fbpx
Banner

Kita selalu dengar pengalaman isteri bersalin, kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman suami di labour room pula.

Mesti menarik! Bermacam ragam sebenarnya golongan suami hadapi sepanjang berada di labor room menanti isteri melahirkan cahaya mata.

Walaupun para suami tak dibenarkan untuk teman isteri di labor room semasa musim Covid-19 memuncak, penulis mahu kongsi pengalaman suami penulis, Al Imran, semasa berpeluang menemani penulis dalam labor room awal tahun 2020. Untuk pengetahuan mommies, penulis ambil pakej Full Paying Patient (FPP) di Hospital Putrajaya.

‘Check-in’ Hospital Putrajaya

Bila dah masuk wad, setup barang-barang semua dalam bilik, saya tolong angkat barang dari kereta dan daftar di kaunter. Sekali-sekala doctor atau nurse akan datang check condition wife selepas induce kali pertama. Masa tu teringat orang cakap kalau nak cepatkan labor kena banyak berjalan. Awal-awal tu masa contraction tak sakit dan tak kerap so kita pun berjalan lah pusing wad.

Kemudian, berehat kejap lepas tu jalan lagi a few rounds. Doctor and nurse akan datang buat checkup every hour. Dia bagi time limit by waktu sekian kalau kadar contraction tak meningkat dia akan induce lagi sekali. Confuse jugak lah bila doctor and nurse suruh tunggu aje. Saya just try untuk bantu wife faham apa yang doctor and nurse explain. Amat penting untuk wife faham apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku pada masa yang sama.

pengalaman suami

Bila dah tiba masa untuk induce, saya dah mula panik sikit sebab bila start contraction kerap, wife dah mula penat. Dia macam masuk dunia lain bila proses labor tu dah mula. Doctor and nurse datang dengan lebih kerap untuk periksa keadaan wife and baby. Mesin yang pasang kat perut untuk cek level contraction tu sedikit sebanyak membantu untuk kita prepare wife everytime ‘graph’ naik.

Saya cuba support wife yang sentiasa bertukar posisi dari baring duduk dan berdiri untuk tahan sakit. Memang tak boleh nak bayang sakit yang wife alami masa tu. Mengantuk ke penat ke dah tak proses dah masa tu. Saya lebih kepada cuba fahami basic info yang doctor bagi untuk monitor condition wife. Bila diorang datang, saya jadi jurucakap untuk patient (wife) sebab dia dah penat, ngantuk dan sakit. Ada a few times yang nurse datang cakap baby tidur and kena kejut. Saya pun terpinga-pinga sebab tak tahu macam mana nak kejut. Nurse just gerakkan perut wife sedikit dan graph di monitor bergerak. Wife pun beberapa kali mintak pain killer sebab terlalu sakit.

Waktu yang ditunggu-tunggu dah tiba. Doctor bawa wife pergi bilik treatment untuk cek bukaan berapa cm. Tak lama selepas itu, air ketuban wife sudah pecah. Selang beberapa minit, nurse cakap nak bawa pergi labor room. Nurse siapkan wife dengan beri ubat pelawas sebelum ditolak ke labor room. Masa tu kelam-kabut sebab tak tahu apa nak bawa pi labor room. Ingat beg baby je nak bawa, tapi bila fikir-fikir barang kita pun kena bawa jugak. Sambil berjalan sebelah katil wife, sambil fikir ada barang tinggal ke di bilik wad tadi. Sampai di labor hall kena suruh tunggu luar sambil diorang sediakan wife untuk labor.

Suami di labour room, teman wife ambil epidural

pengalaman suami

Masa ni dah start update semua family members condition wife dan baby. Semua bagi kata-kata semangat dan doa. Bila masuk labor room, wife inform yang dia dah minta epidural. Saya pergi jumpa nurse minta dia terangkan prosedur epidural bagi saya faham bila dan macam mana proses nya. Nurse pun terangkan dan saya sampaikan info pada wife yang betul betul mengantuk dan penat masa tu. Perasaan masa tu ada sedikit rasa takut. Keadaan di labor room berbeza dengan di wad. Saya dah dapat rasakan proses kelahiran semakin sampai ke penghujung.

Kadar follow up nurse di labor room lebih kerap dan pada follow up seterusnya, mereka dah sedia untuk bagi wife epidural. Nurse advice untuk tidur bagi dapatkan tenaga untuk fasa terakhir. Selesai proses tersebut, wife pun tidur. Saya cek barang-barang sekali lagi dan update family. Selang beberapa minit selepas tu, saya pun letakkan kepala di tepi katil lalu tertidur.

I rasa baby nak terkeluar dah! Panggil nurse cepat!!!

Sedar-sedar dah sejam lebih. Wife pun baru bangun dan cakap baby nak keluar dah. Saya dengan mamai dan panik keluar mencari nurse untuk minta bantuan. Nurse masuk cek keadaan wife dan terus keluar tanpa memberitahu apa apa. Wife menahan contraction yang memuncak. Saya tunggu di muka pintu melihat reaksi nurse yang sedang memanggil doctor dan menyiapkan peralatan. Nurse inform saya bahawa doctor sedang menguruskan patient di bilik lain sebentar sebelum datang menguruskan wife saya.

Setelah beberapa ketika, doctor pun sampai dan dia minta saya berdiri sebelah wife untuk proses meneran. Sejujurnya, saya masih mamai dan terus pegang tangan wife dengan erat. Doctor dan nurse mula bercakap dengan wife as a guide untuk meneran dan mengawal nafas. Saya just follow nurse dan doctor untuk menenangkan wife. Wife teran beberapa kali dan doctor decide untuk gunting(episiotomy) wife bagi memudahkan baby keluar kerana sudah fetal distress. As soon as baby nak keluar, saya ke sebelah doctor untuk melihat. Dia meletakkan baby di atas kain di atas wife dan diberi beberapa minit untuk kita melihat jantina bayi.

Berpeluang azan bayi

pengalaman suami

Saya diberi peluang untuk azan di telinga baby. Alhamdulillah. Saya berasa di awangan setelah melihat baby untuk kali pertama. Haha. Wife nampak betul-betul penat dan mengiyakan sahaja apa yang doctor cakap. Akhirnya, saya diminta untuk tunggu di ruang menunggu sambil mereka menyiapkan wife dan baby untuk balik ke wad. Saya tak duduk diam di luar dan menggunakan alasan tertinggal barang di dalam labor room untuk melihat baby sekali lagi. Little did we know, puteri sulung kami merupakan bayi high demand. Ikuti pengalaman jaga bayi high demand di sini.

Doctor sedang menjahit wife dan baby diletakkan di dalam bekas oksigen di bilik lain. Saya menyelinap ke dalam bilik itu untuk melihat baby dan sempat membacakan beberapa ayat Al-quran di sebelahnya. Saya dapat tangkap beberapa gambar baby untuk dihantar ke family yang menunggu di rumah. Nurse pun datang dan menyuruh saya tunggu di ruang menunggu. Saya pun terus minta maaf dan bergerak ke ruang menunggu. Lama juga tunggu sebelum nurse update wife dan baby sudah selamat dihantar ke wad untuk berehat.

pengalaman suami

Semoga moms-to-be dapat bersalin ditemani suami tak lama lagi. Memang bersemangat untuk bersalin jika ada orang tersayang di sisi. Kurang rasa sakit walaupun mereka hanya bagi kata-kata semangat kepada kita.

Jangan lupa, persiapan diri penting sebelum mommy masuk labour room tau. Preggy moms boleh baca awal sebelum tanda-tanda bersalin muncul. Takde la kita kelam kabut bila tiba masanya untuk bersalin. Hehe.

Sudah lengkap vaksin? Suami kini boleh teman isteri bersalin mulai 4 Oktober

TERBARU, mulai 4 Oktober 2021, harapan ibu hamil untuk suami teman bersalin kini menjadi kenyataan selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memberitahu Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kebenaran kepada suami yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk menemani isteri.

Menurut Harian Metro, ahli keluarga terdekat atau suami yang telah lengkap divaksinasi COVID-19 perlu membuat ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) dalam masa 72 jam di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta.

“Suami atau ahli keluarga terdekat perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian saringan itu. Mereka juga boleh membeli Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas,” ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, dia turut mengingatkan suami atau ahli keluarga terdekat sentiasa mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) demi melindungi ibu hamil yang juga merupakan golongan berisiko tinggi.

“KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini,” sambungnya lagi.

Suka baca artikel mengenai ibu bersalin? Baca sini untuk pelbagai cerita yang menarik.

Author

Comments are closed.