PCOS juga dikatakan boleh menjadi salah satu punca lambat dapat zuriat. Betul ke? Ini anda patut tahu maksud PCOS sebenar.
Polycystic Ovary Syndrome atau lebih dikenali sebagai PCOS, adalah sejenis sindrom yang berlaku kepada golongan wanita. Mereka yang mengalami PCOS mempunyai ketidakseimbangan hormon dalam badan kerana hormon lelaki lebih tinggi daripada hormon wanita seterusnya menjejaskan kesuburan mereka.
Maksud PCOS dan simptom:
Wanita yang mengalami PCOS, ia akan memberi kesan terhadap kesuburan, kitaran haid tak teratur, obesiti, diabetes, kemurungan dan banyak lagi. Jika ini kali pertama anda tahu mengenai PCOS, jom ketahui apakah maksud, simptom PCOS dan cara mengatasinya.

PCOS adalah satu situasi di mana ovari wanita terdapat banyak sista kecil (follicles) tersusun dan ia hanya dapat dilihat dengan bantuan imbasan ultrasound. Menurut MyHealth, Fenomena ini berlaku pada 20 peratus wanita yang normal. Tetapi, bukan semua wanita yang mempunyai ovari polisistik mengidap PCOS (iaitu hanya melibatkan 6 hingga 7 peratus).
1. Kitaran haid tak teratur
Antara simptom paling ketara jika anda hidap PCOS adalah kitaran haid tak teratur atau haid tak datang langsung. Jika haid sudah lama lewat, anda perlu berjumpa doktor untuk kenalpasti punca. Usah rasa semuanya normal jika anda ada masalah kitaran haid kerana ada banyak punca mengapa ia berlaku.
2. Hirsutism

Hirsutism bermaksud wanita mempunyai banyak bulu di muka atau badan yang lebih dari biasa. Selain itu, mereka yang mengalami PCOS akan mempunyai tinggi hormon testosterone, iaitu hormon lelaki, menurut Twitter MedTweetMY. Segera berjumpa doktor jika anda mengalami simptom ini.
3. Rambut gugur
Topik hari ini seperti permintaan ramai, kita nak bincangkan berkenaan sindrom ovari polisistik atau polycystic ovarian syndrome atau PCOS. Untuk mudah cerita, saya akan gunakan singkatan PCOS dalam untaian seterusnya ya.
— MedTweetMY (@MedTweetMYHQ) February 22, 2022
Leggo!@aimirahayuAR at #MedTweetMY
Bila hormon tak stabil, rambut anda akan jadi senang gugur dan dalam kuantiti banyak. Ia sangat tidak normal jika seseorang itu mengalami rambut gugur yang banyak dan kerap. Jangan malu untuk dapatkan bantuan daripada doktor ya.
4. Obesiti
Jangan cepat give up jika anda rasa susah untuk menurunkan berat badan bila obesiti. Ada banyak faktor menyebabkan berat badan anda naik sehingga menjadi obesiti. Tetapi, tak semua menghidap PCOS obesiti. Ada juga memiliki berat badan normal.
5. Jerawat / kulit muka berminyak

Untuk pengetahuan anda, kulit muka berminyak atau berjerawat antara simptom PCOS. Bila hormon kita tak stabil, kulit dan “Miss J” akan muncul di bahagian muka walaupun sudah menggunakan skincare dengan betul. Perkara ini boleh diatasi dengan nasihat doktor.
6. Kemurungan

Kemurungan jugak dikaitkan dengan simptom PCOS kerana ia berkaitan emosi dan hormon. Selalu kemurungan mungkin tanda anda mengalami PCOS jika alami bersama simptom-simptom lain di atas. Segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang tepat. Selain itu, anda boleh atasi kemurungan dengan lima cara ini.
Cara atasi PCOS
Ada beberapa cara untuk anda atasi PCOS dan bendung situasi ini dengan cara:
- Makan makanan sihat dan seimbang.
- Bersenam
- Berjumpa doktor.
- Makan ubat yang disarankan.
- Buat ujian saringan kesihatan secara konsisten.
Jika anda sudah buat seperti yang disarankan doktor, anda boleh mula TTC (trying to conceive) bersama pasangan jika sedang mencuba untuk mendapatkan anak. Boleh cuba amalkan makanan sihat ini untuk golongan TTC.
Berminat baca artikel kesihatan seperti ini? Klik sini untuk baca artikel-artikel menarik.
Comments are closed.