fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommy dapat kenalpasti punca dan cara atasi:

  • Memahami kedua-dua jenis diabetes.
  • Buat ujian saringan kesihatan jika mempunyai simptom.
  • Ketahui cara-cara atasi penyakit ini.

Malaysia merupakan antara negara Asia Tenggara yang mempunyai rakyat menghidap penyakit diabetes tertinggi. Ia sangat membimbangkan lebih-lebih lagi jika kita lihat cara pemakanan rakyat kita. Bukan itu saja, jenis-jenis makanan terbaru juga kelihatan tidak sihat kerana menggunakan bahan tinggi lemak dan kurang berkhasiat.

Mungkin ramai tak sedar bahawa penyakit ini adalah berbahaya dan perlu dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Namun, anda perlu tahu apa itu penyakit diabetes, gejala dan saranan doktor jika disahkan menghidap penyakit berkenaan.

Diabetes mellitus? Apa tu?

diabetes

Menurut MyHealth, diabetes merupakan satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Malah, ia juga merupakan salah satu faktor utama untuk anda berpotensi mendapat penyakit jantung atau strok.

Ia berpunca daripada pankreas tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan efektif. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita dan insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila badan kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Jenis diabetes

diabetes

Jenis 1 – Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung pada Insulin)

  • Berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Badan tak dapat menghasilkan insulin dengan sendiri.
diabetes

Jenis 2 – Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung pada insulin)

  • Paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya berlaku pada orang yang berumur dan mempunyai berat badan berlebihan.

Simptom peringkat awal

Walaupun penyakit ini boleh berlaku tanpa simptom, anda perlu ambil perhatian jika mengalami simptom-simptom di bawah ini:

  • Sentiasa berasa haus / dahaga
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
  • Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka lambat sembuh
  • Kerap kencing
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas

Siapakah golongan berisiko mendapat penyakit ini?

diabetes

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapinya. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

  • Berumur 35 tahun ke atas
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Impaired glucose tolerance (IGT)
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah kencing manis pada kehamilan terakhir
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif
  • Faktor pemakanan
  • Kolesterol tinggi

Komplikasi jangka panjang

Setiap penyakit ada komplikasinya dan begitu juga diabetes. Antara komplikasinya ialah:

  • Penyakit kardiovaskular (jantung atau strok)
  • Masalah buah pinggang
  • Buta
  • Kerosakan saraf

Walaupun komplikasi penyakit ini tak banyak, tetapi semua jenis komplikasi di atas agak membahayakan kesihatan terutama kepada golongan berusia. Bukan mudah untuk jaga kesihatan jika sudah terkena komplikasi jangka panjang kerana anda memerlukan rawatan dan penjagaan rapi.

Apa saya perlu buat untuk atasi diabetes?

diabetes

Jika anda sudah disahkan menghidap penyakit ini, anda perlu makan ubat mengikut arahan doktor selain menjaga pemakanan dan mengamalkan cara hidup sihat. Antara perkara anda boleh buat ialah:

  • Jaga pemakanan – Lebihkan makan makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, makan mengikut sukatan yang betul (suku, suku, separuh) dan elakkan makanan manis. Berhenti makan sebelum kenyang.
  • Buat senaman – Senaman membantu anda turunkan berat badan di samping dapat menurunkan kandungan gula dalam darah.
  • Makan ubat – Makan ubat atau ambil suntikan insulin mengikut arahan yang ditetapkan bagi mengawal kandungan gula dalam darah serta mengelakkan anda mengalami keadaan Hipoglisemia (gula rendah dalam darah) atau Hiperglisemia (gula tinggi dalam darah).

Penyakit “popular”

Masih tak terlambat untuk mommy buat ujian saringan kesihatan dan ketahui tahap kesihatan terkini untuk amalkan kehidupan yang lebih sihat. Diabetes adalah satu penyakit yang semakin “popular” berikutan gaya hidup tak sihat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Pastikan kita bukan salah seorang daripada pesakit penyakit ini.

Suka artikel ini? Baca Take note, mommy daddy! 4 penyakit ini mungkin berbahaya kepada anak anda dan Penting! Ini cara periksa tahap kesihatan setiap tahun anda patut buat.

Author

Comments are closed.