fbpx
Banner

Ibu mengandung pun teringin makan durian bila musim durian tiba. Tapi, boleh ke makan walaupun seulas?

Buah durian yang juga dikenali sebagai Raja Buah, mempunyai ramai peminat yang sentiasa menantikan musim buah itu tiba. Peminat durian sanggup menghabiskan wang beratus hingga beribu ringgit demi memenuhi keinginan untuk makan buah bermusim tersebut. Bagi peminat durian yang sedang mengandung, boleh ke makan durian macam biasa?

makan durian
astroawani.com

Kegusaran bagi seorang ibu mengandung teringin makan durian ialah kerana mereka tak tahu sama ada durian boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Menurut Hello Doktor, ibu hamil boleh makan tapi hanya dalam kuantiti sedikit dan terkawal. Selalu rasa cirit birit semasa mengandung? Mungkin ini sebabnya.

Boleh makan durian tetapi sedikit saja

Difahamkan, wanita mengandung boleh makan durian dalam kuantiti kecil kerana ia boleh beri kesan buruk jika dimakan tanpa kawalan. Antara kesan buruk boleh berlaku ialah meningkatkan kadar gula dalam darah. Wanita mengandung yang mempunyai Diabetes Gestasi (GDM) tak disarankan untuk makan buah ini kerana ia terlalu manis untuk mereka. Mommy pernah rasa hampir pitam? Mommy mungkin kurang HB.

Ada beberapa jenis golongan wanita mengandung perlu elak raja buah ini iaitu:

  • Wanita mengandung yang mempunyai berat badan berlebihan
  • Wanita mengandung yang mempunyai diabetes gestasi (GDM)
  • Wanita mengandung yang mempunyai sejarah keluarga ada diabetes
  • Wanita mengandung dalam trimester ketiga

Tinggi kalori

makan durian
foodnavigator-asia.com

Menurut mStar, durian sebenarnya mempunyai kalori yang tinggi dan ini boleh membuatkan berat bayi dalam kandungan meningkat. Jika doktor nasihatkan mommy jaga berat badan, seeloknya elakkan makan buah ini sehingga lepas bersalin. Bahaya jugak kalau berat bayi dalam kandungan berlebihan nanti jika berat badan mommy naik mendadak.

Bila berat bayi berlebihan, semakin sukar untuk mommy bersalin normal seterusnya perlu ikut nasihat doktor jika perlu bersalin awal atau sebaliknya.

Bukan super food seperti yang disangka

Ada beberapa wanita mengandung menyangka durian ialah super food yang mempunyai banyak khasiat untuk mereka. Menurut pakar pemakanan, Dr Goh Shen Li, tiada bukti kukuh mengatakan durian adalah sumber super food ketika kehamilan. Ada banyak makanan super food yang lebih berkhasiat untuk mommy dan bayi dalam kandungan seperti kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.

Kawal nafsu makan elak perkara tak diingini berlaku

makan durian
allrecipes.com

Kalau mommy tiada masalah kesihatan semasa mengandung, tak salah untuk mommy makan seulas dua bagi memenuhi keinginan mommy. Durian jugak ada nutrisi baik seperti asid folik, tinggi kandungan folat, antioksida, serat dan banyak lagi. Cuma, perlu makan dengan berpada-pada supaya badan dapat serap nutrisi baik. Ada sesetengah ibu mengandung tak pernah suka durian sebelum hamil, tetapi teringin untuk makan bila sedang mengandung. Kesian jugak kalau kita halang kan?

Suka artikel seperti ini? Mommy klik sini untuk baca artikel-artikel menarik mengenai kehamilan.

Author

Comments are closed.