fbpx
Banner

Bagi mommies yang sedang merancang keluarga menggunakan pil perancang, mesti anda tertanya-tanya bagaimana nak makan pil masa start puasa, kan.

Bulan Ramadan bakal menjelma dalam masa dua minggu akan datang, pasti ramai yang sudah mula buat persiapan dari segi fizikal dan mental untuk menyambut bulan penuh mulia ini. Malah, ada yang praktis berpuasa contohnya puasa hari Isnin dan Khamis supaya badan lebih bersedia dan bertenaga apabila mula berpuasa kelak.

pil perancang

Kita sedia maklum pil perancang harus dimakan waktu yang sama pada setiap hari untuk pastikan keberkesanannya. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pil perancang.

pil perancang

Menurut MyHealth, puasa bukanlah penghalang untuk meneruskan pengambilan ubat atau pil. Dalam kes ini, pil perancang harus dimakan pada waktu yang sama pada setiap hari. Takut nak ubah waktu makan pil? Takut pil tak berkesan seperti bulan sebelum Ramadan? Baca artikel ini sehingga habis untuk penjelasan mengenai isu ini.

Dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan sebelum tukar waktu pengambilan pil kepada waktu sahur dan berbuka puasa. Jangan tukar tanpa nasihat doktor tau! Pil perancang mempunyai jarak masa tertentu dan demi memastikan keberkesanan tinggi, mommy kena bincang dengan doktor sebelum mula berpuasa.

Jadual makan pil

pil perancang

Berdasarkan panduan umum dari MyHealth, anda boleh rancang jadual makan pil 2 kali sehari iaitu pada waktu sahur dan berbuka. Jangan pula mommy tak makan pil langsung semasa bulan puasa kerana ia meningkatkan risiko untuk hamil.

Selain itu, perubahan waktu pengambilan ubat juga perlu ditambah dengan kontrasepsi tambahan (kondom) sekurang-kurangnya selama tujuh hari berturut-turut, menurut doctoroncall. Ini bagi memastikan mommy masih dilindungi sepenuhnya.

Jika mommy merancang menggunakan IUCD, mommy tak perlu risau kerana ia tidak mengganggu hormon dan juga boleh berpuasa seperti biasa. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai IUCD.

Makan ubat 1 kali sehari

pil perancang

Untuk pengetahuan anda, ini adalah panduan umum dari MyHealth mengenai jadual pengambilan ubat semasa puasa. Jika anda makan ubat sekali sehari, anda boleh makan 1 jam sebelum sahur atau makan selepas sahur atau berbuka.

Makan ubat 2 kali sehari

Bagi mereka yang perlu ambil ubat 2 kali sehari, anda disarankan mengambil 1 jam sebelum bersahur dan selepas berbuka (sebelum makan makanan) atau 2 jam selepas berbuka.

Manakala bagi ubat perlu diambil selepas makan, anda boleh ambil selepas sahur dan selepas berbuka.

Makan ubat 3 kali sehari

Bagi ubat yang perlu diambil 3 kali sehari, anda boleh makan ubat 1 jam sebelum sahur, selepas berbuka (sebelum makan makanan) dan sebelum tidur untuk ubat perlu diambil sebelum makan.

Manakala bagi ubat perlu diambil selepas makan pula, anda boleh makan selepas bersahur, berbuka dan sebelum tidur (pastikan perut diisi dengan makanan terlebih dulu).

Jika mahu kurangkan pengambilan ubat kepada 2 kali sehari, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk rujukan. Agak bahaya jika kurangkan dos tanpa pengetahuan doktor anda.

Makan ubat 4 kali sehari

pil perancang

Bagi anda yang perlu ambil ubat 4 kali sehari, ubat dimakan bergantung kepada jenis penyakit dihidapi. Anda jugak perlu dapatkan nasihat doktor sama ada tidak boleh puasa atau makan ubat alternatif lain.

Masih dalam perancangan untuk mengambil pil perancang tapi bulan Ramadan semakin dekat? Mommy boleh baca sini untuk maklumat mengenai pelbagai jenis perancang keluarga sebelum buat keputusan.

Tak semestinya anda perlu makan pil jika mahu merancang. Ada kaedah merancang cara lain mengikut nasihat doktor. Bagi pengalaman penulis, makan pil atau pakai IUCD, kedua-duanya ada kebaikan dan keburukannya tersendiri.

Walaupun sudah mula berpuasa, jangan ambil mudah mengenai pil perancang tau mommies. Masih perlu makan on time, setiap hari macam biasa walaupun kena adjust masa ikut waktu sahur dan berbuka.

Mahu info berkaitan perancangan? Mommy boleh baca sini okay!

Author

Comments are closed.