fbpx
Banner

Setiap tahun nampak orang berlumba tayang bagi duit raya mahal kepada sanak saudara.

Baru memasuki bulan Ramadan, mesti ada yang sudah buat kira-kira berapa perbelanjaan duit raya untuk anak-anak saudara supaya sempat simpan dan asingkan duit mengikut keperluan masing-masing. Teringin berbuka puasa di luar? Mommy daddy boleh pilih tujuh jenis restoran untuk berbuka puasa mesra keluarga ini.

duit raya
twitter.com

Ada juga yang menyediakan duit raya dalam jumlah wang yang agak tinggi kerana berasakan bukan selalu beri kepada kanak-kanak selain mempunyai duit simpanan yang cukup. Persoalannya, takpe ke bagi duit raya secara berlebihan?

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Hari Raya mempunyai rohnya yang tersendiri bagi masyarakat beragama Islam. Di antara roh paling utama bagi perayaan ini adalah menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran, seperti yang dikatakan oleh Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani Rahimahullah“Menzahirkan perasaan bergembira pada hari-hari perayaan adalah di antara syiar Islam”.

Selain itu, dalam nas-nas syarak juga terdapat beberapa dalil yang menunjukkan kepada hal ini. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ummul Mukminin A’isyah R.anha berkata:

‎ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثٍ فَاضْطَجَعَ عَلَى الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ فَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وَقَالَ مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏”‏ دَعْهُمَا ‏ فَلَمَّا غَفَلَ غَمَزْتُهُمَا فَخَرَجَتَا

Maksudnya: Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumahku dan di sisiku terdapat dua orang perempuan sedang menyanyi dengan nyanyian peperangan bu’ath. Lalu baginda S.A.W berbaring di atas katil dan memalingkan wajahnya. Kemudian Abu Bakr Al-Siddiq R.A masuk lalu memarahiku. Dia berkata: Seruling syaitan di sisi Rasulullah S.A.W? Maka Rasulullah S.A.W pun menghadap ke arah Abu Bakar lalu berkata: Biarkanlah keduanya. Apabila Rasulullah tidak perasan maka aku pun memberi isyarat kepada kedua perempuan tersebut lalu keduanya pun keluar.

Riwayat Muslim (892)

Budaya beri duit raya

duit raya
dollarsandsense.my

Untuk pengetahuan anda, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, seluruh ahli keluarga, sanak saudara, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam.

Malah, perbuatan sedekah kepada ibu bapa termasuk dalam ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menggabungkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibubapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah. Dah bersedia nak pergi beraya? Boleh baca sini tips pergi open house dengan anak kecil.

Begitulah juga jika ia diberikan kepada ahli keluarga, sanak saudara dan lain-lain. Malah, mereka yang memberi duit raya turut mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan juga pahala menghubungkan silaturahim.  Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d bin Abi Waqqas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‎إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Maksudnya : Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan redha Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu.

Riwayat Al-Bukhari (56)

Duit raya sama seperti ang pow (Tahun Baru Cina)?

duit raya
astroawani.com

Terdapat persoalan apabila orang bertanya mengenai isu tasyabbuh (penyerupaan) di antara duit raya dengan ang pow yang diberikan semasa perayaan kaum Cina, menurut laman web Mufti Wilayah persekutuan, mereka melihat bahawa tidak terdapat sebarang unsur tasyabbuh di antara keduanya. Ini kerana pemberian duit raya ada asasnya di sisi Islam iaitu termasuk dalam kategori sedekah yang sunat hukumnya. Jadi, tidak timbul isu tasyabbuh di sini. Mengenai isu penggunaan sampul, maka ia kembali kepada hukum asal sesuatu sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah fekah ;

‎الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَة

Maksudnya: Hukum asal bagi setiap sesuatu (yang bukan ibadah) adalah harus.

Kesimpulannya, hukum pemberian duit raya kepada kaum keluarga, serta jiran tetangga yang hadir berkunjung ke rumah pada 1 Syawal adalah HARUS. Ini kerana ia sesuai dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturahim, serta budaya kunjung mengunjung.

Mahu baca artikel mengenai perayaan? Mommy klik sini.

Author

Comments are closed.