fbpx
Banner

Bahaya kalau lambat kesan simptom strok haba terutama kanak-kanak.

Bila terdedah dengan cuaca panas yang melampau, setiap individu boleh terkena kelesuan haba atau paling teruk, boleh terkena strok haba. Perkara ini amat membimbangkan terutama kanak-kanak kerana mereka paling mudah terkena strok haba jika dehidrasi. Selain tu, mommy perlu berhati-hati dengan empat jenis penyakit ini yang mungkin berbahaya kepada si kecil tersayang.

Perlu teliti simptom awal

Simptom strok haba
freemalaysiatoday.com

Mommy daddy perlu teliti simptom awal strok haba supaya perkara tak diingini dapat dielakkan. Jangan ambil mudah jika anak nampak lain dari biasa terutama selepas melakukan aktiviti luar seharian.

“Ia akan bermula dengan heat cramp maksudnya orang tu akan mendapati otot-otot rasa kejang dan jika dia masih lagi terdedah dengan cuaca panas biasanya bila suhu (persekitaran) naik lebih 32 darjah Celcius ke atas ia akan ke fasa seterusnya iaitu kelesuan haba,” jelas Pengamal Perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman, di Harian Metro. Nak tahu simptom penyakit HFMD dan Monkeypox? Klik sini ye mommy.

Antara simptom strok haba yang perlu diawasi ialah:

  • Suhu badan terlalu panas
  • Lemah
  • Dehidrasi
  • Badan panas

Perbezaan kelesuan haba dan strok haba

Simptom strok haba
mkn.gov.my

Kelesuan haba boleh dilihat dengan jelas dan tak terlalu bahaya seperti strok haba. Namun, mommy perlu berjaga-jaga dan atasi kelesuan haba dengan segera sebelum ia melarat menjadi strok haba. Ada beberapa perbezaan simptom antara kelesuan haba dan strok haba iaitu:

Kelesuan haba

  • Suhu badan 37C sehingga 40C
  • Jantung berdegup laju
  • Pening / sakit kepala
  • Loya / muntah
  • Letih / lemah
  • Berpeluh

Strok haba

  • Suhu badan melebihi 40C
  • Fungsi otak terjejas
  • Percakapan terjejas
  • Mental terganggu
  • Koma
  • Sawan
  • Tiada peluh

Kalau mommy nampak anak ada simptom-simptom kat atas ni, cepat-cepat longgar atau tanggalkan pakaian, mandi atau basahkan anggota badan seperti kepala, leher dan ketiak, duduk di kawasan yang sejuk dan berikan minuman sejuk dengan segera.

Simptom strok haba

“Air kencing pada mereka yang mengalami kelesuan haba dan strok haba juga berkurang atau hampir tiada kerana dehidrasi yang teruk akibat tiada pertolongan pertama diberikan. Ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, otak dan jantung juga mula bengkak serta fungsinya boleh terhenti pada bila-bila masa,” tambah Dr Arisman Wenge.

Mahu baca artikel seperti di atas? Mommy daddy klik sini untuk lawati artikel-artikel seperti ini.

Author

Comments are closed.