupanya anda boleh beli pampers dalam kuantiti banyak pada harga berpatutan.

Harga diskaun

beli pampers

Selain itu, anda boleh mendapatkan harga diskaun di supermarket atau hypermarket berdekatan semasa ada sale. Malah, ada beberapa hypermarket menawarkan kupon diskaun untuk pembelian di kedai mereka.

Sememangnya agak sukar untuk membesarkan anak lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid19 masih ‘mengganas’ di luar sana. Ramai yang kehilangan kerja, tempat berteduh, sukar untuk membeli barang keperluan anak dan sebagainya. Tahniah kerana anda berusaha menyediakan yang terbaik buat keluarga anda. Pasti ada sinar di sebalik kesusahan yang dialami.

Ibu hamil adalah golongan yang kuat kerana mampu menahan sakit kontraksi selain menahan sakit untuk bersalin.

Jika anda sedang menunggu masa untuk bersalin tidak lama lagi, anda pasti mahu tahu apakah persiapan diri yang perlu dilakukan sebelum masuk dewan bersalin.

Tidak banyak yang perlu anda lakukan untuk persiapkan diri sebelum bersalin, tetapi lima tips ini amat membantu bagi melancarkan proses bersalin terutama jika anda tiada pengalaman sebelum ini.

1. Potong kuku

Walaupun ia kedengaran agak remeh, namun penting untuk mommy-to-be potong kuku sebelum pergi ke hospital. Ia bagi mengurangkan kesakitan suami anda atau sesiapapun yang menemani apabila anda mencengkam tangan mereka semasa sedang meneran.

Ibu hamil harus makan walaupun tiada selera makan.
Ibu hamil wajib makan walaupun tiada selera.

2. Makan

Sebelum sakit kontraksi semakin kuat, seeloknya anda makan sehingga kenyang atau sekadar alas perut untuk memberi tenaga untuk meneran tidak lama lagi. Kita tidak tahu berapa lama sakit kontraksi berlaku sehingga bukaan penuh terjadi.

Ingat! Makan atau minum minuman memberi tenaga seperti Milo atau nestum walaupun anda tiada selera.

3. Mandi

Ada sesetengah ibu hamil suka mandi bersih-bersih dan bersiap sebelum dibawa turun ke dewan bersalin kerana mahu berasa segar sebelum bersalin. Kadangkala menunggu untuk “fully dilated” mengambil masa agak lama jadi anda pasti mahu berasa bersih dan segar setiap masa, kan?

4. Buang air besar/kecil

Sebelum dibawa turun, jururawat akan memberi anda ubat untuk membuang air besar. “Buang” segala apa yang patut agar anda tidak membuang air besar di atas katil semasa proses bersalin.

Menurut pengalaman penulis, ubat yang diberi tidak mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas, hanya beberapa saat sahaja terus berkesan.

Bercukur sebelum masuk dewan bersalin.
Bercukur sebelum masuk dewan bersalin

5. Cukur

Ramai tidak tahu bahawa mencukur bulu di bahagian kemaluan adalah perkara paling penting yang perlu dilakukan. Ia bagi memudahkan para doktor dan jururawat membantu anda ketika bersalin nanti. Malah, proses jahitan luka juga lebih lancar jika anda bercukur terlebih dahulu.

Jika tidak larat, anda boleh meminta tolong daripada suami atau berjumpa terapi kecantikan untuk waxing berdekatan anda.

Bersukan adalah sangat bermanfaat untuk anak-anak. Ia membantu mereka belajar berdisiplin dan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, serta mengajar mereka bekerjasama dengan rakan-rakan. Selain itu, bersukan juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan erti kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat. Ia memberikan ruang untuk belajar menghadapi stress dan kerisauan.

Jika anda sedang mencari kelab sukan untuk anak anda, kami ada beberapa cadangan untuk kelab sukan sekitar Lembah Klang:

Bola Sepak

Little Kickers

Little Kickers Malaysia  adalah sebuah francais global merangkumi 300 pusat di 32 negara. Kelab ini memberi fokus kepada membina rasa cinta kepada permainan bola sepak di dalam diri anak-anak kecil. Program mereka bermula seawal umur 18 bulan, (dengan penyertaan ibubapa). Kemahiran akan mula dikuasai seawal umur 7 tahun dan anak-anak akan belajar peraturan asas bolasepak.

Alamat: 3, Jalan Terasek 3, Bangsar, 59000, Kuala Lumpur

Hubungi: +60 17 94000125

 Little League Soccer

Little League Soccer bermula sejak tahun 1999 dan telah melatih lebih 1500 pemain berumur dari 4 hingga 15 tahun di 4 pusat latihan setiap minggu. Para pemain akan diajar oleh pelatih professional dari luar negara melalui latihan asas setiap minggu. Jika anak anda berbakat, mereka boleh memilih untuk bermain dengan lebih serius dan pergi ke peringkat lebih tinggi iaitu peringkat elit FC KL programme dan bermain di arena bolasepak muda terbesar Malaysia.

Alamat: 4 lokasi di Bandar Utama, Melawati, Universiti Malaya dan Setia Alam

Hubungi: +60 12 3533029 atau [email protected] / [email protected]

Kuala Lumpur Youth Soccer

Kuala Lumpur Youth Soccer  adalah sebuah organisasi yang dioperasi oleh sukarelawan yang memberikan latihan kepada pemain berumur 8 hingga 16 tahun, 3 kali setiap minggu. Jika anak anda berminat untuk bermain di dalam arena “competitive”, ini adalah pusat latihan yang boleh membantunya mencapai potensi. Ketua Pelatih dan Pengurus Kelab ini adalah seorang bekas permain Argentina profesional, Luis Pablo Pozzuto. Beliau dan para pelatih berpengalaman telah muncul sebagai juara di dalam beberapa pertandingan antarabangsa, seperti SEA Cup dan ESPN-Disney Cup.

Alamat: 65, Lorong Damai 5, Kg Datuk Keramat, 55000, Kuala Lumpur

Hubungi: [email protected]


Ragbi

KL Saracens

KL Saracens  adalah sebuah organisasi global yang bermula sejak 2013 dan mempunyai 8 kelab di bandar-bandar seluruh dunia seperti Moscow, Abu Dhabi dan Nairobi. Mereka percaya ragbi adalah untuk semua, dan latihan mereka adalah percuma setiap minggu! Anak-anak berumur 5 tahun ke atas dijemput menyertai latihan setiap Ahad pada pukul 9-11 pagi di UPM Serdang.

Jika pemain mahu menambah stamina dan kemahiran, ada juga beberapa sesi latihan setiap Rabu petang, dari pukul 7-9 malam di Ampang. Kanak-kanak di bawah umur 9 tahun hanya dibenarkan bermain “touch rugby”yang lebih selamat tanpa terlalu banyak kontak badan dan “tackling”.

Alamat: 2 lokasi di Universiti Putra Malaysia dan ISKL Campus

Hubungi: +60 12 2976924 atau [email protected]

Combined Old Boys Rugby Association (COBRA) Cobrats Rugby

Ditubuhkan pada tahun 1967, COBRA Rugby Club memainkan peranan penting di dalam menghasilkan pemain ragbi “competitive” dari Malaysia. Pada tahun 2011, mereka telah berjaya menghantar 7 orang wakil di dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Cobra mempunyai lebih 200 ahli yang bermain secara aktif dalam 6 pasukan. Kanak-kanak berpeluang belajar bermain ragbi melalui program “Cobrats” yang dibuka kepada anak berumur 5-16 tahun. Latihan diadakan setiap hari Ahad di Padang Astaka, Petaling Jaya, 3-6 petang.

Alamat: 7, Lorong Utara B, Jalan Utara, 46200, Petaling Jaya, Selangor (dan Penang)

Hubungi: +60 3 79574045 atau [email protected]


Tennis

Duta International Tennis Academy

Duta International Tennis Academy  diketuai oleh V. Selvam, bekas pemain kebangsaan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam sukan tenis. Pemain muda di bawah 10 tahun akan menjalani latihan ITF Tennis10 yang menggunakan bola dan gelanggang yang lebih kecil. Untuk mereka yang lebih serius, program Elites dan High Performance dicipta khusus untuk peringkat pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Latihan ini lebih intensif dan mengandungi aspek teknikal dan taktikal yang sejajar dengan latihan Nick Bollettieri.

Alamat: Gelanggang Tenis KSN, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480, Kuala Lumpur

Hubungi: +60 12 2460609/ +60 12 2522889

Tennis Town

Tennis Town bermula sebagai satu kem tenis pada tahun 2009 yang beroperasi di 4 lokasi sekitar Lembah Klang. Akademi Tennis Town ini menggunakan pendekatan Tennis10 di dalam program popular mereka, Mini Tennis. Pelopor dan Ketua Jurulatih, Hazli Zainuddin memberikan fokus kepada menghasilkan pemain berbakat di peringkat “grassroots” dengan kerap mengadakan pertandingan dengan kelab yang lain.

Alamat: 4 lokasi di Universiti Malaya, National Tennis Court, TPC KL dan British International School KL

Hubungi: +60 3 62014059/ +60 12 6253630 atau [email protected]


Gimnastik

Total Gym Club

Total Gym Club menawarkan program latihan untuk peminat gimnastik dari umur 18 bulan dengan lokasi di sekitar Lembah Klang. Kelab ini ditubuhkan oleh para pelopor sukan gimnastik di Malaysia, dan ia menawarkan latihan untuk pelbagai disiplin gimnastik, termasuk gimnastik estetik. Gimnastik mungkin masih baru di Asia, namun anak yang berminat boleh menyertai kelab ini untuk bermain di dalam pasukan. Ahli kelab ini telah mewakili Malaysia di IFAGG World Championships di Budapest pada tahun 2018.

Alamat: 3 lokasi di Dataran Prima, Sri KL dan Forum 19, Petaling Jaya

Hubungi: +60 3 78065285/ +60 12 2890105 atau [email protected]

Carolyn’s School of Rhythmic Gymnastics (CSRG)

CSRG ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Carolyn Au Yong, atlit gimnastik kebangsaan dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998. Sekolah ini dibuka kepada ahli semuda 4 tahun, dan memberi fokus kepada peluang bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. CSRG juga berkait rapat dengan Malaysian Gymnastics Federation (MGF) dan Selangor Amateur Gymnastics Association. Ia sudah menghasilkan atlit gimnastik yang berpotensi besar dan sedang berlatih di dalam pasukan gimnastik kebangsaan.

Alamat: Central Park Sports Center, Jalan PJU 5/3, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya

Hubungi: +60 16 9327595


Swimming

Supersharkz Swim School

Supersharkz Swim School  diasaskan pada tahun 2006 oleh atlit Olimpik dan kebangsaan Mark & Marilyn Chua. Sekolah ini mengajar lebih dari cara berenang asas dan juga menawarkan peluang berlatih untuk peringkat pertandingan. Struktur pembelajarannya disusun rapi dan setiap ahli boleh mengetahui keupayaan masing-masing berdasarkan program. Sekolah ini juga sesuai untuk anak yang berminat dengan renang berirama atau artistik!

Alamat:  3 lokasi di Shah Alam, Puchong dan Kota Damansara 

Hubungi: +60 3 55261513 atau [email protected] 

D Swim Academy

D Swim Academy telah dinobatkan sebagai pemenang Reader’s Choice Awards 2017 dalam kategori Best Swim School dan Best Toddler Swimming Program. Ia juga adalah akademi renang terbesar di Malaysia, dan satu-satunya pusat renang yang diiktiraf sebagai pusat renang Gold Level AUSTSWIM di negara ini. Terdapat banyak jenis program untuk bayi seawal 6 bulan hinggalah untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ada juga program untuk sukan polo air! Akademi ini berkait dengan  Persatuan Renang Amatur KL atau PRA KL di mana latihan khusus dan sesi renang kerap diadakan untuk mereka yang mahu bertanding.

Alamat:  6 lokasi di Bukit Jalil, Kampung Pandan, Shah Alam, Bandar Utama, Setia Alam dan Semenyih

Hubungi: 1300 222372 atau [email protected]

Kelas renang untuk bayi dan kanak-kanak yang lain ada juga di  sini.


Badminton

Nusa Mahsuri

Nusa Mahsuri Badminton Club adalah kelab badminton pertama ditubuhkan di Malaysia dan telah melatih pemain semenjak tahun 1997. Kehadiran adik-beradik Sidek sebagai penasihat dan pelatih di dalam kelab ini telah menarik minat ramai pemain dari seluruh dunia. Jika ini menjadi minat anak anda, daftarkan mereka di dalam latihan mingguan yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 10-12 tengahari. Latihan Badminton Excellent Sports Talent (BEST) juga ada untuk mereka yang mahu bermain secara serius dan menyertai pertandingan,

Alamat:  Kompleks Sukan Kelana Jaya, Jalan Stadium, SS 7/15, 47301, Petaling Jaya, Selangor

Hubungi: [email protected] 

Michael’s Badminton Academy 

Kelab Michael’s Badminton Academy atau MBA komited dalam menghasilkan pemain yang serba boleh, atau “Champions for Life” melalui program badminton mereka. Anak yang berminat untuk bermain secara santai boleh menyertai program Smash & Sweat, manakala yang berminat untuk bermain di peringkat competitive boleh mencuba kursus 3 peringkat MBA Junior Development Program. Terdapat juga MBA School Holiday Camp pada waktu cuti persekolahan.

Alamat:  3 lokasi di Bukit Puchong, Bukit Utama dan Port Dickson

Hubungi: +60 12 9698101 atau [email protected]


Sukan lain

Leverage Brazilian Jiu-Jitsu 

Brazilian Jiu-Jitsu atau BJJ adalah sebuah seni mempertahankan diri yang mengajar orang yang bersaiz kecil melindungi diri dari orang yang lebih besar. Jadi, program BJJ Kids di Leverage memberi fokus kepada cara mempertahankan diri dan dinamakan program “BullyProof”. Ia terbuka kepada anak berumur 4-14 tahun dan latihan diadakan setiap hari Ahad dari pukul 10 – 11 pagi.

Alamat:  17, Lorong Datuk 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur

Hubungi: +60 17 3172127 atau [email protected]

Movimento Simples de Capoeira Malaysia

Pelatih utama di Movimento Simples de Capoeira Malaysia (MSCM), Rafael Rosario telah mengajar capoiera di Malaysia sejak tahun 2004. Seni mempertahankan diri ini melibatkan pergerakan mengikut irama muzik dan boleh dipelajari oleh kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Alamat:  B3-2 Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, 50480, Kuala Lumpur

Hubungi: +60 12 2713983 atau [email protected]

Blade Fencing Kuala Lumpur

Sukan lawan pedang boleh membentuk kekuatan mental, koordinasi dan semangat bermain secara adil. Blade Fencing ditubuhkan pada tahun 2013 dan adalah sebuah kelab terbesar di Malaysia. Ia diterajui oleh para pemain lawan pedang kebangsaan yang berpengalaman bermain di peringkat antarabangsa.

Alamat:  S02, S03, S04, 2nd Floor, Centrepoint Bandar Utama, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya

Hubungi: +60 12 4208090 atau [email protected]

MST Golf Academy

MST Golf Academy beroperasi di TPC KL Golf Club dan adalah salah satu kelab golf terbaik di Asia Tenggara. Program intensifnya telah melahirkan 6 juara dunia muda. Program Junior Player Development dibahagikan kepada 9 peringkat progresif dan setiap pemain perlu melalui ujian kemahiran sebelum mara ke peringkat seterusnya. Penyertaan dibuka kepada anak berumur 6-14 tahun dan dilatih oleh pelatih profesional yang diiktiraf oleh Professional Golf Teachers Association of America (PGTAA).

Alamat:  TPC KL, 10, Jalan 1/70D, Jalan Bukit Kiara, 60000, Kuala Lumpur

Hubungi: +60 3 20111992


Senarai ini tidak lengkap sepenuhnya dan tertakluk kepada perubahan. Ibubapa dinasihatkan untuk menghubungi kelab untuk informasi lanjut. Emel kami di [email protected] jika anda ada sebarang kelab sukan yang boleh kami senaraikan di sini!

Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Ditulis oleh: Najmin Tajudin

Terjemahan oleh : Ayuni A.

Sangat menyeronokkan bila dapat bawak anak-anak berjalan di tempat beriadah pada masa cuti sekolah bersama seisi keluarga.

Mungkin ada di antara mommy daddy tak tahu ada banyak tempat beriadah best sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Malah, ia sesuai untuk semua jenis umur untuk beriadah. Takde la mommy risau anak tak gembira jika bawa keluar berjalan nanti.

Selain tu, ada jugak beberapa aktiviti indoor yang boleh eratkan hubungan kekeluargaan jika anak mommy tak berminat aktiviti outdoor.

Ramadan yang suci ini bukan sahaja memberi peluang untuk kita mengisi rohani dengan aktiviti ibadah, malah ia turut memberi peluang untuk ibu bapa merasai “family time” dengan anak-anak melalui aktiviti bersahur, berbuka puasa (iftar) dan juga “moreh”. Untuk aktiviti berbuka puasa contohnya, mama papa boleh meluangkan masa dengan anak-anak sewaktu menyediakan atau menghidangkan juadah iftar di rumah.

Sesekali, ibu bapa akan memilih untuk berbuka puasa di luar untuk berehat dan mencuba juadah menarik yang disediakan di restoran-restoran di luar sana, sekali gus meluangkan masa berjalan-jalan dengan anak-anak tersayang.

Walaubagaimanapun, dengan lambakan restoran yang menawarkan pelbagai pakej berbuka puasa yang membuatkan kita rambang mata, sesetengah ibu bapa masih lagi menghadapi kesukaran untuk mencari lokasi yang benar-benar mampu memberi keselesaan kepada keluarga terutamanya kepada anak-anak.

Antara faktor penting yang lain adalah kemudahan surau untuk menunaikan solat Maghrib, parkir yang mudah serta tempat yang luas untuk anak-anak bergerak.

Jom lihat senarai tujuh lokasi restoran berbuka puasa yang bukan sahaja menawarkan keselesaan serta hidangan iftar dengan harga yang berpatutan, tetapi juga mesra keluarga.

1) Goat 2 Go, MAEPS, Serdang

Terkenal dengan slogannya “From Farm To Plate”, restoran yang terletak di Serdang ini kini sedang mempromosikan pakej iftar Ramadhan mereka dengan slogan baru iaitu “Iftar Di Dalam Taman”. Selain menawarkan senarai pakej dan menu berbuka yang menarik, Goat 2 Go turut menyediakan kemudahan surau, tempat parkir kereta yang luas serta persembahan live kumpulan ghazal. Yang paling menarik, ia menawarkan pakej murah untuk Petting Zoo G2G Animal Garden – MAEPS untuk anak-anak anda bermain sewaktu menunggu waktu berbuka puasa.

Kredit foto: Facebook Goat to Go

Alamat: Goat 2 Go,
Jalan MAEPS 4/3,
Seri Kembangan,
43400, Selangor, Malaysia.
Telefon: 011-65593877/017-2739051
Laman Web: https://goat2go.com/

2) Lugar De La Boda, Puchong

Buat mama papa yang ingin mencari sedikit kelainan, anda boleh cuba berbuka puasa di Lugar De La Boda yang terletak di Puchong serta Ambassador Putrajaya ini.

Bernaung di bawah Syarikat Hanana Group, Lugar De la Boda sebenarnya adalah sebuah dewan perkahwinan yang terkenal di sekitar Puchong dan kini menawarkan pakej iftar ala buffet bersempena bulan Ramadhan. Dewan yang boleh menampung seramai hampir 500 orang ini turut menyediakan kemudahan kawasan parkir kereta dan surau yang luas untuk anda.

Kredit foto: Dikbee.com

Alamat: Lugar De La Boda
Persiaran Prima Utama,
Taman Puchong, Lot 65083,
Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista,
47100 Puchong, Selangor.
Telefon: 016-6700471/016-4318434
Laman Web: https://www.hananagroup.com/iftar-lugar/

3) Fei & Ali, Shah Alam

Restoran yang berkonsep moden ini sering menjadi pilihan orang ramai yang ingin membuat tempahan untuk menyambut majlis istimewa seperti sambutan hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. Sempena Ramadhan ini, Fei & Ali menawarkan pakej iftar serendah RM 30 untuk orang dewasa. Restoran ini turut menyediakan surau dan tempat bermain di tingkat atas untuk anak-anak.

Kredit foto: Facebook Fei & Ali

Alamat: Fei & Ali by Foodsbury
No 22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Selangor.
Telefon: 011-1053 8061
Laman Web: https://www.facebook.com/fei.dan.ali/

4) Ahh-Yum by Kampong Kravers, Kuala Lumpur

Dengan tambahan menu istimewanya iaitu kambing bakar air asam, restoran yang mempunyai enam cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini menyambut kedatangan Ramadhan dengan juadah iftar yang beraneka serta surau yang disediakan khas untuk bulan suci ini. Tempahan awal boleh dilakukan melalui nombor yang tertera sekiranya anda ingin mendapatkan diskaun untuk pakej iftar di Ahh-Yum!

Kredit foto: Facebook Ah Yumm

Alamat: Ahh-Yum by Kampong Kravers
No. 73. Jalan Setia Bakti,
Bukit Damansara.
Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: 03-20112530/010-7609838
Laman Web: https://www.ahhyum.com/

5) Luasje.com, Kota Damansara

Dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, penghawa dingin, lif serta tempat parkir kereta, restoran yang terletak di Kota Damansara ini mungkin menarik minat ibu bapa yang mementingkan keselesaan ketika mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama anak-anak tersayang. Dari segi menu iftarnya pula, Luasje.com menyediakan beraneka juadah termasuk hidangan Melayu dan juga barat.

Kredit foto: Facebook Luas Je

Alamat: Luasje.com
8E, Jalan Teknologi 3/6, Nouvelle Industrial Park,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor
Telefon: 016-666 2691
Laman Web: https://booking.luas.je/

6) Taman Ekuestrian Putrajaya, Putrajaya

Dengan senarai tarikan seperti aktiviti kereta kuda dan konsep suasana yang bertemakan “Cowboy Town”, si comel anda pasti akan teruja untuk berkunjung ke Taman Ekuestrian Putrajaya ini. Malah, anda sebagai ibu bapa juga tidak perlu khuatir untuk berbuka puasa dengan selesa kerana selain daripada aneka juadah lazat yang ditawarkan, taman ini turut menyediakan kemudahan surau serta tempat parkir kereta percuma untuk anda.

Kredit foto: Facebook Putrajaya Equestrian Park

Alamat: Taman Ekuestrian Putrajaya
Precinct 5, 62200 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Putrajaya, Malaysia.
Telefon: 03-8000 8914/ 017-669 0461
Laman Web: https://www.tep.my/

7) Asap Steamboat & Grill, Puchong

Bercawangan di Puchong dan Bangi, restoran Asap Steamboat & Grill ini sedang menawarkan pakej iftar yang menarik buat sesiapa yang berkunjung ke situ. Sempena bulan yang mulia ini, restoran ini bukan sahaja menyediakan kemudahan surau, malah turut menyelitkan dekorasi bertemakan ‘Hari Raya’, sekaligus membangkitkan suasana meriah untuk anda dan keluarga berbuka puasa di situ.

Kredit foto: Facebook Zulaikha Kefly

Alamat: Asap Steamboat & Grill
94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A,
47100 Puchong, Selangor
Telefon: 013-485 8944
Laman Web: https://www.instagram.com/asapsteamboatgrill/

Tahukah anda, aktiviti bersukan amat bermanfaat untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak, di samping menjadi aktiviti menarik untuk mengisi masa lapang? Sebagai ibubapa,  cuba pupuk minat anak-anak dalam bidang sukan dengan menghantar mereka ke kelas sukan kanak-kanak yang bersesuaian dengan minat mereka.

Kelas-kelas ini juga berpotensi mengasah bakat mereka dalam aktiviti sukan itu sejak dari usia yang muda. Mana tahu satu hari nanti mereka menjadi atlit Malaysia yang boleh dibanggakan?

Di sini, kami senaraikan lima aktiviti sukan yang mungkin sesuai untuk si cilik anda.

Membaca merupakan satu aktviti yang digalakkan untuk anak-anak. Selain mampu memberikan keterampilan komunikasi, aktiviti ini juga berpotensi melatih minda anak-anak untuk sentiasa aktif.

Walaubagaimanapun, menggalakkan anak-anak untuk membaca merupakan sesuatu yang mencabar buat segelintir ibu-bapa kerana anak-anak cenderung berasa bosan.

Mengikut pakar kanak-kanak, hal ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor kadar tumpuan anak-anak atau ‘attention span’. Kadar tumpuan anak-anak berbeza mengikut umur mereka dan ia secara amnya lebih pendek daripada kadar tumpuan orang dewasa.

Kanak-kanak sememangnya gemar dan selesa dengan air, termasuklah bayi yang masih belum pandai merangkak. Kelas renang berkumpulan untuk bayi dan kanak-kanak adalah salah satu cara bersosial yang menyeronokkan, membantu membina keyakinan diri dan yang paling penting, mengajar mereka asas keselamatan dalam air.

Ibubapa seharusnya lebih berhati-hati apabila anak-anak bermain dengan air, walaupun hanya ketika waktu mandi. Jika anak anda sukakan air atau mungkin sukakan kelas renang secara berkumpulan, kami ada beberapa cadangan sekolah renang yang sesuai untuk mereka.

Note : Secara amnya, tempoh kelas adalah selama 30 minit dan memerlukan kehadiran seorang ibu, bapa atau penjaga sekiranya anak di bawah umur 3 tahun.

Para ibu selayaknya menikmati rawatan dan tempoh berpantang yang selesa dan selamat setelah penat berjuang melahirkan melahirkan si manja kesayangan.

Hati pasti resah memikirkan keadaan mental dan fizikal yang tidak lagi berseri dan bertenaga seperti dulu, terutamanya di kalangan para ibu yang pertama kali melahirkan dan tidak pernah melalui fasa ini.

Jangan gusar! Di sini kami senaraikan 10 servis penjagaan pantang khas untuk para ibu yang bakal melahirkan.