fbpx
Banner

Baru tahu resepi kuah kacang ni guna peanut butter spread je! Pastikan tiada gula dan garam tau. Boleh masak untuk bayi tujuh bulan ke atas.

Memasak adalah satu tugas mencabar bila perayaan tiba terutama bila ada anak kecil, kena fikir idea masak lauk apa, bahan masak cukup ke, anak suka makan ke tak dan sebagainya. Belum lagi bila anak tengah demam, tak tahu nak masak lauk apa yang boleh bantu anak cepat sihat. Mommy boleh cuba resepi bubur nasi singho pear kami bila anak tak sihat.

Kita masih dalam mood raya lagi, apa kata mommy cuba resepi kuah kacang kami. Senang sangat nak buat! Hehe

Kuah kacang untuk bayi:

Resepi kuah kacang

@gayasurimy Masak kuah kacang ni memang sama bau semerbak macam masak kuah kacang versi dewasa 😍 Bahan: 1 tb Peanut butter spread (no salt & no sugar) 1-2 biji kurma (direndam & buang kulit) 1 tb unsalted butter 1 ts tomato / tomato puree 1/2 cube 1 ts serbuk ikan bilis P/S: Resepi ni sesuai untuk baby 7 bulan ke atas. Boleh kisar dan makan dengan bubur nasi atau lenyek nasi impit. Selamat mencuba mommies! Boleh komen kat bawah kalau nak request kami share resepi ikut permintaan mommy 🤗 #fyp #fypシ #foryoupage #gayasuri #babyfoodrecipes #resepikuahkacang ♬ Senandung Hari Raya Untukmu – Dayangku Intan

Sebelum mommy bagi si manja makan nasi impit dengan kuah kacang, seeloknya mommy bagi dalam kuantiti sedikit dulu untuk test jika anak ada alahan terhadap kacang ke tak. Bahaya kalau terus bagi makan dalam kuantiti banyak jika anak ada alahan kacang. Selain lauk kuah kacang, mommy boleh masak kuah lodeh jugak tau. Jom mula masak kuah kacang!

Bahan-bahan:

kuah kacang

1 tb Peanut butter spread (no salt & no sugar)
1-2 biji kurma (direndam & buang kulit)
1 tb unsalted butter
1 ts tomato / tomato puree (1/2 kiub)
1 ts serbuk ikan bilis

Cara masak:

Panaskan unsalted butter. Tumis tomato sehingga lembut.

Masukkan sedikit air.

Masukkan peanut butter. Tambah air jika terlalu pekat.

Masukkan buah kurma yang dipotong cincang.

Seterusnya, masukkan sedikit serbuk ikan bilis.

Siappp! Selamat menjamu selera kesayangan:)

Suka resepi makanan bayi dan kanak-kanak? Mommy klik sini untuk pelbagai resepi menarik untuk anak mommy.

Author

Comments are closed.