Rawatan strok haba perlu dilakukan segera sementara belum sampai ke hospital.
Jika anda lihat anak ada simptom-simptom terkena strok haba, mommy jangan panik dan cuba ingat apa langkah seterusnya perlu dilakukan sebelum keadaan anak menjadi semakin teruk.
Rawatan strok haba perlu dilakukan segera:
Ini perlu dilakukan jika terkena strok haba

Bila seseorang terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda berkemungkinan boleh mendapat kelesuan haba atau kondisi lebih teruk, strok haba. Strok haba terjadi bila keadaan sekeliling terlalu panas hingga membuatkan suhu badan menjadi tidak stabil serta suhu lebih cepat meningkat melebihi 40C atau lebih.
Dalam cuaca panas yang melanda negara kita pada masa ini, mommy daddy perlu tahu rawatan strok haba jika berlaku kecemasan. Kami ada berkongsi cara awasi simptom strok haba sebagai panduan mommy daddy.
Ada beberapa rawatan strok haba boleh dilakukan dengan segera iaitu:
- Duduk di kawasan redup, lebih sejuk dan berangin.
- Longgarkan baju supaya mudah untuk menurunkan suhu badan.
- Lap muka dan badan menggunakan tuala lembap, mandi, atau letak cooler pack di bahagian ketiak.
- Minum air sejuk supaya badan kekal hidrasi.
- Jika keadaan anak terlalu lemah, segera bawa ke hospital atau telefon ambulans.
Duduk di kawasan redup
Jika anak mommy ada ciri-ciri terkena strok haba, segera bawa duduk di kawasan lebih berangin, redup dan sejuk supaya dapat turunkan suhu badan dengan cepat. Kipas anak jika ada supaya badan berasa segar dan kurang panas.
Longgarkan baju
Jika anak terlalu panas dan lesu, mommy cepat-cepat longgarkan baju supaya mudah untuk turunkan suhu sekaligus untuk elakkan anak pengsan. Bila baju tidak ketat, angin mudah masuk dan ia membuatkan anak anda berasa sejuk dan segar.
Lap muka, badan atau mandi
Mommy ambil air sejuk, lap muka dan badan anak atau mandikan anak dengan air sejuk. Lebih cepat suhu badan anak turun, lebih cepat untuk dia recover dari strok haba. Kanak-kanak merupakan salah satu golongan berisiko jika terkena strok haba.
Minum air sejuk
Beri anak minum air sejuk dengan segera untuk mengelakkan daripada badan dehidrasi. Amat bahaya jika anak dehidrasi semasa terkena strok haba kerana ia boleh meragut nyawa mereka jika terlambat menerima rawatan. Pastikan anak sentiasa hidrasi ya, mommy.
Segera bawa ke hospital
Jika anak mommy kelihatan terlalu lemah, segera telefon ambulans atau bawa anak ke hospital berdekatan. Mommy perlu ambil tindakan dengan cepat supaya anak dapat rawatan strok haba pada masa yang tepat. Amat penting untuk doktor beri rawatan dengan segera kerana ia boleh menyelamatkan nyawa si manja. Jangan panik dan percaya dengan kepakaran doktor, okay?
Gelombang panas dijangka berpanjangan hingga Julai

“Di Malaysia, 200 kes penyakit berkaitan haba telah dilaporkan di mana 22 kes adalah strok haba. Oleh itu, tindakan aktif hendaklah diambil bagi mengelak kejadian penyakit berkaitan haba seperti strok haba,” ujar Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain di eCentral.
“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah melaporkan bahawa gelombang panas dan kering sedang melanda negara akibat peralihan monsun dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan Julai 2023 selain turut melanda negara-negara Asia lain termasuk Thailand, Vietnam, China, India dan Bangladesh,” jelasnya lagi. Selain itu, mommy daddy perlu awasi empat penyakit ini mungkin berbahaya untuk si manja.
Golongan berisiko tinggi terkena strok haba

Antara golongan berisiko tinggi terkena strok haba adalah mereka yang bekerja dalam keadaan panas seperti atlet, bomba, pekerja binaan, pengawal keselamatan, petani, polis, pengendai jentera berat, tentera dan sebagainya. Malah, individu menghidap penyakit kronik, kanak-kanak serta warga emas juga tergolong dalam golongan berisiko terkena strok haba.
Berminat baca artikel mengenai kesihatan? Mommy klik sini, ada macam-macam jenis artikel kesihatan kami ada.
Comments are closed.