fbpx
Banner

Seeloknya pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan buat ujian Thalassemia bagi mengelakkan masalah serius bakal timbul jika kedua-dua pasangan pembawa thalassemia.

Sebelum berkahwin, bakal pengantin haruslah melakukan beberapa perkara penting dan pada masa inilah anda boleh tambah satu lagi perkara penting iaitu buat ujian saringan darah pra-perkahwinan. Menurut MyHealth, anda boleh buat ujian saringan darah pra-perkahwinan bagi penyakit Thalassemia.

Apa maksud penyakit Thalassemia?

ujian thalassemia
globalgiving.org

Menurut MyHealth, Thalassemia atau Talasemia dalam bahasa Malaysia ialah sejenis penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Thalasssemia tak dapat menghasilkan sel darah merah berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ia kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut. Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita. Sebagai penyakit genetik, Thalassemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen Thalassemia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit Thalassemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Jenis Thalassemia

Penyakit ini mempunyai tiga jenis iaitu pembawa gen Thalassemia (Thalassemia minor), penyakit Thalassemia intermedia dan penyakit Thalassemia major. Pembawa gen Thalassemia adalah sihat dan tak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Cara untuk detect penyakit ini hanya boleh dilakukan melalui ujian darah. Pesakit Thalassemia major menunjukkan tanda-tanda sejak berumur 6 hingga 18 bulan, manakala pesakit Thalassemia intermedia menunjukkan tanda-tanda penyakit sejak remaja hingga ke dewasa.

Gejala penyakit Thalassemia

ujian thalassemia
globalgiving.org

Antara gejala bagi Thalassemia major adalah:

  • Pucat semakin ketara
  • Sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius sehingga menyebabkan susah bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Perubahan pembentukan di bahagian muka apabila kanak-kanak semakin membesar  

Manakala Thalassemia intermedia pula mempunyai tahap hemoglobin yang tidak begitu rendah, dalam lingkungan 7 hingga 10 g/dL yang dapat menampung hidup tanpa transfusi darah. Namun, ia boleh menimbulkan berbagai masalah dan komplikasi lain bila usia meningkat seperti osteoporosispulmonary hypertension (right heart failure), pembengkakan limpa dan pembengkakan korda tunjang tulang belakang yang boleh menyebabkan lumpuh. Disebabkan itu, pesakit Thalassemia intermedia memerlukan pemantauan yang rapi dan jika tanda-tanda awal komplikasi terjadi, rawatan transfusi darah susulan akan dimulakan dengan segera.

Ujian Thalassemia

ujian thalassemia

Jika anda bakal berkahwin atau baru berkahwin dan mahu menjalani ujian Thalassemia bagi mengenalpasti jika anda pembawa Thalassemia atau tak, anda boleh pergi ke semua klinik kesihatan kerajaan dan fasiliti penjagaan kesihatan swasta tertentu. Untuk pengetahuan anda, jenis ujian yang bakal dilakukan adalah ujian darah. Seterusnya, darah akan dihantar ke makmal untuk diselidik. Keputusan ujian darah akan dimaklumkan oleh petugas kesihatan semasa temujanji seterusnya. Jika anda sedang TTC (Trying to Conceive) dengan pasangan, ini ada 5 jenis rawatan kesuburan anda boleh cuba.

Penting buat ujian Thalassemia

ujian thalassemia
myhealth.gov.my

Kenapa penting buat ujian Thalassemia sebelum berkahwin? Ini kerana anda boleh mengelakkan risiko menghasilkan zuriat mempunyai talasemia  minor atau major/intermedia. Selain itu, terdapat ujian pra-kehamilan bagi mengenalpasti bayi dikandung menghidapi Thalassemia atau tak. Tujuan ujian pra-kehamilan adalah untuk mengesan sekiranya kandungan menghidapi penyakit Thalassemia major. Jika bayi didapati menghidapi talasemia major, anda dan pasangan boleh mengambil tindakan menggugurkan atau meneruskan kehamilan tersebut. Selain itu, ini 5 tanggungjawab suami isteri boleh digalas bersama jika tak mahu isteri burnout.

Sebenarnya, perkahwinan antara pembawa (Thalassemia minor) dengan pembawa (Thalassemia minor) atau pembawa dengan pesakit (Thalassemia major atau intermedia) akan menyebabkan risiko menghasilkan zuriat mempunyai Thalassemia minor atau major/intermedia. Walaubagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pasangan mengenai zuriat jika sudah tahu mengenai risiko bayi bakal dilahirkan. Bayi yang dilahirkan dan menghidapi Thalassemia major memerlukan transfusi darah setiap 2 hingga 4 minggu sepanjang hayatnya ATAU bayi yang menghidapi alpha Thalassemia major tidak akan hidup dan akan meninggal di dalam kandungan atau semasa dilahirkan. Ibu yang mengandung dengan anak alpha Thalassemia major berisiko tumpah darah semasa bersalin atau mengalami pre-eclampsia (tekanan darah tinggi) yang boleh mengancam nyawa ibu.

Suka artikel ini? Baca di sini untuk artikel mengenai suami isteri di laman web Gayasuri.

Author

Comments are closed.