fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, anda dapat mengenalpasti keadaan kesihatan terkini selepas:

  • Buat ujian saringan.
  • Dapatkan nasihat doktor selepas mendapat keputusan ujian saringan.
  • Baca soalan-soalan lazim mengenai ujian saringan.
kesihatan

Usia kita semakin meningkat setiap tahun dan badan juga mula terasa sakit-sakit selain mudah jatuh sakit. Jika anda sudah menghampiri usia 30-an atau sudah memasuki 30-an, anda boleh buat ujian saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun atau mengikut nasihat doktor. Atau, anda boleh buat ujian saringan seawal usia pertengahan 20-an jika mahu. Lagi cepat, lagi bagus kerana doktor dapat mengenalpasti penyakit pada peringkat awal dan boleh dirawat secepat mungkin.

1. Apakah maksud ujian saringan kesihatan?

kesihatan

Menurut MyHEALTH, ujian saringan kesihatan bermaksud satu ujian atau penilaian untuk mengesan penyakit di peringkat awal atau keadaan luar biasa untuk memudahkan rawatan. Contohnya, jika doktor dapat mengesan awal penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis, anda boleh mulakan rawatan dengan cepat seterusnya dapat mengelakkan komplikasi seperti strok dan heart attack.

2. Apakah jenis-jenis ujian saringan untuk golongan wanita?

kesihatan

Antara jenis-jenis ujian saringan bagi wanita adalah:

  • Kegemukan (Obesiti) – Berat dan tinggi untuk mengira Indek Jisim Badan (IJB)
  • Tekanan Darah Tinggi – Tekanan darah
  • Kencing Manis – Paras gula dalam darah
  • Kolesterol tinggi – Paras kolesterol dalam darah
  • Kanser payudara – Pemeriksaan sendiri payudara
  • Kanser pangkal rahim – Ujian pap smear
  • Kanser kolorektal – Ujian najis untuk mengesan darah tersembunyi (FOBT) / sigmoidoskopi / kolonoskopi

3. Bila perlu lakukan ujian saringan?

kesihatan

Mengikut panduan MyHEALTH, anda boleh lakukan ujian saringan ini pada:

  1. Berat dan tinggi untuk IJB – Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali (mula saringan pada umur 20 tahun).
  2. Tekanan darah – Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali  (mula saringan pada umur 20 tahun).
  3. Paras gula dalam darah – Bagi mereka yang berisiko tinggi, lakukan saringan setahun sekali sebelum umur 30 tahun. Bagi mereka yang tiada faktor risiko, saringan bermula pada umur 30 tahun dan setiap tahun
  4. Paras kolesterol dalam darah – Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada paras kolesterol yang tinggi dalam darah. Lakukan ujian kolesterol setahun sekali.
  5. Pemeriksaan klinikal payudara – Setiap tahun
  6. Mamogram / ultrasound payudara – Setiap 2 tahun
  7. Ujian pap smear – Setahun sekali untuk 2 tahun pertama. Jika keputusan normal, ujian pap smear setiap 3 tahun (mula ujian pada umur 30 tahun atau lebih awal).
  8. HPV Testing – Mula ujian pada umur 30 tahun. Jika normal, ulang ujian setiap 5 tahun.
  9. FOBT – Setahun sekali bermula dari 50 tahun hingga 75 tahun untuk mereka yang berisiko rendah. Ulang ujian setahun sekali jika keputusan normal.
  10. Kolonoskopi – Kaedah saringan untuk mereka berisiko sederhana dan tinggi. Jika keputusan normal, ulang ujian antara 3 hingga 10 tahun bergantung kepada tahap risiko.

4. Di mana boleh buat ujian saringan di atas?

kesihatan

Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, hospital swasta dan makmal swasta juga ada menyediakan ujian tersebut kecuali pemeriksaan sendiri payudara (PSP) kerana anda boleh melakukannya di rumah sendiri.

5. Apa perlu saya buat jika saya ada penyakit berdasarkan keputusan ujian?

kesihatan

Usah takut dan panik. Anda boleh berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk rawatan seterusnya. Doktor akan memberi penerangan berkaitan keputusan ujian dan jenis rawatan yang sesuai untuk anda.

6. Kenapa ujian saringan sangat PENTING?

kesihatan

Oleh itu, jangan bertangguh untuk buat ujian saringan anda kerana ia sangat penting untuk memastikan tahap kesihatan anda berada di tahap yang bagus. Malah, ia juga dapat membantu anda terima rawatan yang betul dengan cepat.

Saringan Kesihatan Nasional percuma untuk rakyat berumur 40-an ke atas

Terbaru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memberitahu bahawa mereka bakal melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan depan secara percuma untuk rakyat berumur 40-an ke atas dengan syarat mereka tidak pernah melakukan ujian saringan kesihatan sebelum ini, lapor BH Online.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, insiatif tersebut dilakukan untuk mengesan kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara selain menyatakan jumlah saringan kesihatan negara sejak dua tahun lepas menurun.

Aplikasi Selangkah tawar saringan kesihatan percuma

Jika anda rakyat negeri Selangor, anda boleh sertai program saringan kesihatan #SelangorSaring dengan mendaftar di aplikasi Selangkah. Boleh lihat video di atas untuk cara-cara mendaftar program dengan lebih lanjut. Wah, untung rakyat Selangor tau!

Suka artikel ini? Baca Take note, mommy daddy! 4 penyakit ini mungkin berbahaya kepada anak anda dan 4 Tips Jaga Kesihatan Mental Selepas Bersalin.

Author

Comments are closed.