fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommy akan lebih peka dengan kesihatan mental mommy:

  • Kenali simptom-simptom yang ada pada diri sendiri.
  • Beritahu pasangan atau keluarga terdekat mengenai masalah depresi.
  • Jumpa doktor jika depresi semakin teruk.

Kesihatan mental

Menurut Universiti Putra Malaysia (UPM), kesihatan mental ialah satu situasi di mana seseorang itu menyedari mengenai keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Selain itu, ia adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara efektif. Ia juga merupakan ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan seseorang menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Maksud depresi

depresi

Depresi atau kemurungan merupakan satu gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih secara berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Malah, ia boleh berlaku sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya, menurut MOH.

Simptom-simptom depresi

  • Perasaan sedih atau rasa “kosong” yang berpanjangan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi
  • Letih (kurang bertenaga)
  • Cepat putus asa (rasa diri tidak berguna)
  • Masalah tidur (bangun terlalu awal atau tidur berlebihan)
  • Hilang selera makan / berat badan turun
  • Cubaan bunuh diri (rasa diri lebih baik mati daripada hidup)
  • Cepat marah / gelisah
  • Kurang fokus terhadap sesuatu perkara
  • Masalah penghadaman
  • Mudah cemas / fobia

1. Perasaan sedih atau rasa “kosong” yang berpanjangan

depresi

Pernah tak mommy rasa sedih atau kosong tanpa sebab walaupun luarannya mommy kelihatan gembira? Jaga-jaga ye mommy sebab ini merupakan salah satu simptom depresi. Perasaan sedih ini boleh berpanjangan jika anda tidak buat sesuatu untuk menanganinya.

2. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi

Sejak bergelar ibu, pernah tak mommy lakukan hobi seperti sebelum mempunyai anak? Penulis faham, kita agak sibuk apabila mempunyai anak dan tak sempat melakukan hobi yang diminati. Kadangkala hilang minat dan keseronokan bila mommy luang masa untuk melakukan hobi yang disukai atas sebab-sebab tertentu.

3. Letih (kurang bertenaga)

Ini juga salah satu tanda yang ketara bila sedang depresi, iaitu mudah berasa letih atau kurang bertenaga tanpa sebab. Dalam sehari tu kadang-kadang kita tak buat aktiviti fizikal banyak pun tapi letih dia ya ampun. Duduk pun rasa letih!

4. Cepat putus asa (rasa diri tidak berguna)

depresi

Perasaan cepat putus asa dan rasa diri tidak berguna ini amatlah bahaya. Ia boleh memakan jiwa mommy dan buatkan mommy rasa dipersalahkan jika sesuatu buruk terjadi. Memang berat perasaan ini lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak. Contohnya, mommy jugak disalahkan bila anak nakal dan tidak dengar cakap. I feel you, mommy!

5. Masalah tidur (bangun terlalu awal atau tidur berlebihan)

Bagi seseorang yang mengalami depresi atau kemurungan, anda akan mengalami masalah tidur contohnya kurang tidur ataupun tidur berlebihan. Bila terlalu tertekan, badan jadi mudah penat tetapi sukar untuk tidur kerana minda anda masih terfikir perkara yang membuatkan anda berasa tertekan.

6. Hilang selera makan / berat badan turun

Bila mommy hilang selera makan, secara automatik berat badan akan turun dan boleh turun secara mendadak jika tidak makan makanan dalam kuantiti yang sepatutnya. Pada mulanya, mommy akan berasa kurang berselera dan seterusnya tidak makan langsung kerana tidak berasa lapar.

7. Cubaan b*nuh diri (rasa diri lebih baik m*ti daripada hidup)

Jika mommy sudah ada perasaan sebegini dan pernah ada cubaan untuk memb*nuh diri, penulis harap mommy cepat dapatkan bantuan kerana depresi mommy sangat kritikal dan memerlukan bantuan dengan segera. Ingatlah yang tersayang walaupun mommy berada dalam situasi yang sangat sukar untuk ditempuhi.

8. Cepat marah / gelisah

depresi

Mereka yang mengalami depresi akan lebih cepat marah apabila ada sesuatu perkara yang boleh trigger mereka. Contohnya jika anak menangis, tumpah makanan atau terpijak mainan anak dan mommy akan cepat berasa marah walaupun ianya hanyalah perkara kecil.

9. Kurang fokus terhadap sesuatu perkara

Apabila sedang berborak, mereka kelihatan seperti mengelamun dan kurang fokus. Ini termasuklah apabila mereka buat sesuatu kerja seperti memasak, mengemas rumah, bekerja dan banyak lagi.

10. Masalah penghadaman

Masalah depresi boleh mengakibatkan masalah penghadaman. Antara simptom masalah penghadaman adalah mual, perut berangin, makanan susah dihadam dan sebagainya, lapor Sinar Harian.

11. Mudah cemas / fobia

Simptom mudah cemas atau fobia ini sangat memenatkan bagi seseorang yang mengalami depresi. Anda akan cepat berpeluh, jantung berdegup laju, tangan kebas dan kesukaran untuk bernafas apabila perkara tidak diingini berlaku. Contohnya apabila terbaca berita kemalangan, kematian orang tersayang, bunyi ambulans dan banyak lagi.

Dapatkan bantuan segera

depresi

Jika mommy mempunyai simptom-simptom di atas, segeralah berjumpa dengan doktor dan ceritakan masalah yang mommy sedang hadapi. Jika malu hendak berjumpa doktor, mommy boleh cuba kongsi masalah dengan pasangan, adik-beradik, ahli keluarga terdekat atau kawan baik yang boleh dipercayai.

Percayalah, mommy akan berasa lega dan rasa beban yang ditanggung seorang diri ‘lenyap’ selepas berkongsi masalah. Masalah depresi perlukan diagnosis doktor dan jika mommy sudah bersedia, pergi ke hospital dan nyatakan masalah kepada staf hospital. Virtual hugs to you, strong moms!

Suka artikel ini? Baca Kisahku: Postpartum Depression Muncul Selepas Anak Kedua Lahir dan 4 Tips Jaga Kesihatan Mental Selepas Bersalin.

Author

Comments are closed.