fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini anda akan lebih mudah atasi mood swing apabila:

  • Alami perubahan mood secara mendadak
  • Berasa serba tak kena dan cepat marah
  • Alami tekanan perasaan

Wanita dan mood swing memang tak dapat dipisahkan. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan emosi wanita. Memang perasaan bercampur-baur dan badan pun rasa agak letih daripada biasa bila mood swing datang. Rasa semua benda tak kena, menyakitkan hati dan macam-macam lagi rasa yang hadir dalam jiwa.

Menurut HelloDoktor, antara beberapa faktor yang mempengaruhi mood swing wanita adalah:

  • Premenstrual syndrome (PMS)
  • Tekanan perasaan
  • Hormon tak seimbang
  • Masalah psikiatri
mood swing

Malah, ada banyak faktor boleh menyebabkan seseorang wanita itu mengalami mood swing seperti masalah belajar, kerja, kehidupan, hubungan dan sebagainya. Mungkin untuk sesetengah orang nampak remeh, namun ia memberi impak besar dalam kehidupan seseorang.

Apa kata anda cuba lima aktiviti di bawah ini yang boleh buat anda happy dan sekaligus membantu anda mengatasi mood swing yang dialami:

mood swing
  • Ubah gaya hidup
  • Cukup tidur
  • Jaga makan
  • Tulis diari
  • Jumpa doktor (jika perlu)

1. Ubah gaya hidup

mood swing

Ubah gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat. Mulai hari ini, cuba makan makanan sihat, kurangkan makanan berlemak, jauhi minuman manis dan minum air kosong banyak. Jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Amalkan selama sebulan dan anda boleh rasa perubahan seperti badan lebih bertenaga, minda lebih tenang dan mood swing pun sudah jarang berlaku.

Cuba buat jadual aktiviti harian yang anda boleh buat untuk hari biasa dan hari minggu. Bangun awal pagi, makan on time, buat aktiviti luar rumah seperti berbasikal, jogging, brisk walk dan sebagainya. Mungkin dengan cara ini dapat membuatkan fikiran anda tenang, lebih positif dan mengurangkan stres.

2. Cukup tidur

mood swing

Bagi sesetengah orang, tidur merupakan satu ‘escape’ dari dunia realiti. Tetapi, ada juga yang mengalami kesukaran tidur apabila fikiran tak tenang. Walaupun begitu, anda harus cukupkan waktu tidur setiap hari demi memastikan kesihatan fizikal dan mental anda terjaga. Seelok-eloknya tidur 7-8 jam sehari supaya anda berasa segar pada keesokan hari. Paling penting, dapat bangun tidur dengan perasaan gembira!

3. Jaga makan

mood swing

Makanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan kita. Jika kita sedih atau stres, makanan kegemaran adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran (terutama wanita hehe). Tetapi! Anda perlu ingat, you are what you eat. Makanlah mengikut sukatan yang betul, makanan berkhasiat untuk membantu perut anda sentiasa sihat. Anda akan berasa lebih bertenaga, sihat, segar dan badan terasa lebih ringan untuk melakukan aktiviti atau kerja berat.

4. Tulis diari

mood swing

Jika anda tiada siapa untuk meluahkan perasaan atau rasa mahu sedikit privasi, anda boleh tulis mengenai hari anda dalam diari. Hanya anda sahaja yang tahu isi kandungan diari. Dengan cara ini, anda boleh lapangkan fikiran selepas meluahkan isi hati di dalam diari.

Jika anda rasa gelisah atau stres sebelum tidur, cubalah tulis apa yang terpendam di hati supaya anda dapat berehat atau tidur dengan lebih lena. Memang berbeza betul perasaan sebelum dan selepas tulis diari.

5. Jumpa doktor (jika perlu)

mood swing

Jika anda mengalami mood swing yang melampau, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Tidak salah jika berjumpa doktor jika itu pertolongan yang anda perlukan. Bukan mudah untuk memendam perasaan sendirian kerana tak semua orang faham apa yang kita alami.

Walau bagaimanapun, penulis percaya anda boleh atasi mood swing dengan cara tersendiri. Jika mood swing anda terasa lebih sukar diatasi, anda boleh cuba 5 aktiviti di atas. Mungkin ada salah satu aktiviti di atas boleh bantu anda hadapi mood swing dengan lebih tenang pada masa akan datang.

Suka artikel ini? Baca Kisahku: Postpartum Depression Muncul Selepas Anak Kedua Lahir dan Kisahku: Cabaran Pemilik Taska Hadapi Semasa Pandemik Covid19.

Author

Comments are closed.