fbpx
Banner

Para peminat cilik Ejen Ali pasti teruja dengan Karnival Ejen Ali yang akan berlangsung di Sunway Velocity Mall Main Atrium (Ground Floor) pada 20 Mac sehingga 2 April 2019 sempena cuti persekolahan Mac ini. Kawasan Main Atrium Sunway Velocity Mall akan berubah menjadi Ejen Ali MATA Academy ‘obstacle course’ dan para agen kecilnya akan berpeluang menyertai pelbagai misi yang mendebarkan!

Ejen Ali Obstacle Training Course

Muat turun applikasi Sunway Velocity dan sertai acara ‘obstacle course’ secara percuma. Anak-anak dapat memanjat, melompat dan berlari sepuas-puasnya!

Kemunculan Ejen Ali dan Ejen Alicia

Dalam acara ‘meet and greet’ istimewa ini, anak-anak akan berpeluang bergambar dengan Ejen Ali dan Ejen Alicia! Tentu ia menjadi satu kenangan yang indah untuk anak-anak anda.

Pelbagai bengkel yang menyeronokkan

Daftar anak-anak dengan pelbagai sesi bengkel untuk bermain sambil belajar. Antaranya adalah bengkel melukis watak Ejen Ali atau bengkel D.I.Y IRIS. Ada juga bengkel muzik kelolaan Gymboree Play & Music  dan bengkel membuat sandwich oleh O’Briens Irish Sandwich Cafe.

Ahli kelab VeloKiddie juga dijemput untuk menyertai VeloKiddie Tea Party ekslusif. Pilih antara 2 sesi di sini.

Jualan barangan Ejen Ali

Bersiap-sedia untuk musim persekolahan yang baru dengan barangan eksklusif Ejen Ali seperti beg sekolah, kotak pensel dan botol air.

Daftar sebagai ahli

Sudah mendaftar menjadi ahli Sunway Pals? Sebagai ahli, anda bakal menikmati pelbagai kelebihan dan berpeluang menebus mata ganjaran di lebih 1,000 kedai-kedai di Sunway Malls, Sunway Theme Parks, Sunway Medical, Sunway Education, Sunway Property dan bisnes Sunway yang lain. Daftar di Karnival Ejen Ali dan dapatkan sebuah lencana Ejen Ali edisi terhad dan 200 Pals point secara automatik.

Anak-anak anda juga layak menikmati pelbagai kelebihan dengan mendaftar sebagai ahli Velostudent Club (pelajar berumur 13-25 tahun) atau Velokiddie Club (12 tahun ke bawah). Jangan ketinggalan menyertai karnival yang menyeronokkan ini sepanjang cuti persekolahan Mac ini! Best gile!

Untuk informasi lebih lanjut mengenai Karnival Ejen Ali Sunway Velocity, lawati laman FB Sunway Velocity Mall atau laman web di sini. Sunway Velocity Mall juga akan melancarkan kempen ‘Play 2 Win 2019’ dari 28 Mac hingga 28 April 2019, di mana para pembeli dijamin akan memenangi hadiah setiap kali menyertainya! Informasi lanjut di sini.


Artikel ini ditaja oleh Sunway Velocity Mall.

Author

Comments are closed.