fbpx
Banner

Komunikasi positif dalam keluarga adalah sesuatu yang harus dididik dalam diri dan seterusnya  diberi kesedaran kepada anak-anak dari awal.

Penggunaan gajet di kalangan ahli keluarga dewasa memberi impak yang negatif kepada percakapan sesama ahli keluarga. Contohnya, apabila cuti sekolah, anak-anak yang lebih berusia berada di dalam bilik dengan telefon pintar masing-masing, manakala yang tidak mempunyai telefon melayari You Tube atau bermain game di tab atau komputer. 

Semuanya sibuk dengan gajet sendiri sehingga lupa bahawa komunikasi bersama mereka yang ada di rumah tu amatlah penting. Btw, ini tips mendidik anak mengikut fasa perkembangan umur mereka jika anda berasa sukar untuk memahami anak tersayang.

Pada ketika inilah, ibu dan bapa memainkan peranan dalam mewujudkan komunikasi positif di antara ahli keluarga. Ibu bapa terutamanya perlu bijak memulakan perbualan dalam keluarga.

Belajar menjadi pendengar yang baik

komunikasi

Beri sepenuh perhatian ketika ahli keluarga sedang bercakap. Pandang ke arah wajah orang yang sedang bercakap dengan kita. Jaga hak ahli keluarga dalam perbualan, hormati setiap perkataan dan luahan mereka. Penghargaan yang kita berikan dapat menimbulkan kepercayaan dan mengeratkan hubungan.

Bercakap dari hati

Didik hati supaya dapat bercakap dengan baik bila memulakan perbualan dengan ahli keluarga. Bila bercakap, niat untuk tinggalkan kesan yang baik. Latih diri untuk bertutur perkataan yang mudah tetapi meninggalkan impak yang hebat. Bila ia datang dari hati yang baik, perkataan yang keluar di mulut juga baik.

Malah, komunikasi dalam ahli keluarga membantu kita mengurus kesihatan mental dengan lebih baik, menurut Harian Metro.

Gunakan komponen komunikasi dengan baik

Gunakan komponen komunikasi iaitu gaya percakapan, bahasa isyarat, sikap dan bahasa tubuh dengan betul. Suara memainkan peranan penting apabila berkomunikasi. Gunakan suara yang rendah, tenang dan jelas saat berbicara dengan anak-anak supaya mesej sampai kepada anak.

Gaya percakapan ini memberi kita lebih autoriti dan senang untuk influence anak. Tidak perlu menjerit dan meninggikan suara kerana perlakuan tersebut akan membuatkan anak menjauh dari kita. Contohnya, percakapan sebegini memudahkan kita mengajar anak untuk berkongsi mainan mereka.

Percakapan adalah refleksi dari dalam diri kita. Latih diri untuk menyampaikan mesej secara beradab. Fikir perasaan orang lain sebelum mengeluarkan kata-kata. Sampaikan fakta dan hakikat yang benar dengan baik dan berhemah dengan syarat tidak memalukan orang lain.

komunikasi

Tidak memotong percakapan

Jangan memotong percakapan ahli keluarga yang sedang bercakap dengan pertanyaan demi pertanyaan. Biarkan mereka selesaikan ucapan mereka. Ini juga sebagai latihan untuk menghormati dan menghargai orang lain yang sedang bercakap.

Elakkan menghakimi orang yang sedang bercakap

Jangan merendahkan atau menghakimi anak-anak yang sedang bercakap. Perbuatan kita akan membuat anak merasa rendah diri dan berhenti mencurahkan isi hatinya. Anak pula akan melakukan hal yang sama terhadap orang lain ketika mereka berbicara. Orang yang suka menghakimi orang lain sebenarnya adalah mereka yang tidak yakin dengan diri sendiri. Elakkan dari bersikap sedemikian.

komunikasi

Berikan motivasi dan ilmu

Ketika masuk usia remaja, anak-anak perlukan perhatian yang lebih. Anak-anak pasti berhadapan dengan konflik personal apabila berada di luar rumah. Ibu bapa seharusnya menjadi tempat berbincang dan tempat mengadu untuk anak-anak. Fahami situasi anak, beri motivasi dan pesanan baik dan bagus untuk mereka.

Wariskan cara komunikasi yang baik kepada anak-anak

Anak-anak suka meniru cara ibu bapa bertutur, jadi kita perlu menjadi contoh positif dan baik untuk ditiru oleh anak-anak. Baik dari cara menghargai orang lain, cara bertindak, cara berbicara yang baik hingga menerapkan akhlak dan nilai keagamaan dalam diri anak-anak, jangan hanya menyuruh tanpa memberi teladan.

Cara berinteraksi sesama ahli keluarga perlu dititikberatkan, kerana anak-anak belajar bercakap dengan memerhatikan cara ibubapa berinteraksi di dalam keluarga. Jadi, ibubapa perlu menjadi role model yang baik.

Komunikasi itu penting dalam keluarga untuk memastikan hubungan terjalin dengan baik. Bercakaplah dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Jaga tutur kata dan ubah percakapan akan menjadikan keluarga saling memahami dan harmoni. Biasakan guna 3 perkataan ini iaitu salam, sorry dan thank you dalam percakapan nescaya diri kita akan lebih dihargai dan dihormati.

Author

Comments are closed.