fbpx
Banner

Kesihatan mental selepas bersalin sebenarnya perlu diutamakan selepas menjaga kesihatan badan.

Emosi wanita selepas bersalin amatlah sensitif berbanding biasa akibat perubahan hormon yang berlaku selepas kelahiran anak.

Menurut Berita Harian, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2021 mencatatkan hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan dengan 2.3 peratus daripada mereka berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.

Postpartum depression

kesihatan mental selepas bersalin

Postpartum depression (PPD) atau dalam bahasa Malaysia iaitu meroyan, apabila wanita melalui perubahan hormon, fizikal dan emosi seterusnya menyebabkan mereka berasa murung selepas melahirkan anak.

Untuk pengetahuan anda, meroyan boleh diubati dengan kaunseling atau ubat jika anda menerima rawatan di hospital. Sebenarnya, ramai mommy tidak sedar bahawa mereka mengalami kemurungan hinggalah pasangan atau ahli keluarga menyedari ada sesuatu tidak kena dengan mereka.

Disebabkan itu, mommy selepas bersalin perlu diberi perhatian selain beri bayi baru lahir. Mereka yang mengalami PPD sentiasa berasa rendah diri, menyalahkan diri sendiri, kurang bersemangat dan terlampau sedih.

Amat penting untuk mommy menjaga kesihatan mental selepas bersalin walaupun mommy yakin mampu menjaga diri sendiri bersama anak yang baru lahir. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal mommy tau. Berikut merupakan tips berguna untuk mommy jaga kesihatan mental selepas bersalin.

Minta bantuan suami atau keluarga jaga bayi

kesihatan mental selepas bersalin

Jangan malu atau segan untuk minta bantuan suami. Kadang-kadang kita kesian tengok suami penat kerja dan tak mahu menyusahkan mereka, tetapi mommy harus utamakan kesihatan mommy dan bayi dulu. Minta suami jaga bayi jika mommy terlalu letih, mahu berehat, tidur atau apa sahaja yang mommy mahu lakukan. Contohnya, minta bantuan keluarga jaga anak jika mahu mengurut badan dengan tukang urut.

Jika anda baru menimang anak pertama dan berasa murung, bayangkan mommy lain yang sudah burnout menjaga lima orang anak. Tak kira anak pertama atau berapa sekalipun, mommy berhak untuk berehat dari menjaga anak.

Ada ‘me-time’

kesihatan mental selepas bersalin

Jaga bayi siang dan malam sememangnya meletihkan, adakala sampai tak cukup tidur dibuatnya. Lama-kelamaan mommy akan keletihan akibat tak cukup tidur, berjaga siang malam untuk menyusu anak dan banyak lagi. Ambil masa untuk ‘me-time’ supaya mommy dapat tenangkan fikiran sebentar.

Ada yang suka ‘me-time’ dengan memandu kereta, makan makanan manis, keluar berjalan-jalan di taman dan macam-macam cara lagi yang mommy suka.

Rehat secukupnya

kesihatan mental selepas bersalin

Kini, mommy perlu mahir mencari peluang untuk berehat semasa si manja sedang tidur. Kalau tidak, mommy akan penat, stress dan sedih. Jangan paksa diri jika terlalu penat. Badan akan kembali segar selepas mommy dapat rehat secukupnya.

Kongsi masalah atau perasaan

kesihatan mental selepas bersalin

Jika mommy ada masalah, terasa hati dengan sesiapa atau penat, jangan simpan dalam hati tetapi kongsilah dengan pasangan supaya mereka lebih memahami situasi mommy. Jangan pendam perasaan mommy, kelak ia akan memakan diri.

Memang sukar untuk mengelak daripada mengalami kemurungan jika tiada siapa menolong mommy dalam tugasan harian. Tempoh trimester keempat atau berpantang adalah tempoh yang sangat kritikal untuk mommy dan bayi. Nasihat penulis, para suami dan ahli keluarga sila tanya khabar isteri, anak, kakak yang baru bersalin supaya mereka lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Jika anda mahu info lanjut mengenai kemurungan dan postpartum depression, baca sini cepat-cepat.

Author

Comments are closed.