fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommies akan lebih faham mengendalikan anak kecil semasa pergi open house:

  • Tahu jenis pakaian apa sesuai dipakai untuk anak bila keluar.
  • Nasihat anak sebelum keluar berjumpa orang ramai.
  • Sediakan makanan atau snek untuk anak supaya dia tidak meragam apabila lapar.
open house

Beraya atau pergi open house bersama anak kecil sememangnya mencabar lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa. Kanak-kanak sukar dijangka perangainya terutama apabila di depan khalayak ramai. Masa tu la dia nak tunjuk skil baru, lompatan paling jauh, siapa paling cepat rampas mainan dan macam-macam lagi.

Bagi yang pertama kali nak beraya atau pergi open house sanak-saudara dan rakan-rakan, mungkin mommy daddy perlukan beberapa tips penting sebelum keluar rumah iaitu:

  • Bekalan makanan
  • Hiburan
  • Jaga adab
  • Jaga masa
  • Pakaian

1. Bekalan makanan

open house

Bekalan makanan amat penting bagi si kecil. Biasalah, kanak-kanak aktif memang cepat lapar berbanding orang dewasa seperti kita. Sediakan makanan ringkas atau snek supaya anak dapat makan ketika dalam perjalanan atau semasa berada di rumah orang.

Bagi anak yang mempunyai alergik terhadap sesuatu makanan, seeloknya mommy sediakan makanan sendiri kerana kita tak pasti tuan rumah sediakan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak atau tidak. Contoh macam penulis, anak ada alergik terhadap kelapa terutama santan, jadi terpaksa bawa bekal makanan sendiri semasa pergi open house. Bawa pilihan snek yang mudah dimakan seperti roti, kek atau biskut sekali tau!

2. Hiburan

open house

Hiburan amat penting bagi kanak-kanak kerana mereka mudah berasa bosan jika tidak melakukan apa-apa. Bawa mainan, buku, pensel warna atau kertas supaya anak dapat berhibur semasa dalam perjalanan ataupun semasa open house di rumah sanak-saudara.

Jika mommy mahu beri gajet, penulis cadangkan mommy pasang lagu di radio sahaja atau beri gajet dengan masa yang ditetapkan. Boleh pasang aplikasi Spotify di radio kereta dan si manja pasti akan gembira menyanyi!

3. Jaga adab

open house

Adab harus diterapkan sejak kecil supaya anak mudah mendengar kata dan menghormati orang lain. Sebelum keluar rumah, mommy daddy cuba nasihat si kecil agar menjaga adab apabila berada di rumah orang ataupun bergaul dengan kanak-kanak lain.

Menurut theAsianparent, persediaan awal sebegini membantu anak kecil memahami situasi yang bakal dilalui dan apa akibatnya jika tidak menjaga adab atau mendengar kata ibu bapa. Walaupun mereka masih kecil, mommy harus percaya bahawa mereka juga sudah faham arahan serta nasihat mommy.

4. Jaga masa

open house

Sebagai ibu bapa, anda harus menjaga masa agar anak tidak berasa terlalu letih dan beri masa untuk anak berehat. Jaga rutin tidur harian anak supaya mereka tidak meragam di siang hari selain tidak berada di rumah rakan atau saudara terlalu lama. Ini bagi mengelakkan anak terlalu bosan dan mula membuat kerenah yang tidak elok di rumah orang.

Memang rasa mahu borak panjang bersama rakan atau saudara kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa, namun mommy daddy harus utamakan keselesaan anak-anak juga. Jika mereka tidak selesa, mungkin mereka akan menangis atau merengek untuk menunjukkan signal sudah tiba masanya untuk pulang.

5. Pakaian

open house

Pakaian yang selesa membantu si kecil bergerak aktif semasa pergi open house di rumah orang terutama apabila cuaca panas terik. Pilih pakaian yang menyerap peluh dan fabrik nipis supaya anak-anak berada dalam keadaan selesa walaupun sedang berpeluh.

Sekarang sudah banyak pakaian kanak-kanak yang bergaya dan menggunakan fabrik selesa untuk baju Melayu atau baju kurung. Pakai seharian pun tak terasa panas. Tetapi, mommy harus bawa baju persalinan baru untuk ditukar jika anak sudah meragam atau mahu tidur.

Nikmati open house tanpa rasa stress

open house

Tak susah sebenarnya untuk keluar bersama anak kecil. Mommy daddy hanya perlukan sedikit tips dan boleh menikmati musim rumah terbuka tanpa rasa stress. Malah, si manja juga enjoy beraya dan berjumpa rakan sebaya dan saudara yang belum pernah berjumpa sebelum ini.

Biasalah, bila beraya bersama anak-anak masih kecil memang banyak dugaannya. Mommy daddy kuatkan semangat dan anggap ini kenangan terindah untuk anda sekeluarga. Pasti akan rindu kenangan seperti ini bila mereka sudah dewasa nanti.

Suka artikel ini? Baca Menarik! 4 Aktiviti Kanak-Kanak Belajar Sambil Bermain Ini Bantu Si Manja Belajar Mengeja Di Rumah dan Anak Bosan Duduk Rumah? Beli 5 Mainan Kanak-Kanak Bawah RM5 ini untuk Mereka.

Author

Comments are closed.