fbpx
Banner

Masih tercari-cari baju kurung nursing friendly yang bergaya untuk dipakai pagi raya nanti.

Sebagai seorang nursing mom, pilihan pakaian amat penting untuk memudahkan mommy menyusu anak pada bila-bila masa dan tak kira di mana saja mommy berada. Tapi, kat mana boleh dapatkan baju kurung seperti ini? Ada beberapa online shop menjual baju nursing friendly tau. Beli dari rumah je, tak perlu keluar rumah.

Sekarang, ada banyak pilihan baju kurung nursing friendly yang boleh dimiliki pada harga berpatutan. Takde la suram Hari Raya mommy nanti bila bergaya dengan baju raya.

Brand baju jual baju kurung nursing friendly:

Poplook

baju kurung nursing friendly
poplook.com

Jenama tempatan seperti Poplook tak perlu diperkenalkan lagi kerana ia sudah dikenali dalam kalangan wanita. Kualiti baju terbaik, harga berpatutan dan menjual pelbagai jenis baju membuatkan mommies jadi peminat setia jenama ini. Risau susu badan kurang semasa puasa? Mommy boleh cuba tips kami kongsikan di sini.

Poplook juga menyediakan koleksi untuk baju nursing friendly tau. Jenis pakaian pun selesa dipakai kerana longgar dan material baju lembut. Jika mommy belum beli baju raya lagi, cepat grab baju raya tau!

Radiusite

baju kurung nursing friendly
radiusite.com.my

Jika mommy seorang yang simple dan sukakan gaya jenis minimalis, mommy boleh pergi ke laman web Radiusite dan selamat “mencuci mata” melihat pelbagai koleksi baju raya yang sesuai untuk ibu menyusu. Gaya minimalis senang nak mix and match bersama baju raya pasangan dan anak-anak nanti. Hehe. Harga pula di antara RM199 sehingga RM279 sahaja.

Zalora

baju kurung nursing friendly
zalora.com.my

Laman web e-commerce seperti Zalora menghimpunkan pelbagai jenama luar negara dan tempatan membuatkan ramai tertarik membeli di sini. Untuk pengetahuan mommy, bukan saja baju kurung nursing friendly dijual, malah ada baju untuk ibu mengandung jugak! Ada banyak pilihan baju raya mengikut jenama dan saiz. Ada baju untuk mereka yang memiliki saiz plus size. Cantik-cantik pulak tu.

Shopee

baju kurung nursing friendly
shopee.com.my

Siapa kata baju raya nursing friendly tak banyak pilihan? Di Shopee, anda taip saja keyword seperti “baju kurung nursing friendly” mesti ada banyak kedai jual baju seperti yang dicari di aplikasi tersebut. Murah pulak tu. Sesuai jika mommy mahu beli baju raya lebih daripada sepasang. Boleh dipakai semasa pergi beraya ke rumah sanak saudara dan pakai masa Raya Aidiladha nanti. Ini tips jika mommy selalu berasa teramat lapar bila menyusu anak di bulan puasa.

Zoffya

baju kurung nursing friendly
zoffya.com

Mommy pernah dengar jenama baju Zoffya? Jenama tempatan ini mempunyai pelbagai jenis baju untuk ibu menyusu. Terbaru, koleksi baju kurung untuk Hari Raya juga sangat menarik dengan harga yang berpatutan. Selain nursing friendly, koleksi baju kurung jenama ini turut wudhu friendly tau. Senang nak ambil wuduk untuk solat harian terutama bila keluar beraya nanti.

Suka artikel mengenai info ibu menyusu? Klik sini untuk baca artikel seterusnya.

Author

Comments are closed.